Thursday, December 30, 2010

.. hari keluargaku & keluargamu ..

ISLAMIC  ENHANCEMENT & EVALUATION PROGRAMME 2010
2-4 Disember 2010
Teluk Batik , Lumut perak
(balik terus demam menyampah betul)



ohh hari keluarga warga UIA  Kuantan waktu itu :)
kenangan yang sangat manis ~

ACARA PAGI dimulakan dengan ini :



proses tegangan urat pagi itu ~


 waktu tidur pagi saya diganggu oleh suara mama panggil bangun haishh ! kacau betul !


 baju yelo : "ah tak kuasa  I nak join"


budak paling kanan cover ketinggian supaya tak sama macam menara di belakang


mandi manda bersama Awal , "eh papa awak zulhuzaimy mana" ?
cakap mama saya kirim salam ~


dinner time bersama mr. papa rambut pacak dan anak anak kami ~
perhatikan tangan si pinky , seperti menggaru apakah ? aishh~



masukkan air dalam botol yang tak mungkin akan penuh ~









budak tepung bersama gula gula yang dikumpul



budak tepung menerima hadiah
berjaya kumpul 9 biji gula


"terima kasih pakcik eh atuk eh abah eh eh eh"


ini boss saya di ofis , bukan boss di rumah itu lain ~
" kenalkan , ini secretary yang selalu nakal kat ofis ,
 nah ! ambik plastik sampah ni pegi buang ! "


.. keluarga yang meraikan hari keluarga ..


. ENJOY . HAPPY MOMENT EVER AFTER . SWEET .

Wednesday, December 29, 2010

.. bila lelaki membebel ..

sejuknya pagi ini , hujan yang lebat tak mahu berenti lagikah?
buat ramai yang malas tidak mahu pergi kerja

ohh di pagi yang lebat ini apakah pagi yang lebat atau hujan yang lebat di waktu pagi ?
oke diam.

pok pek pok pek ialah bebelan di waktu pagi oke bukan .
sangat sinonim oke bila bebelan dikaitkan dengan perempuan
emak , kakak dan isteri membebel adalah biasa

ehh bila lelaki atau lebih tepat suami membebel memang sangat
 "comel" okeh !

tatkala bulan mengambang oke bukan
tatkala ISTERI membebel , lelaki akan diam buat tak tahu dan entah entah menyanyi dalam hati

dan bila SUAMI atau LELAKI pula membebel wanita akan :

MEMBEBEL SAMA SAMA DALAM HATI
apakah yang kau bebelkan boleh diam tak sangat buruk oke !
~ kalau tak mahu gaduh sila cakap dalam hati ~

sekarang marilah membebel ramai ramai tanpa henti




.. bolasepak ..

 malam ini penentu siapa menang siapa kalah
nak cakap banyak pun tak pandai tentang bola , sebab minat saya KURANG ke arah itu

malam ini menyaksikan mr. papa akan duduk paling depan mengadap TV macam ohh sedapnya tv macam ikan masin makan dengan masak lemak cili padi dan bila GOAL akan menjerit dan melompat macam ohh apakah yang sudah berlaku dan dimanakah aku ? STADIUMKAH ? BUKIT JALILKAH atau JAKARTAKAH aishhh !

dan yang kurang minat seperti saya akan duduk di belakang sekali sandar kat dinding sambil tangan letak kat dahi macam orang demam , sekali sekala mr. papa akan menoleh dan pandang , saya akan lemparkan senyuman hambar nak tidur .

MAAF ye mr papa ,
boleh teman kan mr papa tengok bola tapi sambil tidur kat sebelah je eh ^_^



apalah punya budak tak suka bola sepak !
ehh suka hati lah , saya ada minat saya sendiri

.. yang saya PALING SUKA ialah :

aerobik , menari , poco poco
kalau tak suka sudah . diam .

ohh memang dah lama sangat tak pegi TRY MY GYM di Indera Mahkota Kuantan
sangat best bila join semua ini sampai rasa macam ohh memang lupa diri ~~

sekian.




Monday, December 27, 2010

..FAMILY ILUV U..

ORANG KATA atau KATA ORANG , hidup ibarat melambung 5 biji bola kecil ke udara lepas dah lambung sambut cepat cepat jangan buat tak tahu dan kena kutip satu satu bukan itu !

HIDUP ibarat bola 5 biji bebola ikan juga bukan oke diam . Tulis dalam bahasa Ingggeris lagi senang dan sopan tidak merapu ke sana ke mari dengan senang hati ~

IMAGINE life as a game in which you are juggling some five balls in the air .  They are WORK , FAMILY , HEALTH , FRIENDS and SPIRIT and you're keeping all of these in the air.

YOU will soon understand that WORK is a rubber ball . If you drop it , it will bounce back . But the other four balls - Family , Health , Friends and Spirit are made of glass . If you drop one of these , they will be irrevocably scuffed , marked , nicked , damaged , or even shattered . They will never be the same .  You must understand that and strive for it .

.. bekerjalah secara efektif semasa waktu bekerja dan pulanglah ke rumah tepat pada masanya , berikan masa untuk keluarga dan dapatkan rehat yang cukup ..




F.A.M.I.L.Y
Father And Mother I Love You

**

VALUE HAS A VALUE ; ONLY IF ITS VALUE IS VALUED.


faham tak ?
FAHAM oke terima kasih selamat hari raya 

Friday, December 24, 2010

..jika isteri menangis..

SAYA TIDAK PERNAH MENANGIS PUN
oke tipu fullstop

saya pernah terbaca bahawa
JIKA ISTERI MENANGIS DIDEPANMU ,
hargailah ia sebelum terlewat

MENGAPA ISTERI MENANGIS ?
sebab dia lemah atau dia memang suka menangis tanpa sebab
BUKAN , kerana itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi , lalu menangislah dia

SUAMI , apa yang perlu anda lakukan bila isteri menangis dihadapanmu ?

1.buat tak tahu
2.buat tak perasan dan eh kau menangis ?
3.buat buat mesin rumput

BUKAN , BUKAN , tetapi lakukanlah ini :

pegang tangannya dengan penuh pengertian kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu dan jangan sesekali mensia siakannya ,
lihat jauh ke dalam matanya
DAPATKAH KAMU RASAKAN SAKIT YANG DIRASAKAN KERANAMU ?
memang tidak sama langsung macam sakit kena cubit

APAKAH ISTIMEWANYA WANITA INI ?

1.disebalik kelembutannya , dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat
2.tutur katanya sentiasa benar
3.senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya
4.pelukan dan ciumannya memberi kehangatan kepada anak anaknya
5.dia tersenyum bila melihat temannya tertawa
6.dia terharu dan menangis melihat sengsara orang yang dikasihinya
7.dia begitu sedih melihat kematian
8.titisan airmatanya mampu membawa perdamaian

TAPI , dia sering dilupakan oleh suaminya hanya kerana satu hal iaitu
"BETAPA BERHARGANYA DIA"



dia tiada kaitan
sekadar gambar hiasan

sekian.

Thursday, December 23, 2010

..wanita..


.. BERUNTUNG seorang wanita ,
bukan majalah wanita 90 mukasurat punya itu lain

wanita ialah yang punya ciri ciri seorang wanita yang boleh melahirkan anak , yang diberi pelepasan dan cuti dari bersolat dan puasa dan yang menjadi kekuatan di belakang seorang suami


.. deretan wanita pelbagai warna ..

*
*

WANITA , samada belum atau sudah berumahtangga , jagalah maruah diri anda walau dalam apa keadaan sekalipun , jangan sesekali disalahguna keistimewaan yang ada untuk melakukan sesuatu yang tidak perlu .

ohh patutlah ada lelaki yang mahu tukar jantina , tapi yang itu tidak dikira sebagai
BERUNTUNGNYA SEORANG WANITA kan .. kan..

..baik baik sayang..

TERIMA KASIH kepada MR.PAPA yang hadiahkan lagu ini kepada saya ,
akan saya hayati dan fahami apa yang cuba MR.PAPA sampaikan ~~

"" Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin erti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang kerna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengarkan aku "


***

semua keinginan akan aku lakukan adalah sangat best oke !
boleh mula buat wishlist apa mahu minta ~~
STREAM MPV PETI AIS BESAR PUNYA UBAHSUAI RUMAH LAGI BAWA JALAN JALAN TEMPAT YANG BELUM PERNAH PERGI DAN SHOPING BAJU


psssttt .....
haritu kami survey ini ,
apapun tengok bajet 2011 nanti ^_^


sekian.
shuttt shuuuttt
^_^

..kurus , tinggi..

.. tengahari ini selepas berselera makan tambah 2 pinggan apakah buruk punya perangai kerana lauk asam pedas sedap sangat , yang semalam punya panaskan pun masih sedap oke diam dan teruskan

tengahari yang panas , bukan mahu bercerita tentang hari yang panas atau panasnya tengahari ini , tapi mahu bercerita tentang si tinggi lampai jalan terhuyung hayang

"DAH LA TINGGI KURUS PULAK TU"
ramai teman berkata seperti itu
diam boleh tak , saya memang tak berselera makan baru baik demam 2 minggu yang sangat seksa , dan doktor bagi ubat batuk apakah betul ejaannya BROMHEXINE yang children punya wahh salah bagikah?

sangat comel oke bila doktor cakap :
"YANG ITU PUN BOLEH UNTUK CAIR KAHAK"
tapi ini untuk kanak kanak kan ? menjawab dan degil lagi tanpa rasa malu ~

oke diam dan akur .
FULLSTOP .

beberapa hari ini setelah demam , berat pun tanpa segan segan turun sehingga 49kg langsung tidak sebati dengan 169cm punya tinggi , dan hari ini sangat suka selepas 2 minggu , sudah naik semula 1kg , usaha kan ku teruskan untuk capaian target 57kg sesuai dengan ketinggian yang melampau ~



mendambakan tubuh yang kurus itu rasanya tidak perlu ,
 yang terbaik adalah tubuh yang langsing



kan ?
SEKIAN


Wednesday, December 22, 2010

..umpatan dan keluhan..

SOK SEK SOK SEK ..
dia tu bla bla bla ..

aishhh manusia , tak habis habis sok sek di belakang orang ,
andai anda tidak puas hati dengan seseorang , bukankan lebih manis anda luahkan terus kepada dia ?

andai yang mendengar umpatan anda itu adalah bukan orang yang anda umpat , tapi tetap telinga mereka kurang sedap mendengar keluhan anda , lebih BURUK lagi jika orang yang anda sok sek kan terdengar apa yang sedang anda cakap ?? siapa mahu jawab bila sudah kantoi disitu ?

UMPATAN itu kan tidak elok , mengapa mesti perlu keluh di belakang orang lain andai anda geram , marah atau tidak puas hati dengan sikap seseorang

cuba beritahu kepada dia apa yang anda tidak senang dengannya , mana tahu dia dapat terima teguran anda itu , bercakap di belakang orang itu kan perbuatan yang sangat tidak elok ~




baju biru : "eh apesal rambut kau kusut sangat"
baju hijau : "tutup mulut , diam shhtt!!"

ohhh oke diam ~~

.. apa yang perlu anda buat untuk bantu mereka yang sering bercakap tentang keburukan orang lain ? SENANG ~

bagi seseorang yang berani ,
boleh terus sound baik punya dan penuh sopan seperti ini :
" KALAU TAK SUKA CAKAP JE DIRECT ,
 SAYA TAK SUKA DENGAR ORANG CAKAP BELAKANG "

mudah mudahan dapat memberi kesedaran dan eh berani betul dia sound aku atau eh dia dengar apa yang aku cakap tadi ? dan biarkan dia rasa malu dan terkedu hingga rasa tak mahu umpat anda lagi .


andai anda PERNAH , ADA atau SELALU bercakap sesuatu yang buruk tentang saya , saya terima dan sedia memaafkan dan berkawan semula seperti tiada apa pernah berlaku pun , kerana saya faham sikap kita manusia yang tidak pernah senang dengan apa yang berlaku di hadapan kita , tapi menjawablah anda apabila disoal di akhirat nanti ~~


SEKIAN.

..perhaps,perhaps,perhaps..


.. dari siapa untuk siapakah lirik lagu ini?
dari suami untuk isteri , atau
dari isteri untuk suami
siapakah yang sukar menyatakan rasa cinta terhadap pasangan masing masing ?
~ renung renungkan ~




You won't admit you love me

And so how am I ever to know?
You always tell me
Perhaps, perhaps, perhaps


A million times I've asked you,
And then I ask you over again
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps


If you can't make your mind up
We'll never get started
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted


So if you really love me
Say yes, but if you don't dear, confess
And please don't tell me

Perhaps, perhaps, perhaps
Perhaps, perhaps, perhaps
Perhaps, perhaps, perhaps



setting untuk alarm setiap jam 6pagi , rasa macam wahh lena diulit intan betullah ! siapakah yang menyanyi lagu klasik di telinga pagi pagi begini  ~
sungguh asyikkk  !! ..

oke bukan , sila bangun dari tidur dan jangan berangan lagi !

 


Tuesday, December 21, 2010

..percayalah..

PERCAYALAH , bukan percayalah hati ku lama tersulam di ruang paling dalam
BUKAN !! tapi ini ..

ada orang mengatakan kepada saya bahawa PERCAYALAH , walau bagaimana payah kita menanggung kedukaan kerana sikap orang yang disayangi , walau telah penat lelah kita berusaha dan berubah demi mencapai ketenangan dan kebahagiaan , dan walau kita rasakan tiada upaya lagi menanggung kepedihan kerana dikhianati atau terasa diri tidak dihargai atau jua dihormati ,  namun ingatlah sebagai seorang Islam yang mempunyai iman dan pegangan , kita harus berpegang dan meminta padaNya , bersujud dan memohonlah ketenangan hati , mohon kepada DIA yang tidak pernah mengecewakan hambaNya .

TAPI , kita sebagai manusia punya habit yang sangat susah untuk menerima ketentuan tuhan , walau bibir mengatakan redha tapi hati tidak begitu , hati terseksa mengenangkan pengkhianatan yang telah terjadi

"KAU CAKAP BOLEH LA , KAU SENDIRI MAMPUKAH"
~ lagi soalan yang tidak perlu saya jawab ~

sekadar info sharing , semoga bermanfaat
SEKIAN

..sebagai sorang isteri , anda.......

SEBAGAI isteri hati ini sering diajar :

1.jangan memikirkan keburukan suami dan kenangkanlah kebaikannya untuk dijadikan penawar jika hati terluka

2.sentiasa ingat syurga isteri di bawah tapak kaki suami selagi suami itu di dalam redha Allah SWT

3. sentiasa bersyukur dengan apa yang termampu suami sediakan walaupun isteri nafsunya menuntut segala macam mak nenek sampai semua benda pun nak beli
 contohnya seperti mahu beli peti ais paling besar punya
siapakah ??
^_^

4. dalam keadaan apa sekalipun sentiasa bersangka baik terhadap suami kerana bersangka baik itu adalah penawar jiwa paling mujarab , jangan menyeksa hati sendiri untuk bahagia

5.jangan diikutkan cemburu yang akhirnya memakan hati dan perasaan sendiri

6. carilah pahala dan redha Allah selagi status isteri masih disandang

7.jangan terlalu memikirkan kelemahan suami kerana diri sendiri pun tidak sehebat mana , ayat lain ialah :
"MACAM LA KAU TU PERFECT SANGAT !"

8.sentiasa ingat bahawa setiap yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kesilapan kita sebagai hambanya kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan , walau lari latam apakah itu latam ? iaitu lari tanpa pakai selipar atau kasut atau kaki ayam apa kau merepek ! Larilah hingga ke CAMBODIA sekalipun tetap akan melakukan kesilapan juga


TETAPI , adakah sebagai isteri , kita mampu menjadi sekuat dan sebaik itu ........
walaupun rasa syukur sentiasa diajar bertandang di hati tetapi persoalan seperti bolehkah , kenapakah , bagaimanakah yang sering kita persoalkan seperti MENGAPA JADI KEPADA AKU? MENGAPA INI PATUT TERJADI dan sebagainya

Hanya doa sahaja yang menjadi penguat semangat demi mendapatkan redha Allah SWT yang tidak pernah jemu membantu kita

Bukan mudah menjadi isteri solehah kalau tidak betul betul redha dengan apa yang ada dan dengan apa yang pernah dirasa

INGATLAH , Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita .  Ujian Allah adalah peluang kepada kita untuk mencari keredhaan dan rahmatnya di dunia dan di akhirat kelak dan sesungguhnya janji Allah itu benar



** kau boleh la cakap , kau sendiri bolehkah ? **
soalan yang tidak perlu saya jawab ~

semoga bermanfaat
SEKIAN

Monday, December 20, 2010

..mengantuk..

hari yang mengantuk , bukan hari yang bersalah tetapi mata itu sendiri yang mengantuk , maka matalah yang bersalah di dalam hal ini , TIDAK , bila anda mengantuk , janganlah salahkan mata atau cuaca yang sejuk sangat dan sedap rasa macam nak tidur selubung dan peluk bantal ..



apakah yang sedang berlaku ?   ~~ ZZzzzZz


.. bila anda mengantuk , apa yang perlu anda buat ?

1. pergilah cuci muka dan jangan lupa bubuh lipstik semula nanti orang cakap eh apesal muka kau macam tak cukup zat !

2. bersiar siar atau duduk di koridor untuk ambil angin luar jika anda sedang bekerja , kalau dirumah tidak perlu cerita disini boleh terus tarik selimut dan tidur

3. minum air yang boleh buat anda rasa wahhh sudah tidak mengantuk lagi seperti air 100plus

orang yang mengantuk , bukanlah seorang yang malas , ada sebab mengapa mereka mengantuk .
Mungkin disebabkan anda berjaga malam atau tidur tidak cukup 8 jam sehari .. oke mulai malam ini boleh tidur seawal jam 9 malam dan boleh bangun jam 6 pagi esoknya !

~ apesal kau tidur awal baru pukul 9 ?
~~ jangan kacau ! saya memerlukan 8jam sehari untuk dapatkan tidur yang cukup supaya tidak perlu menahan mata macam apa teruk sangat sambil makan pun boleh tertidur ! apa la punya orang !



.. bila anda mengantuk semasa menghadiri mesyuarat , boleh juga menggedik semasa mesyuarat sedang berlangsung supaya nanti tidak tahu jawab bila presiden tanya dan cuma jawab OK , YES , CAN tanpa rasa bersalah ~


.. tidur yang cukup dapat memberikan anda tenaga untuk keesokan hari , dapat memelihara aura kesegaran anda supaya orang tengok pun rasa tak puas dan macam nak datang tengok anda lagi
apakah punya orang !!!
sangat perasan !

SEKIAN.diam.


Wednesday, December 15, 2010

.. kebahagiaan ..

.. sesuatu kenangan yang sangat pahit untuk ditelan memang sangat susah untuk dilupakan , bagaimana untuk melupakan sesuatu yang pahit itu ?? ubat yang pahit sekalipun boleh hilang rasa pahitnya jika kita minum air masak banyak banyak sampai perut pun kembung dan rasa eh masa bila perut jadi buncit tiba tiba ?~





apakah sesuatu yang pahit itu ? apakah cara terbaik untuk melupakan ?
 jalan yang terbaik sebenarnya bergantung pada anda , masing masing .

yang perlu ada dalam diri ialah  :

1.IMAN .
2.SEMANGAT .
3.KEKUATAN.
4.DISIPLIN.

Bagaimana jika ada keempat empat di atas tetapi masih tidak kuat untuk melupakan ?

BERUSAHA LAGI .

Jika gagal juga ?

BERDOA DAN BERTAWAKALLAH.
Insya Allah semuanya akan aman.

TAPI , lumrah kehidupan manusia , sangat susah untuk melupakan sesuatu yang pahit itu , mengapa ya ?

mungkin mereka :-

1. TIADA KEIMANAN
2. TIADA SEMANGAT
3. TIADA KEKUATAN
4. TIADA DISIPLIN

Entah , tepuk dada tanya lah diri .

SEKIAN




Tuesday, December 14, 2010

.. jalan jalan T.L.D.M !!

..  jalan jalan TLDM Lumut , sesat sampai entah ke mana , merepek meraban dua jam pusing pusing tak tahu mana , nasib baik sempat jumpa sebelum masing masing buat muka pening nak muntah !


.. sampai sampai terus jadi penjaga pintu masuk galeri ..
" sekali masuk 2posen bang !! "



 baju oren : "eh kawan , cepat ! saya ada satu pakatan" .
baju hitam : "woohoo seluar aku masuk kerengge lah ! ish kacau betul !!" .


.. ini heli mainan , yang kontrol punya , papa kami beli !
tak boleh pinjam !!!


.. pandangan yang sangat indah di belakang sana ! weee ~~
sama sangat macam pemandangan di belakang rumah kami ! BETUL ! memang TIPU sangat !


.. ohh sungguh asyikk !!
tiba tiba buat suara kasar umur 26 tahun punya !


sape entah sesat !

*
*

.. jalan jalan TLDM dan Teluk Batik Lumut , sampai lebam dan demam demam !!
walau apapun , layanan encik navy waktu itu bagus belaka , kami dapat info yang cukup , encik navy bawa kami makan dan jalan jalan dalam kawasan apa panggil markas ke marka ~

tour guide kami encik navy pada hari itu sangat baik ohh mungkin kerana dia masih muda dan ramai anak dara dalam bas waktu itu asyik tersenyum kepada dia sebab itu lah dia sangat baik ^_^ ~~
BUKAN oke diam .

Selamat Jalan Jumpa Lagi Lain Kali untuk demam lagi !

NAVY BLUE !! go navy go ~~
Terima Kasih . Sekian .

.. keluarga yang demam ..

.. ohh demam, kenapa nama kau demam ?
langsung tak sedap lah nama kau !
mari tukar nama nak tak ? dan ganti dengan nama makanan yang sedap sedap ..



.. budak demam muka pucat tak cukup zat ..


.. gembira betul beliau yang baju biru belum kena demam !


.. mangsa demam yang pertama ..


 .. mangsa mangsa demam berkelah atas kapal beramai ramai tanpa rasa malu ..
orang kapal tak boleh marah kerana kami semua demam ~~


.. saya tak demam !~
tapi akhirnya demam jugak !


.. encik supir , jangan gembira sangat !
 kan dah demam jugak ~~



.. tukang jaga orang demam bersama mangsa demam~~
.. beliau akan menjaga orang demam dengan sangat tekun dan seperti selalu , si tukang jaga orang demam akan :

1. memastikan orang demam CUKUP makan , minum banyak air sepanjang demam, kalau malas makan , si tukang jaga orang demam akan suap orang demam itu makan ohh terasa sangat beruntung dan terus buat buat tak larat macam teruk sangat !

2. membelikan air 100plus bergelen gelen macam dah jadi kedai penjual air eh siapa nak stok 100plus boleh datang beli di sini !! mari mari mari !!

3. akan masuk ke bilik dengan KERAP menjenguk keadaan orang demam dan tanya kau demam lagikah ?? memanglah bukan tanya seperti itu siapa suruh percaya ~

4. menyukat tahap suhu panas badan orang demam dengan penuh angan angan seperti ehem ehem saya doktor , cik sakit apa ? ~~
oke bukan .


.. demam pun nak nangis !
manja sangat ! boooo!! ~~


.. yang terakhir dijangkiti virus demam !
kesian kamu sayang ~~

demam ialah demam . semua orang pernah demam . bukan semua orang suka demam .
soalan : "adakah di muka bumi ini , orang yang suka akan demam ?"

biarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan ~~

orang yang sakit , termasuk orang orang yang demam , jika dirawat dengan penuh kasih sayang akan terasa lebih disayangi . Dan orang yang sakit , biasanya akan cepat terasa hati , maka , kata kata dan apa sahaja tindakan anda walau terkasar atau tersalah sedikit pun akan membuatkan si pesakit itu terguris hatinya . eh manja sangat !

orang kata , oh betul , saya pernah terbaca bahawa panas demam itu dijadikan untuk kita merasa sabar dan sedar akan panas semasa di padang masyhar nanti ..

panas demam pun kau nak nangis , di padang mashyar nanti lagi panas tiada siapa yang akan bantu !
~ banyakkan amalan , tambahkan kebaikan , mudah mudahan membantu .
wallahualam ~

sekian .




Tuesday, November 30, 2010

..sedangkan lidah lagi tergigit..

.. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT ..
cerita tengahari ini ..

kenapa mahu cerita tentang lidah yang tergigit ?
 kerana tergigit lidah semasa makan hingga menjerit oii sakit lah !
atau lidah ! kenapa kau tergigit?

oke , sudah malas nak merepek ~

*
*
orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ..

itulah juga antara bait lagu PRAMLEE seniman agung negara kita ..
apakah maksud disitu ? apa kaitannya lidah yang tergigit dengan suami isteri ?



.. mangsa lidah tergigit bersama sahabat lidah tergigit ~~



.. dalam kehidupan berumahtangga , memang SANGAT BANYAK ujian dari Yang Maha Kuasa , bergantung pada kita bagaimana untuk menjalani ujian hidup yang ditentukan kepada setiap kita , ada yang mampu mengharungi ujian hidup itu dan ada yang tidak mampu .

~ UJIAN dalam rumahtangga LANGSUNG TIDAK SAMA dengan ujian matematik atau ujian bahasa melayu sekolah rendah lagi tidak sama dengan ujian untuk subjek Ekonomi Rumahtangga apa kau merepek !
eh kelakar bila teringat subjek ekonomi rumahtangga ERT zaman sekolah dulu , rasa macam sudah ada suami waktu itu . 
teruk sangat lah kau ! oke diam ~

BENAR , bukan semua dari kita mampu melepasi ujian hidup masing masing dengan macam macam perasaan yang bersembunyi di setiap sudut dalam diri .


.. ohh ! mimpi yang sangat asyikkk !



.. bersabarlah wahai anda !
bersabar sambil ambil gambar semasa jalan penuh sesak adalah terapi yang sangat bagus ~


.. orang kata , KESABARAN itu sebahagian daripada KEIMANAN,
wanita di atas berpendapat bahawa ,
apapun yang berlaku di dalam hidup ini semuanya datang dari Yang Maha Kuasa untuk menilai tahap KEIMANAN kita semata mata .

setinggi mana tahap kesabaran anda maka percayalah ,
pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik menanti anda

wallahualam ~~







Monday, November 29, 2010

..anugerah..

~ TAATIHH .... TAATIHHHH...
pagi ini, mari kita belajar bagaimana bayi mula berjalan ..
BUKAN !

marilah kita menari beramai ramai tanpa pedulikan orang pandang ..


oke, sekarang mari kita mulakan dengan bacaan doa bismillahirahmanirahim sudah diam !

sekarang mulakan ~
.. ANAK adalah anugerah yang sangat tidak ternilai.  Walau dihulur berapa ratus ribu sekalipun, tidak sesekali anak itu akan diserahkan pada orang lain ..

TAPI , HARI INI , DI SINI dan di mana saja sangat banyak laporan yang didedahkan tentang kes pembuangan bayi dan pemerdagangan kanak kanak sekarang ini ..

dosa yang sangat besar !
sekarang memang tidak nampak apa, kerana pengaruh bisikan jahat sudah berkuasa , tunggulah nanti semasa hari perhitungan dan pembalasan Yang  Maha Kuasa ..


ohh dapat pun tangkap bola ! kenapa kau besar sangat !! hepp !~~



.. TEH TARIK satu !!
.. ini MCD kau jangan nak buat malu (baju biru kata) ^_^ ~

.. kalau dibuang bayi di depan rumah , akan saya ambil dan bela seperti anak saya sendiri ..

TIDAK DAPAT bayangkan nasib kanak kanak yang hilang dan dibuang .
apalah agaknya nasib mereka bila berada di tangan orang lain yang bukan ibu bapa mereka dan perasaan mereka ketika itu ? pasti  takut dan nangis selalu ..



wohohh abang ! saya rasa tempat yang sesuai untuk banner ini bukan disini !
mari kita ubah letak tempat lain !!

.. sangat seronok bila melihat kerenah anak anak, walaupun memang tak terkejar sana sini nak uruskan satu satu, apapun anak anak memang pengubat rindu ~


.. kejarlah saya ! kalau dapat tangkap pun buat buat macam tak dapat kejar tau !



.. abang ! macamana dengan plan kita malam ini ??
shhhtttt !!! cakap pelan pelan, nanti orang dengar ~

 .. anak anak memang nakal, bersabarlah ibu bapa !
hargai mereka sementara mereka masih ada bersama kita ..


.. jangan nanti dikesalkan bila mereka sudah tiada ..

~ SEKIAN ~