Monday, February 28, 2011

.. petang nan indah ..

SEPETANG DI PANTAI TELUK CEMPEDAK
Ahad sekitar jam 6 petang .

 MEMANG INDAH .
indah dengan suasana . indah dengan keseronokan anak anak .






daniel senyap tak bercakap sepanjang petang di pantai ini . mungkin terkedu ohh indahnya ciptaan tuhan atau ohh saya nak balik minum susu lahhh ! 




dak gegirl : "adoi papa , ketam gigit kaki saya !! "

.. siapa ada 200ribu bak sini!! ..

.. NAK mulakan sesuatu perniagaan bukan mudah , tambah pulak bisnes yang makan ribu riban . 600k punya bisnes . perghh ! "puan kena ada dalam akaun 200ribu simpanan sendiri punya , bukan kakak atau pakcik puan punya simpanan oke memanglah bukan ! wohh pakcik gombak ! kasi 200ribu nak stat meniaga nih bulehhh ? kasi kete pakcik yang bersusun kat garaj tu , MERCedes buleh BMW yang baru tu pun mulehh , bak sini saya nak gadai sebijik !



ce nengok dalam pasir nih kot kot ada 200ribu anak ketam ehh 200ribu hinggit kasi kat mama kau yang dah meroyan nak bukak bisnes apa entah ! ~~~

" mama , nak 2ringgit beli jajan atau papa , nak 200ringgit beli sutera itu cerita lain " . memang tak sama dengan "abang , nak 200ribu untuk ngeee " !!~~


Wednesday, February 23, 2011

.. sebab dia anak sulung ..

ANAK SULUNG , selalu menjadi harapan keluarga untuk jadi contoh pada adik adik yang lain , untuk jadi pengganti ibu ayah satu masa nanti . untuk jadi pelopor oke bukan . pelapis . oke macam over .



"nama saya aqil , umo baru 5 tahun tapi mama macam macam suruh saya buat "



aqil , tolong mama tengok adik , ambik bedak adik sikat adik pampes adik tuala adik kasut adik .. tu belum lagi , aqil tolong bawak keluar barang dalam keta , tolong masukkan baju dalam mesin basuh tolong tu tolong ni ehh kadang kadang aqil ! tolong masak nasi !! pun pernah jugak tauuuu !!~~

disebalik semua tu apa agaknya dalam hati mama kan ?

*
*

tapi mama selalu bagi apa yang aqil mintak , tak macam adik adik jarang dapat kalau mintak apa apa . mama cakap , mama akan sediakan sekolah yang bagus untuk aqil , belikan apa yang aqil nak , bawak aqil jalan jalan . banyak lagi tau . kenapa macamtu kan . sebab apa kan . mama je yang tahu apa di sebalik semua ni .ohh ye rutin aqil setiap malam "selamat malam mama , aqil saaayang mama"




.. setipis kulit bawang ..

pagi ini bukan mahu bercerita tentang masakan untuk tengahari nanti seperti sediakan bawang , kupas kulitnya yang tipis itu bla bla bukan . mengapa tiba tiba mahu gedik memberitahu dunia bahawa perasaan saya sangat sensitif dan mudah menangis boooo!!

TAHUKAH ANDA ? berapakah zarah atom yang terkeluar dari wap oke bukan . disebalik perasaan yang setipis bawang itu , ramai yang tidak tahu bahawa orang sebegini sebenarnya mempunyai kekuatan dan ketabahan hati yang sangat luar biasa tatkala menerima dugaan hidup . *kajian oleh makcik sape entah* ngeeee ! jangan bagi dugaan yang berat kepada saya lahh ! taknak ! terima kasih . bai .


.. isteriku zulaikha ..

.. HATI tiba tiba tidak sabar mahu nengok telemovie malam ini ISTERIKU ZULAIKHA



" sayalah dhiya batrisyia zulaikha , tiada kena mengena dengan isteriku zulaikha pun lahhh !!! , yang belakang tu suami saya eh anak saya ehh ehh , abang saya ngeee " ~

eh jemputlah datang rumah , boleh makan sambal sotong mama buat dengan nasi panas , abaikan lah cili mesin yang sekeping sekeping tu , mama mesin cili sambil menari poco poco , teruk betul mama !!~




Monday, February 21, 2011

.. maafkan ..

seperti biasa secara tiba tiba teringat itu teringat ini , tengah buat keje di opis pun boleh tiba tiba teringat bryan adams oke memang tak . sambil leka layan lagu please forgive me - inchek bryan adams , oke memang lagu lama masa saya darjah berapa entah . darjah . oke terasa masih muda ~~



..... " We're still gettin' closer baby
Can't get close enough I'm still holdin' on
You're still number one
I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you
I remember the nights ya know I still do " .....

***
 " Please forgive me I know not what I do

Please forgive me I can't stop lovin' you
Please believe me
Every word I say is true
Please forgive me 
I can't stop loving you
Still feels like our best times are together
Feels like the first touch "

inchek suami , cepat tujukan lagu ni kat saya ! cepat !~~
paksa orang tanpa rasa maloo !!
boo !!



Sunday, February 20, 2011

.. kalau berpacaran ..

sambil dengar lagu kalau berpacaran , ohh tiba tiba teringat kepada ana rafali , altimet dan sohaimi  *tiba tiba* ~~~

duduk renggang renggang ~


kalau berpacaran memang banyak pantang larang . apabila berdua carilah tempat yang terang dan duduk renggang - renggang ~~ " kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama saya yang garang . hantarlah rombongan meminang dengan segera " kata seluar belang ! oke sangat gatal !

ehh inchek suami cepat balik , tiba tiba rindu mahu datim bersama kamoo lah !




Wednesday, February 16, 2011

.. IIUM EDUCARE ..

ohh maaf ye ibu ainin , tidak sempat uplod gambar di educare seperti yang kamu mahu , 3 kanak kanak riang ini sungguh tidak beri peluang langsung dan " ehh apa ambik gambar orang sesuka hati ? bayar la !! " kata mereka .
oke memang tipu .



yang belah kanan tu lelaki ke perempuankah ??
~ si rambut tempurung ~


whoaahh !!~ perangai di pagi hari . ohh maafkan kami perangai serupa ini , mama sudah kejut seawal 6.30 pagi untuk bangun dan mandi .


" ohh dah sampai , cepat buat buat sakit perut , supaya teacher akan dukung saya dari kereta sampai ke tempat permainan dan ohh beratnya kauu !~ "



" cepat siapkan playground itu , nak tunggu bulan mengambang penuh baru kau nak buat kah?? bebel budak susu kepada sape entah ! "


.. mari lihat apa dia buat ..

dalam kehidupan ini , yang saya tidak gemari adalah sangat banyak untuk dihuraikan satu satu . yang paling saya tidak gemari adalah saat perlu menunggu terlalu lama contohnya menunggu kau nak bermake up sampai makeup aku sendiri pun sudah cair !!

. oke itu cerita lain .
ohh ! mari kita teropong dan tengok apa yang papa buat di kedai , lama sangat beli sampai ohh letih betul menunggu eh kemain dia soping mengalahkan pompuan ~~





papa oo papa kemain lama soping , mama dah kemaruk photoshoot nih , kata si pinky ~


Tuesday, February 15, 2011

.. uitm : siri nasi lemak bersama udet ..

sambil merancang hari untuk keluarga hujung tahun ini , ahh tiba tiba terasa rindu dengan kawan uitm dulu !! ngeee !!! wesss korang , apesal saya sangat rindu kepada kamu orang ni weh !!

banyak sangat momen indah di uitm :

-sebilik dengan tokei koop blok kenanga misbby , hey ! udet ! teringat zaman kita bersama fifi dan embun tiap tiap maghrib akan makan nasi lemak setiap 2 bungkus seorang apakah punya pelahap dan buruk perangai ! ye nasi lemak itu , kerana udet adalah tuan punya koop pada ketika itu maka kami punya bekalan nasi lemak akan siap siap udet simpan : ni fiza punya , ni embun punya ni fifi punya , ni bukan customers first dah , prinsip si udet ketika itu ialah nasi lemak for frends is the utmost important ! tak mungkin kan lupa lah !!!

udet , aku rindu ~~~

psst://gambar tak buleh uplod , dengan takde tudung pakai singlet short pants bagai . nanti kita sambung siri bersama noey , dila dan kawan kawan uitm yang lain .

Sunday, February 13, 2011

.. wanita si gula gula ..

ada pelbagai jenis wanita , apakah jenis oke kurang sopan . tukar kepada , TYPE OF LADY , lelaki disarankan untuk mengelakkan diri dari wanita si gula-gula . kerana gula gula yang dijual adalah sangat mahal . oke tak . bukan . cuma apa yang ditafsirkan sebagai wanita gula gula adalah gadis muda seumpama gula-gula yang melihat seseorang lelaki sebagai pembimbingnya dan menyukai akan kewujudan lelaki itu .

" Dalam keadaan ini mereka iaitu lelaki seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya ".

" Hakikatnya mereka (lelaki) sudah tertipu , gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya " .

ahahahahahah ~~ akhir kata , lelaki terutama yang sudah berumahtangga , hati hati dan jangan cepat terpedaya . JAGA RUMAHTANGGA SENDIRI kan lagi baik .


SENYUM . jangan marah marah . weee ~~~




kredit to mr teddy 



.. tanyalah beratus kali ..


 "kenapa awak sayang saya?" akan dijawab oleh lelaki itu : "entah . sebab saya sayang lah" ~~ alaaa !!!haish !!dengus wanita itu sambil berlalu pergi . MEMANG ADA begitu , walau anda bertanya beratus kali pun jawapan tetap sama . seperti acuh tidak acuh . seperti ohh kau tidak sayang aku lagi kah ?

TUNGGU!! biarlah beratus kali anda tanya dan tetap dijawab begitu kerana itulah antara 24 tanda dia sangat mencintai anda , lagi 23 tanda nanti nanti lah . banyak sangatlah nak share . heee ~~~

" Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya "

kredit to mr teddy

bagus yah ~

oke inchek suami . sekarang saya sudah faham . terima kasih . bai .

Tuesday, February 8, 2011

.. hati lelaki 40an ..

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA, TERUTAMANYA UNTUK LELAKI BERUSIA YANG BERHAJAT BERISTERI BARU YANG JAUH LEBIH MUDA DARI USIANYA!!! Hayati kisah ini...

psst://cik denai , saya sudah minta izin , sekadar info sharing , jangan saman belog saya yeh ~~


~~ mari baca apa yang saya jumpa dari belog  denai cinta , sangat best untuk dibaca dah rasa ehh ada betulnya dan bagus yeh kalau semua lelaki berfikiran sejauh ini :)


~~ bukan saya ,
 saya sekadar gambar hiasan kata lelaki sebelah ^_^

"Aku sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri aku sering mewar-warkan bahawa umur aku dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau abang rasa nak pasang lagi satu, saya izinkan", kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih ajelah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak menikah lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!!! Tak tahulah kalau isteri aku tu main reverse psikologi dengan aku. Tapi lepas aku berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah.


WHY??? KENAPA AKU TAK NAK???!!! Bila mengenangkan umur aku yang dah 40an. Let's say kalau aku kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb!!!


TAPI..... Tentang makan minum, pakaian, kemas rumah dan kegemaran aku, rasanya aku tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, aku suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju aku kena gosok cam gini, kalau aku bangun tidur aku suka kalau my wife dah siapkan segala-galanyalah. Tak perlu aku bagitau, dia dah tahu apa aku suka. Cerita apa aku suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu.


Rasa-rasa dapat ke isteri muda aku suruh buat cenggitu, tentu dia banyak ragam. Yelah dia muda, aku kan dah tua. Mesti dia kata aku ni mengada-ngada. Sure aku yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dengan kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK.


Eh!!! budak 20-an zaman sekarang, dengan handbag berjenama (nak yang ORI plak tu), dengan nak tudung kain Ekin, tudung Maiza, dan henpon blackberry, itu tak termasuk kereta, paling kokak pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana nak naik Proton atau Perodua. Kalau aku tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam, tak ke terseksa jiwa-raga.


Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal kapcai pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat flat 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.


Oh!!! untuk isteri muda, terpaksa aku buat OVERTIME (OT) untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung, dan TV Sony skrin nipismu itu... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... Hari minggu pun kena cari duit... Nak tengok bola pun tak dapat.


Lebih haru lagi, tentu anak-anak aku akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan ke banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kahwin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari aku, malah akan membenci pula.


Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau aku ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat anak tu di masa aku dah tua. Kat rumah isteri muda tengah hiruk-pikuk dengan anak-anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, aku yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan mandikan baby. Hahahahahaha... Kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daahhhh tak dapat malam nanti...!!!


Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak-anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang dok tegur : "tengah pilih baju cucu ke pakcik..." Eiiii tak sangguuup aku...!!! Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak aku!!! Lagi haru-biru!!!


Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria-ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.


Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau aku ni umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru aku tu... Hisshhh!!! banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi aku selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah aku tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

 
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap aku. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala, bukannya di dalam 'seluar dalam' je.


Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.


Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.


Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya... Wallahua'lam."



Monday, February 7, 2011

.. life goes on III ..

makcik manakah pernah mengatakan kepada saya bahawa "walaupun wanita dapat memaafkan seseorang yang lain atas kesalahan yang dilakukan , biasanya wanita itu akan ingat sampai bila bila sebagai pengajaran dan bukan satu dendam" . ohh apakah hari ini asyik bercerita tentang kemarahan dan dendam ? wahh apakah ~ oke lupakan .

~ ehh betullah , memang saya simpan sebagai kenangan dan pengajaran , dan tidak pernah ada dendam . uppsss engkaukah ? tettt !!~~


saya ikhlas cintakan kamoo (inchek suami) wahh !!~~
tiba tiba rindu dengan warna cat dinding yang lama ~~

*langsung merepek tiada kaitan*

haii meyhh?~~

.. life goes on II ..

sementara tengah rajin dan idea datang mencurah curah , marilah membebel tanpa henti .

makcik sape entah pernah cakap :

"andai akal setipis rambut , tebalkan ia dengan ilmu
andai hati serapuh kaca , kuatkan ia dengan iman sementelah perasaan yang selembut sutera , hiasilah dengan akhlak"

*ayat sementelah adalah kelakar dan tak best*

pandai kau bermadah eh
haii mehh ? ~~
weeee~~~~

Sunday, February 6, 2011

.. life goes on ..

petang ini mari kita mulakan dengan siri ketenangan hati . bila mana semakin hati tidak tenang , semakin ia perlu dipujuk kerana hidup ini perlu diteruskan , bukan untuk diri anda sahaja malah untuk orang lain yang lebih memerlukan anda . 


orang kata : "wanita dapat memendam cinta selama 40 tahun , tetapi tidak dapat memendam kebencian dan kemarahan walau sesaat" . haii mehh ?

tapi saya dapat memendam kebencian dan kemarahan kepada seseorang tut-tuttttt (seperti bunyi hon tren dalam cerita katun Thomas & Friends) oke diam , teruskan . saya mampu menyimpan kemarahan lebih dari sesaat , malah sehingga kini . cuma kadang kadang je ter-geram uppsss ! tahniah kepada saya ~~

.. mari penuhkan masa terluang III ..

sementara tunggu waktu yang sesuai untuk buat mama marah , mari lihat .. ehh kali pertama pandang , apa tu ? BOLEH eh korang?? grrrrrr~~


keje korang kan , kanak kanak riang ?
heppp !! ~


ahahahahahahahaha teko mama !~~




~ diMAAFkan ~
mama memang mudah memaafkan , sebab tu kami suka buat mama 'girang' oke letak bola pimpom di hujung teko adalah girang ?

haishhh ~~!!

Tuesday, February 1, 2011

.. roses ..


BUKAN mahu bercerita tentang valentine's day meskipun valentino rossi dan adik adiknya , cuma mahu katakan bahawa BUNGA ROS MEMANG SANGAT CANTIK . kenapakah kau cantik sangat ?
oke lupakan valentine's day .
~~ memang sudah lupakan sebab bukan amalan saya untuk sambut V-day ini .

saya suka kepada roses yang apakah melayunya a bunch of roses itu . ya , roses yang banyak . apakah sangat tamak ~~


.. kali terakhir saya terima ros adalah semasa candle lite dinner kami di Cherating Resort tahun lalu .



psst://mr papa , saya mahu candle lite lagi .
setiap tahun .



.. roti dan keju ..


SHTTTTTTTT ..
meh kita tengok apa pompuan ni buat dalam bilik sorang diri , kemain dia , boss tak ada ..


tadaaa ~~~~
saya sedang MAKAN dan MAKAN dan MAKAN



jom ?? gemukkan badan ? weee ~~~~


oke boss sudah pulang . cepat buat buat macam letih banyak keje . ohh peningnya , payahnya keje yang boss kasi ni . wahh apalah susah sangat niii ~~

~~ masa bila aku kasi kau keje ? kata inchek boss dalam hati .

oke bai .