Thursday, March 31, 2011

.. cari kek besday dhiya ..

haritu besday aqil mama cuma buat cupcake je . oke silap . bukan mama buat . jangan harap la mama nak bakar kek . teruk betul mama . mama tempah cupcake saje . ingatkan best tapi macam oke la . oke je ? yela pas nyanyi tepuk tangan pastu teacher edarkan cupcake sorang satu .camtu je .

so untuk dhiya kali ni mama nak tempah sebijik cake besday . yang akan ada aksi memotong dan meniup lilin kek . pastu masa orang nyanyi kat dhiya nanti mula la macam perasan kibaskan rambut seperti ohhh akukah princess ittuww .
kan dhiya kan .



ohh idea ...
kemari kamoooooo ~~~


memandangkan dhiya sangat suka dengan barbie .
mayb kek seakan ini akan cuba mama cari .



.. saya nak luah perasaan ..

saya nak luah perasaan . ini belog saya . boleh kan . tak ada orang nak marah . kan . kenapa ye , orang tak faham apa yang saya rasa . kena bagitau , baru orang akan faham dan tahu . macamtu ke . haishh . nak cerita kat sini pun macam ehh tak perlu . tapi haishh . tu je mampu cakap . suami selalu pesan , take it easy . ok . saya akan cuba make it easy .
easy lahh easyyy .
sambil menyanyi lagu tema butik pakaian hari hari . " marilah pergi ... hari hari "

ohhh agaknya perlu buat pengakuan bahawa saya
BUKAN ORANG KAYA lahhh !!!

ohh apakah masalah kamu ?
shhhtt ~~

Tuesday, March 29, 2011

.. sementara masih rajin ..

SEMENTARA masih rajin
SEMENTARA dan sementara dan sementara ..

sudah lama sepi tanpa membelog .
wahhh apakah sungguh sibuk .

kalau dibelek diari saya , memang penuh dengan program dan jemputan di sana sini .
oii kau tu siapa . ada jemputan bagaiiii .

yela . nak celebrate besday aqil kat educare lagi .


jalan jalan kat butik suria warisan , bangi
baju cantik . kain kualiti . rasa macam nak beli . tapi butik baru operasi . belum boleh buat jualan lagi . jadi ambik gambar di sana sini seperti butik anda sendiri . sila ! sila !



family day ofis inchek asben lagi . ehh penat !


kenduri kawin sepupu kat KL lagi . wohh !! 


oho . belum abes disitu lagi .
banyak lagi program sedang menanti YB .
ahh perasan oke .
DIAM .

Sunday, March 20, 2011

.. sejukbeku ..

pagi ini sejuk sangat , cuaca gelap , ujan dan mendung lagi , confirm inchek asben liat nak balik KL hikhikhik kesian kan . takpe , rezeki di KL . pagi ini ayat sangat sopan dan skema tahap mendung ujan lebat ribut petir punye !!

patut pun si kanak kanak riang yang 3 orang tu sangat membuat anak tekak mama menjelmakan dirinya BANGUNNNN MANDIIII SEKOLAHHHH !! oke dah taknak jerit lagi . masing masing ohh mimpi apakah naga sedang mengaumkah !!!!! boleh ? gRRrrrrr !!! mama . sabar .  

pagi cuma bawak dhiya sorang gi skul , yang lambat bangun sayang sangat selimut bantal pegi sekolah sendiri . takpe papa ade kannnnnnn huhh !!

sampai sekolah mama buat visit dan ehh haha ketawa sensorang macam ehh anak tekak aku masih ade . oke stop . nengok ni yea , hasil keje kanak kanak penyayang selimut bantal ~~


daniel 's


dhiya's


kemas semacam . mesti teacher buat kan daniel kann kann !!


dhiya's flower kaler cekelet haha .oke cantik .
senyum dalam diam .


si datang lambat . lagi mau tunjuk hasil keje .


.. budak susu a.k.a daniel bersame hasil contengan ..


gegurlssss ~~ 


waiting area dah kosong ! seme dah gi kantin breakfast lahhh !!


dhiya si datang awal ~
mekasih selamatkan anak tekak mama ^_^


Monday, March 14, 2011

.. kau tulang rusukku ..


sekadar info sharing yang barangkali sangat bagus untuk dikongsikan .

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Siapakah aku kepada kamu ?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
kamu adalah tulang rusukku!



Allah melihat bahawa Adam kesepian . Saat Adam sedang lena tidur , Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa . Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya , lelaki tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin , pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara . Setelah itu , pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada . Hidup mereka menjadi membosankan .

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain . Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin pana s. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran , si WANITA lari keluar rumah .

Saat tiba di seberang jalan , dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!" . Si LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak " Saya menyesali perkahwinan ini ! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!! "

Tiba-tiba WANITA terdiam , dan berdiri kaku untuk beberapa saat . LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan , tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali . Dengan berlinang air mata , WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya , bertekad untuk berpisah .
" Kalau saya bukan tulang rusukmu , biarkan saya pergi . Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing " .

Lima tahun berlalu . LELAKI masih belum lagi berkahwin , tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA tadi . Si WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali . Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai . LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya .


Dan di tengah malam yang sunyi , lelaki tadi meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya . Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITAnya .

Suatu hari , mereka akhirnya bertemu kembali . Di airport , tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan , mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas .

LELAKI : Apa khabar ?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang ?
LELAKI : Belum .
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut . Saya akan kembali 2 minggu lagi . Telefon saya kalau kamu berkesempatan . Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah .

WANITA tersenyum manis , berlalu di hujung lafaz
" Selamat tinggal... "

Satu minggu kemudian , LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC . Malam itu , sekali lagi , LELAKI bersendirian dan meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya . Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan .


~~ seringkali kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai . Dan akibatnya adalah penyesalan . Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya , akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita , semua sudah terlambat ....

Kerana itu , jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati ... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu , apakah kata kata yang akan kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai ? Andai ucapan anda bakal menyakitinya , sebaiknya jangan sesekali dilafazkan . Kerana ini menyebabkan semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai .

Jadi berfikirlah , apakah kata-kata yang akan dilafazkan berbaloi dengan akibat yang akan diterima ??

sekian.



Sunday, March 13, 2011

.. rahsia jari : pemberitahuan ..

untuk pembaca semua , jangan cepat melatah atau ohh aku ada penyakit itu dan ahhh tidak oh no omaigosh! sabar . bertenang . kajian ini saya dapat dari teman yang mahu berkongsi ilmu dan pendapat . terpulang kepada anda masing masing untuk menentukan tahap kesihatan masing masing . mahu percaya atau tidak terpulang . saya dan pengirim email ini bukan ahli kaji jari sekalipun tukang tilik . ilmu dan info yang kami ada , selayaknya untuk kami kongsikan untuk panduan bersama .

SEKIAN

.. rahsia jari II ..

pagi ini mari sambung kajian tentang rahsia jari anda , wahh kemain suka kau nak buat kajian mementang bos takada pagi ini . opp kauuu kus semangat tekejot boss tiba tiba sergah " HA!APA KES TILIK TANGAN PEPAGI NI , PASTU BOLEH KAU SENYUM SENSORANG PULAK LAGI??" ngeee!!!

OKE jangan merepek lagi .
mari lihat jari anda sekarang .

ce nengok jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru paru . makk aihh tak hagak hagak ehh dan sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik .

selain itu , urat biru / hijau pada pergelangan tangan , tapak tangan , sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya .. arghhh AKU STRESS STRESSS !! nyah kau dari sini .

seterusnya , ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita . ce nengok pada kuku setiap jari anda .. jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang .

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat ..errrkk ehem ehem .. insya allah...


" ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit , tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang "

 JAGALAH KESIHATAN KITA KERANA IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)~

Thursday, March 10, 2011

.. rahsia jari ..



semua orang tahu , jari juga ada maksud masing masing , boleh juga kesan penyakit . tapi tak boleh jadi doktor oke diam . cuba nengok jari anda sekarang dan terus buat tak tahu . sape entah pernah berkata , bahawa setiap jari mewakili bahagian badan kita :

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang



cuba nengok ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman maknanya badan kita ni penuh racun perosak dan toksik , boleh dapat sembelit tau . oke jangan tanya saya apa itu ruas T_T

bagi seorang wanita , jari kelingking yang meruncing atau bengkok, menandakan haid yang tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. ohh noo menakutkan , kelingking saya lurus macam batang mancis .

Tapak tangan yang berbintik macam tompok putih putih perasan tak ? dulu saya ada tompokan hikmat itu patut la saya banyak angin kalau makan angin luar negara takpe lagi T_T
bagi yang ada masalah tapak tangan berpeluh , itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

nanti kita sambung tentang kajian jari jari mulus ini
nak makan roti canai nanti dah sejuk tak sedap dahhh ~~

Sunday, March 6, 2011

.. contest Aksi Si Kecil Syok Tidur Anjuran GuGu GaGa ..

AHH tengahari yang sunyi , elok join contest ini .
oke memang tiada kaitan dengan tengahari yang sunyi .



apa apa hal pun , kena pegi belog eenasuzira dulu nengok apa dia nak cakap tentang rules dan pantang larang dan jangan buat sesuka hati lepas tu salah dah kena reject ihikk ~

aaaa dan ini gambar si kecil yang saya pertaruhkan ngeee~~
aksi tidur seperti apakah ini ? walllaaaa ~~


 dan ini juga ^_^


.. shhhhttt kami sedang mencari ilham ? ngeee~~~



5 orang yang saya suka suka nak tag
ibu inas , lin , lemang ,