Wednesday, May 25, 2011

.. esok saya akan ke kelantan ..

esok kami akan ke kelantan
apakah yang ada di sana ?
apakah makanan ter-best di sana ?

siput sedut hado tak?? hakhak~~
saya tak makan siput sedut .

oke bukan mahu berseronok atau mahu berlibur tanpa haluan . ada  misi dan halatuju kami sepanjang 2hari disana . ohh apakah yang akan anda bayangkan ? bukan misi khidmat kemasyarakatan ataupun misi gotong royong membersihkan pantai cahaya bulan .

SAYA JANJI . lepas pulang dari kelantan nanti akan saya uploadkan gambar dan cerita misi kami di kelantan . wuhuuUuUUUuuu ~~

saya pasti akan sertakan gambar yang berkaitan . takkan misi di kelantan mahu letak gambar ayam sedang patuk cacing pula . haisshhh !! 


sebagai anak kecil , misi kami ialah apa ?~~
" eh aqil , tangan apesal letak dekat hidung .
sedang buat apakah ???? ngeeeeee !!!
oke bukan .

ohh ye . andai nanti saya mungkiri janji , silalah anda maafkan .
^_^  ~  ^_^



Thursday, May 19, 2011

.. imbasan zaman kecil : main masak masak

malam yang sunyi sepi
" mama jomlah main play dough dgn aqil "

dushh . malam oke . tidur lagi bagus . mama tak jawab pun macam itu . sambil lipat kain baju , sebagai mama yang prihatin , layanlah aqil main . mama jadi pembeli , aqil jadi penjual kedai makan . tak mau kalah !

**

jual donat , karipap , mi , kuih bom , piza dan roti canai .
heeeee sedapnyeeeee kuih kat kedai ni . seperti malam itu mama pun buat buat cakap sedap . mati kau nak makan play dough ?? hukk ~~

tengok muka aqil seronok . beriya buat kuih lagi untuk dijual . budak budak macam tu la .
sama la zaman kita kecik kecik dulu , main doll siap ada buai yang emak buat dari plastik pastu gantung jadi sebijik macam buaian . tu belum cerita main kawin kawin . budak kecik tak cukup umur sudah gatal mahu kawin . anak sape entah . huhh ! dulu ada jugak main mak mak , main masak masak . angkut  periuk masak emak bawak main kat bawah pokok , daun , rumput jadi sayur , masak betul2 . ada api hidupkan dengan ranting kayu , ada air untuk masak sayur rumput . yang tak leh tahan nasi ketika itu ialah pasir oke . nak cilok beras emak tak sampai hati ~~~
OKE LA MAMA DAH PUKUL 11 MALAM , AQIL NAK TUTUP KEDAI 
ehh pandai  pulak kau mata dah ngantuk kau cakap kedai nak tutup cissss ~~


hohhh kawan kawan , jomlah kita main mak mak ,
main masak masak .wahaahhhhhh ~
. sekian .

Wednesday, May 18, 2011

.. imbasan zaman kecil : papaku pulang dari kota ..

PAPAKU PULANG DARI KOTA
papaku belikan kereta
WOwWWw !!

ohh tapi cuma ..

.. kereta kecil warna merah
bolehku bawa ke sekolah
ponponponponponponponponpon
kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
bolehku bawa jumpa nenek ..




RIANG KANAK KANAK TIDAK PERLU DIGAMBARKAN .
SEMUA ORANG TAHU , ZAMAN KANAK KANAK ADALAH YANG PALING MENGGEMBIRAKAN !

ohh iya . bila papaku pulang dari outstation , beliau akan belikan mainan untuk saya dan adik adik ,bawak pusing pusing dengan motor . dan macam macam lagi sampai mama jeles . kan mama kan .


PEACE YAWwwWW ~


.. imbasan zaman kecil : tanya sama pokok ..

TANYA SAMA POKOK
sampai bila pun pokok tidak akan bercakap .
lainlah kuasa Allah yang membenarkan .

**

bukan mahu bercerita tentang pokok yang tidak mahu bercakap . cuma tengahari ini sementara baki batuk batuk manja masih ada , marilah kita berbelog . sambil menanti apakah yang akan terjadi esok hari .

.. tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama angin
apa sebab goncang
nanti jawab angin
TANYALAH AWAN ..

nak tnya awan ? lagi la kan . kan .
oke faham . ini ialah lagu .
oke mari sambung nyanyi .

.. awan nanti kata aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
lihat dalam air
nampak bayang bayang
campk satu batu
bayang pun hilang


baju merah :
" wawahhh banyak betul bayang bayang di air huhu "
wooppss teacher bagi peluang kami mencuci mate
^.^


LAGU KANAK KANAK YANG TAK LAPUK DEK HUJAN TAK LEKANG DEK PANAS . DARI BAYI SAMPAI DAH JADI IBU DAN ADA ANAK CUCU PASTI LAGU WARISAN INI MASIH DIDENDANGKAN .



Monday, May 16, 2011

.. sayonara bukan sayembara ..

SAYONARA semua ~~
bukan untuk saya tapi oleh kakak yg baju ijau , dua dari kiri itu . dan jangan pula digosip wahh kenapa dia sangat kelos (close) duduk disebelah lelaki berkopiah . memanglah sbb lelaki itu ialah suaminya ~~


masing masing apesal muka tak sedih ponn ??



 cuba tengok yang belah kanan berjoget
hakhak apesal kauuu ??



antara yang menyumbangkan suara pada hari itu . yang baju oren ialah penyanyi latar ^.^


ini bukan kasi ucapan .
karok pulak dia ! isyh . isyh .



wahh kemain ada karoke session . saya tak nyanyi pun .


KAMI DI OFIS MEMANG SEPERTI KEGEMBIRAAN . TAPI HAKIKATNYA SANGAT RASA KEHILANGAN .

Thursday, May 5, 2011

.. tingtong bersama kamal affandi ..

BAYVIEW GEORGETOWN PENANG
ASPIRASI SETIAUSAHA 2011


Pencarian pemangsa sudah bermula
 " ok kamu . boleh naik atas stage ? mengandung tak ? "
itu antara yang dia tanya .

" OHH BOLEH . TAK MENGANDUNG PUN " .
saya jawab dengan berani .

Kamal Affandi : " soalan saya ialah mengandung atau tidak . dia jawab rasanya takk " .
Hilai tawa peserta lain penuh di Ballroom haritu .
wahh kemain gelakkan aku . cittt ~~

dalam hati : SUMPAH SAYA TAK JAWAB PUN MACAM ITU . dia yang pandai pandai tambah .
giler teruk kena gelak . dushh dushh .

Kamal Affandi : OK takpe . cuba angkat tangan .
good . dia sudi jadi volunteer .

haaaaa ???
cisss dan cisss . KENA LAGI . dushhhh .

andai sudah naik ke atas pentas , bersedialah kamu wahai si mangsa ragut wahahh !



belum naik stage , teruk giler kena gelak .
sampai keluar airmata .




 henbeg sape tah dia rembat .
menggelupur kakak tu henbeg dia kena amik


 


 katanya : " peragut akan toreh tali henbeg anda dan 3 tali akan terputus . 2 tali henbeg dan 1 lagi tali di dalam " . citttt !





SWEET MOMENT.
GREAT EXPERIENCE.