Thursday, August 18, 2011

.. ade aku kesah , ye aku kesah ..


 ORANG LAMA LAMA PERNAH CAKAP, "TEMAN YANG ADA DISISI KAU KENALAH KAU HARGAI SELAGI MAMPU, HARGAI SEPENUH DAN SEBAIKNYA SEMENTARA DIA MASIH ADA DAN MASIH BERSAMA KAU"..

shared from FB
(sekadar renung renungkan, tiada kaitan dengan cerita rumahtangga kami)
^.^

gambar hiasan
untuk keseronokan semata mata.hoh kemain gelak anak ngan bapak.





dulu dulu dan ada juga yang menjadi kebiasaan kepada lelaki atau suami barangkali, dan nyatanya bukan semua lelaki begini tetapi boleh dikatakan hampir semua begini..

suami seringkali merasakan seperti ini:-


1.Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....2.Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...3.Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

4.Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...5.Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...6.Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....7.Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak ke tempat kerja....

8.Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....9.Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....10.Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...11.Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

12.Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....13.Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....




 hoooo waaaaa sanggup kau retakkan hati aku!!!nak susuuuu!!!!sob.sob.sob.





ADE AKU KESAH . AKU KAN LELAKI . SOAL REMEH MACAMTU APE AKU NAK KESAH. HAIHH BANYAK LAGI BENDA NAK PIKIR DALAM KEPALA NI.

 Jangan begitu wahai lelaki terutama suami . Kerana nanti kau akan merasa rugi dan kehilangan .



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...




haihhh tenet selow betul. maen game dulu laaa sampai penat, sampai tecabot keypad mengganas betul kau!


Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...


 perempuan memang suke berhias, bukan masa hati retak je dia suka menghias laa haihhh!!


Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....




sekadar gambar hiasan.

layan anak lagi best
(kata wanita yang hatinya telah retak) huk alohh gitu pulop?





Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak keluar...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya.

Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki yeahh kuat..kuat..herkk buleh tebalikkan sofa dah ni herkk!!


"RENUNGKAN DAN INGATKAN"
jangan nanti nyesal dan geget jari adoiii putus.herkk sekian.

Thursday, August 11, 2011

.. cahaya aidilfitri ..

Sabar...jangan membobok ye,apa tu BOBOK? haha paham tak korang apa tu bobok ? bahase kuarge turun temurun ni..tehehehe...ini gambar tawon lepas punye tapi tahun ni baru terasa nak letak, tehehee...

  Tetengah hari ni dak siti nyanyi lak lagu raya tiba tiba, hiba tul rasa hati..sayu je ha..bercampur baur rasa perasaan haiiiiih berkobar kobar lak rasa, berkobar nak letak gambar je pun..tak kemana..takde makna nak pegi suping lagi..kang bebel lak inchek suami..ehh mama kau terawih kemana puasa kemana sibuk nak suping, kannnn..dari bengkak tinge kena bebel elok duk dendiam..tunggu sikit hari lagi, gi la bersesak sesak kat bandar nuuu, kemain orang berlaga b***tot memasing sibuk nak milih pakaian anak anak.

sabar..sabar..ye anak anak..


galak nak main si gegirl, kena percik bunga pi sket dah uwaaaa hek eleh tatau main duk jejauh bole tak, bagi bapaknya kontrol suasana alam sambil mama sabar menunggu giliran...peluang... kesempatan kannn! huh!!


tawon lepas korang duorang je mencicit cicit terjerit jerit berlari tengah malam main bunge pi, sat gi tahun ni ada la sorang lagi hero yang akan join jeng jeng jeng hahahaha. berebut la kau!!!!!



sonok rebut dengan kakak! buleh tarik toncet dia huarghhhhh!!!!!

apa nengok! ni saya masa umo tak sampai setawon..sekarang da lain, sekarang dah buleh tarik toncet kakak gegirl dah hahahahaha tarik tarik!!!
 


dapat ghambut segenggam, botak kakak hahaha huduh!!


Wednesday, August 10, 2011

.. mimpi kahwin ..



LELAKI yang sudah berkahwin, apabila bermimpi dia sedang berkahwin sungguh scary kepada isteri oke .. tetapi bila wanita yang sudah berkahwin , kemudian dia bermimpi bahawa dia sedang berkahwin errr apa tu maksudnya ?? cepat cepat google tafsir mimpi . mana tahu petanda yang bagus . GoooOOOgle...

Dah dua kali mimpi yang macamni . kalau petanda bagus alhamdulillah , kalau petanda yang melemahkan jiwa haduii jauhkanlah ! siapa rasa rasa nak mimipi yang bawak petanda yang tidak baik , yang merepek dan yang entahapehapentah . Siapa ? ada ? ada ? Tak hadoo ~
 




*sumber ihsan dari siapa entah*

Telengkan kepala masing masing untuk tengok ehh ehh suami siapa tu ?suami kau eh eh suami aku , ehehh mintak mahap , lelaki ini saya kenali sedari dulu lagi bukan sauk orang punya oke .. tadamasa!



pengantin mana tuh? kemain! hakhak


" Makna bermimpi diri sendiri berkahwin iaitu anda akan beroleh kesibukan ." wahh .. mudah mudahan kesibukan itu satu benda atau pekerjaan yang baik dan menguntungkan . haaaaa (petik jari kelip mata jap) mungkinkah pelancaran bisnes yang dirancangkan ? AMIN~~


Tuesday, August 9, 2011

.. sila hargai orang ..

sebagai manusia, kau perlu belajar oke!! belajar apa??bukan belajar bagaimana membuat kuih pau atau bagaimana mengukus kuih talam dua muka yang dah macam muka kau pun aku tengok..ohh tak! jangan emosi sangat di bulan puasa ini. apa yang perlu kau belajar ialah cara menghormati dan sekurang kurangnya menghargai orang, sangat mudah oke..sila lihat contoh dibawah:

1.sekiranya seseorang telah menghulurkan bantuan,sila cepat cepat cakap terima kasih.tu pun susah ke. apala kau!
2.sekiranya seseorang telah bermurah hati membantu kau, sila hargai beliau. tak perlu pun balasan mewah seperti sunglass Versace idaman beliau, tapi cukup sekadar menghormati beliau, paling tidak lemparkan la senyuman kepada beliau..liau..liau..apala kau!







apakah dengan jawapan manis kau:
"saya tak tahu nak balas budi kakak.saya nak balas tapi belum sampai masa dan tak tahu macamana" kalau itu jawapan kau memang sampai bila bila pun kau akan dianggap orang yang sombong dan tidak tahu berterima kasih.
hati hati tu...