Monday, October 12, 2009
..sibuk time..
Wednesday, September 30, 2009
..eid gathering..
Thursday, July 23, 2009
..entry sesajer..
Wednesday, July 22, 2009
..mari memanjat..
dialog kesian :-
..biler la agaknyer..
Monday, July 20, 2009
..bahasa jiwa bangsa..
Friday, July 17, 2009
..geng air..
Thursday, July 16, 2009
..let's have a tea..
ya..tea set yg aku order haritue..sangat cantik di mata ku..didatangkan dgn 1 teko bulat + 6 cawan beserta piring + 6 piring kuih yg masih ader kt dlm kotaks itu..malas aku nak kuarkan sumer2..and aku cam biasalah, tak dan nk sampai umahnyer..terus rabak kan plastik dier..sgt suka ooo...lama aku tggu tea set cenggini..leh aku wat minum2 petang nanti..uwahahaha...sgt suka..........
cantik tak tea set aku nie korang?...
psst: agak2 aper reaksi mr papa biler dier tau rege nyer nanti?..debar lak aku...adeii..
..dhiya a.k.a manja..
takpe..sbb aku pun sayang kat lil girl ni gak..
..dates from oman..
..kasih baru papa..
..workstation..
dimana buku tersebut mengandungi ini...
nie plak antara gambar2 yg sempat aku amek..time nie takde orang dan bilik aku pun jauh dr laluan orang ramai..so senang la aku meng-snap apa yg patut..nie korang la suruh neh..
nie lagi...kotak pink tue tempat aku isi letter head and A4 paper..
nie lak notis board tempat aku tempek surat2 cinta aku ngan laki aku..huahahaha....
filing kabinet bilik aku yg telah membuatkan aku pening time nk kemas haritue..lama ooo amik masa nk punggah-susun-label dan segala mak nenek yg berkaitan..penat aku...
..a gift from papa..
..luahan hati bonda..
umum mengetahui yg aku skang ni sarat ngandung, 9 bulan and tggu ms jer nak deliver..
so biasa la sakit sana, sakit sini..jalan pun dah menyeret2 kaki..tak daya aku nak ngangkat kaki..so, tatkala rase sakit itu menjelma (cewahh ayat aku neh) aku rasa sayu sangat2..aku akan ckp sensorang (dlm hati la)..."walau nakal sekalipun aqil, walau letih dgn dhiya yg makin lasak dan walau tak mampu kaki ni berjalan menampung perut yg memboyot, mama ikhlas kandungkan anak mama, semuanya mama ikhlaskan untuk anak2 mama"..sllu itulah yg aku akan ckp sorang2..
sayu tak hati korang?....yg sudah bergelar ibu/ibu-ibu, mesti same feel like me..uwaaa.....
aku sedih ko....
Wednesday, July 15, 2009
..some tips for you..
today aku nak publish some tips, it's very useful...ader yg aku mmg buat, ader gak yg aku br tahu, so let us share..
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan. *so far, nama timangan aqil dan dhiya adalah makna yang baik*-AKU LULUS
2.Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.*yg nie aku tahu and memang dah jadi amalan aku*-AKU LULUS
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. *yg nie ikut time la kan, time aku geram mana nk dtng pandangan kasih syg kan*-AKU LULUS KE?
4.Berikan peneguran setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. *yg nie aku buat jugak*-AKU LULUS
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. *aku agak mendesak anak2 aku utk jadi yg terbaik. so??*-AKU GAGAL (sungguh x best)
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana masa terus berlalu dan tak akan kembali. *yg nie aku baru tahu, tp kalu ader masalah kerja + family aku jd kusut*-AKU GAGAL LAGI
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. *aku tak mengeluh, aku pendam je*-LULUS KE?
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. *aku bukanlah pendengar yg setia tp tiap kali aqil bercerita aku akan luangkan masa*-AKU LULUS
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . *yg nie aku slalu sgt buat*-AKU LULUS
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. *yg ni aku baru tahu*-TIADA KEPUTUSAN
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. *yg ni pun aku mmg buat*-AKU LULUS
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. *yg ni aku baru tahu..kena ajar bnyak2 kali ke??oo....*-TIADA KEPUTUSAN
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. *aku buat yg nie*-AKU LULUS
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. *yg nie aku tahu, tp wat ms nie aqil lum cerita mimpi ngeri dier lg*-TIADA KEPUTUSAN
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. *aku buang kalu mainan tu rosak or pecah, salah ke?bahaya la kalu disimpan kan?..*AKU GAGAL KE?
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam *yg nie aku tahu dan aku mesti buat, dan aku dah pesan kat mr.papa jgk*-AKU LULUS
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. *aku tahu aku bukan parents yg sempurna*-JAWAPAN SEDIH
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. *kerja pejabat tak membebankan aku pun*-AKU LULUS
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. *aku tahu anak2 aku mmg nangis kdng tu utk sound effect jer*-TIADA KEPUTUSAN
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. *aku tahu*
so, macamana ngan korang kawan2?..
..hargai mereka..
Tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah...
Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan .Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup (*yg nie slalu aku amalkan hehe...)
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka.
Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL. Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah,kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa. Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.
Kewajipan anak lelaki,pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
So, sama2 la kiter amalkan yek..pesanan nie untuk diri aku sendiri n untuk kawan2 jgk..
Monday, July 13, 2009
..betulkah lelaki begitu..
so, kepada kengkawan di luar sana yang merasai diri tidak lagi disayangi or terasa bahawa suami telah berkurangan kasih sayangnya, cuba fikir2kan semula, kenapa sampai boleh jadi begitu?..dan seharusnya, fikirlah sedalamnya apa puncanya situasi sebegitu boleh terjadi..
semoga kawan2 dapat ketenangan di dalam membuat keputusan..
Wednesday, July 1, 2009
..our 4th anniversary..
Tuesday, June 30, 2009
..aku membilang hari..
Thursday, June 25, 2009
..aku yg di-tag..
1.Bekas kekasih saya adalah..
-suami ku kini..
2.saya sedang mendengar..
-sunyi...tiada suara
3.mungkin saya patut..
-berehat, sambil melunjurkan kaki kat depan tv
4.saya suka..
-jenjalan ngan husband,tapi dier slalu sibuk...
5.sahabat2 saya..
-sumer sudah jadi keibuan..yg kedaraan leh dibilang ngan jari jer..
6.saya tak paham..
-kenapa orang suka sibuk hal orang lain
7.saya kehilangan..
-cincin perkahwinan..shhttt, jangan cakap kat laki aku..
8.ramai yang berkata..
-takpe fiza.......
9.cinta itu adalah..
-cintaailin..cintaaku jugak,bkn ko sorang jer
10.disuatu tempat, seseorang sedang..
-mengorek hidung..haha, teruk tul orang tue..geli aku
11.saya akan cuba..
-mempertahankan suami,dan anak2 selagi aku berdaya..
12.ayat SELAMANYA bermaksud..
-hingga akhir nanti..
13.telefon bimbit saya..
-soalan sensitif..sampai skang tgah tggu henpon baru yg dijanji nk kasi..
14.bila saya terjaga..
-terus tgk jam, alamak belum solat...
15.saya paling meluat..
-orang duk perasan cantek
16.pesta atau parti adalah..
-masa utk bergembira dan berseronok dgn famili
17.haiwan yg paling comel pernah saya temui..
-lum jumpa yg comel walau baru balik dari zoo kemaman bebaru nih
18.peringkat umur yg paling menyeronokkan saya adalah..
-masa remaja..
19.hari ini..
-hari bersantai selepas 2 hari MC..tak malu..
20.malam ini saya akan..
-memujuk suami untuk kuar amik angin malam
21.esok pula saya akan..
-pujuk lagi suami untuk kuar jenjalan..
22.saya betul2 inginkan..
-sebuah keluarga yang menjadi..
23.ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
-hmm..masih cantik..sila jangan muntah wakaka..
24.pusat membeli belah atau arked permainan..
-dah jarang2 kuar ketempat cenggitu,aqil dan dhiya semakin pandai nak itu nak ini
25.makanan barat atau jepun..
-barat leh telan lagi tp jepun, ohh no!!
26.bilik yang terang atau gelap..
-hehe..aku suke samar2 laki aku suka gelap..
27.makanan segera adalah..
-untuk aku sekeluarga bile aku malas nak masak..
28.ayat terakhir yang anda luah..
-hish..biler la aku nak stat deko umah aku nier..
29.siapa yg anda ingin tag..yang terpilih adalah..
-sakura,ibu alya,mama idzareef,fiesyah..sila jawab..jgn nak wat2 tak perasan..
Monday, June 22, 2009
..dinner at Hyatt..
..time to go home..
..seronoknya kami..
on the way balik, aqil sempat bertenggek atas moto nie..
..huarghh, awal lagi la mama..
dan adik dhiya..serupa juga..
..si aqil yg liat..
dan layan channel faveret nyer..
nasib baek channel nie ader play n learn hour..at least dier learn dari sini jer..n nasib baek gak bdk nie baru 3 years, so tak la mama marah sesangat..kalau dh 5 years cenggini perangai nyer..aduss la...
..ahh,buruknya kete itu..
dengan perasaan marah aku pun kuar dari kete..sbb makhluk tue dah wat aku terkejut..aku tanpa segan2 marah kat makhluk tue, n lagi tanpa segan telah meminjam henpon makhluk tu utk talipon husb aku..kih..kih..dgn sombong dan garangnya aku dgn ayat aku nih:.."hey bro!bak sini talipon, saya nak call husb jap..ee dh la langgar kete orng..mata pandang mana tah.."aku dgn bisingnya membebel sendiri..
owhh..dier pn pandai, tak lama tue dier nyer geng 606 banzai datang..ramai dah orng keliling, aku gabra jap..almaklum sumer jantan belaka, aku je sorang wanita tulin yg hamil lak tue..ihik..ihik..uwaa..sedih aku sekejp..dan geram jgk yg amat sgt..n tak lama tue husb aku pn dtng..ngan muka marah jgk, tp muka aku lg garang time tuh..
dan makhluk tue dengan rasa bersalahnyer suh hntr jer kete aku kt bengkel nissan, tmpat adik dier keje..aku akur..makhluk tue gak berjanji yg dier akan tanggung sgala kos kat bengkel nt..tau takpe..ko dah langgar takkan aku nak bayar sendiri..dan nie lah hasilnyer..
Tuesday, June 9, 2009
..alahai aqil..
smalam aqil gi swimming kat Sempurna Resort..and sebelum tue ader la treasure hunt kat Taman Pertanian Kuantan..and balik umah ptg tue, aqil pun seperti biasa go to toilet n take bath..tekezut mama..wahh..apesal semacam kulit si aqil cam hangus terbakar je...dan mama realize that aqil telah dimamah mentari..sunburn le tue..abes belakang badan aqil kehangusan..siap ikut bekas suar dier lagi..haha..tp mama sangat terkejut dn laju je mama p.k caner nak kasik putih balik..adoii la..aqil mmg hepi balik dari swimming semalam, tp mama yang tak berapa nak hepi..
hari nie ikut lagi aktiviti skolah dier kat taman gelora, ader sukaneka..wah hangus lagi la nt..tp pagi nie cuaca cam mendung jer..selamat la..
Wednesday, June 3, 2009
..arghh tensen nyer akuhh..
Tuesday, June 2, 2009
..cemasnya saat itu..
pastu diorang pn dudukkan aku..kaki diorang lunjurkan kat kusi 1 lagi..diorang bg aku kuih..sungguhpun kuih tu agak keras, tp aku telan gak..at least ader..
pastu aku nak air..sepanjang tue aku mmg tak leh nak cakap..aku guna bahasa isyarat je ngan diorang..
Kak Lin tlng call husb aku..husb aku mintak tolong diorang bw dlu aku ke klinik yg paling dekat..sbb nk tggu husb aku dari kemaman sejam, leh pengsan aku ...
tp tetiba pastu aku rase cam nk gi toilet lagi..yg aku ingat, adah ngan kak az papah aku..tiba setengah jalan, aku pitam lagi..tersembam ke bahu kak az yang empuks itu..
terus diorang kelam kabut amik kusi..tu yg jadik 'wheelchair' tue..tolak aku sampai ke pintu toilet..kalau leh tue diorang nak tolak kusi tue sampai ke dalam toilet, tp aku tahan..sian kat diorang..time tu aku tengok kesungguhan kengkawan membantu, aku emo sekejap..nangis sket2..terharu...
apapun, kepada my luvly hubby yang baru nak start keje dah terima panggilan cemas itu, thanks a lot for rushing and all you have done (masak, amik anak2, teman tidur, picitkan kepala, ulang alik gi kedai belikan itu belikan ini...)
dan kepada kengkawan yang sudi membantu:
Kak Noma - yang bagi kuih dan setia menunggu fiza kat lobby ofis (tggu ngan husband fiza lagi)..
Kak Fatiyah - yang suapkan coklat kat fiza, yg folo fiza sampai ke klinik
Kak Lin - yang papah fiza ke toilet, yg call husb fiza, yg folo sampai klinik,yg pimpin fiza dan yg sempat lagi wat lawak time2 saspen cenggitu..
Kak Zuha - yang papah fiza ke toilet, yang bg air kt fiza, yg folo fiza sampai klinik
Kak Az - yg papah fiza ke toilet,yg drive cam FI ke klinik Rosli..
Mariya - yg papah fiza ke kereta, yg papah fiza ke toilet, yg tolak fiza ngan 'wheelchair' buatan diorang sendiri..tah idea saper la tue..
Adah - yg papah fiza gi toilet, yang bagi air kat fiza
Siti - yg berkejaran ke toilet
tak lupa pada our Asst Direct. Br Malek yang sudi pinjamkan keta utk kitorang gi klinik.
jasa kengkawan takkan fiza lupa..
semoga tuhan membalas budi baik kengkawan atas bantuan tue..
Monday, May 25, 2009
..training oh training..
Friday, May 22, 2009
..dimanakah aku..
Wednesday, May 20, 2009
1,2,3,4,5,6...
Thursday, May 14, 2009
kiter yang ceria
kiter ngan papa..
Tuesday, May 12, 2009
my first school
sayang adik abang
sayang sangat kat adik dhiya...aqil kater...