Tuesday, November 30, 2010

..sedangkan lidah lagi tergigit..

.. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT ..
cerita tengahari ini ..

kenapa mahu cerita tentang lidah yang tergigit ?
 kerana tergigit lidah semasa makan hingga menjerit oii sakit lah !
atau lidah ! kenapa kau tergigit?

oke , sudah malas nak merepek ~

*
*
orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ..

itulah juga antara bait lagu PRAMLEE seniman agung negara kita ..
apakah maksud disitu ? apa kaitannya lidah yang tergigit dengan suami isteri ?



.. mangsa lidah tergigit bersama sahabat lidah tergigit ~~



.. dalam kehidupan berumahtangga , memang SANGAT BANYAK ujian dari Yang Maha Kuasa , bergantung pada kita bagaimana untuk menjalani ujian hidup yang ditentukan kepada setiap kita , ada yang mampu mengharungi ujian hidup itu dan ada yang tidak mampu .

~ UJIAN dalam rumahtangga LANGSUNG TIDAK SAMA dengan ujian matematik atau ujian bahasa melayu sekolah rendah lagi tidak sama dengan ujian untuk subjek Ekonomi Rumahtangga apa kau merepek !
eh kelakar bila teringat subjek ekonomi rumahtangga ERT zaman sekolah dulu , rasa macam sudah ada suami waktu itu . 
teruk sangat lah kau ! oke diam ~

BENAR , bukan semua dari kita mampu melepasi ujian hidup masing masing dengan macam macam perasaan yang bersembunyi di setiap sudut dalam diri .


.. ohh ! mimpi yang sangat asyikkk !



.. bersabarlah wahai anda !
bersabar sambil ambil gambar semasa jalan penuh sesak adalah terapi yang sangat bagus ~


.. orang kata , KESABARAN itu sebahagian daripada KEIMANAN,
wanita di atas berpendapat bahawa ,
apapun yang berlaku di dalam hidup ini semuanya datang dari Yang Maha Kuasa untuk menilai tahap KEIMANAN kita semata mata .

setinggi mana tahap kesabaran anda maka percayalah ,
pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik menanti anda

wallahualam ~~







Monday, November 29, 2010

..anugerah..

~ TAATIHH .... TAATIHHHH...
pagi ini, mari kita belajar bagaimana bayi mula berjalan ..
BUKAN !

marilah kita menari beramai ramai tanpa pedulikan orang pandang ..


oke, sekarang mari kita mulakan dengan bacaan doa bismillahirahmanirahim sudah diam !

sekarang mulakan ~
.. ANAK adalah anugerah yang sangat tidak ternilai.  Walau dihulur berapa ratus ribu sekalipun, tidak sesekali anak itu akan diserahkan pada orang lain ..

TAPI , HARI INI , DI SINI dan di mana saja sangat banyak laporan yang didedahkan tentang kes pembuangan bayi dan pemerdagangan kanak kanak sekarang ini ..

dosa yang sangat besar !
sekarang memang tidak nampak apa, kerana pengaruh bisikan jahat sudah berkuasa , tunggulah nanti semasa hari perhitungan dan pembalasan Yang  Maha Kuasa ..


ohh dapat pun tangkap bola ! kenapa kau besar sangat !! hepp !~~



.. TEH TARIK satu !!
.. ini MCD kau jangan nak buat malu (baju biru kata) ^_^ ~

.. kalau dibuang bayi di depan rumah , akan saya ambil dan bela seperti anak saya sendiri ..

TIDAK DAPAT bayangkan nasib kanak kanak yang hilang dan dibuang .
apalah agaknya nasib mereka bila berada di tangan orang lain yang bukan ibu bapa mereka dan perasaan mereka ketika itu ? pasti  takut dan nangis selalu ..



wohohh abang ! saya rasa tempat yang sesuai untuk banner ini bukan disini !
mari kita ubah letak tempat lain !!

.. sangat seronok bila melihat kerenah anak anak, walaupun memang tak terkejar sana sini nak uruskan satu satu, apapun anak anak memang pengubat rindu ~


.. kejarlah saya ! kalau dapat tangkap pun buat buat macam tak dapat kejar tau !



.. abang ! macamana dengan plan kita malam ini ??
shhhtttt !!! cakap pelan pelan, nanti orang dengar ~

 .. anak anak memang nakal, bersabarlah ibu bapa !
hargai mereka sementara mereka masih ada bersama kita ..


.. jangan nanti dikesalkan bila mereka sudah tiada ..

~ SEKIAN ~




..itu minat saya!!..

.. kenapa kau tidak menjadi seorang arkitek atau doktor ?
janganlah tanya itu kerana MINAT SAYA BUKAN disitu ..

biarlah apa orang kata, selagi MINAT SAYA MASIH DISINI, saya akan teruskan sehingga tiada lagi minat itu di dalam diri, entah berapa tahun lagi sekiranya umur saya masih panjang dan andai saya berubah hati satu hari nanti saya akan tidak bersama minat itu lagi ..

sementara masih ada minat disitu, selagi itulah saya akan menggunakan ruang yang ada untuk menyimpan segala momen yang ada
untuk dikenang di hujung usia nanti 
ohh~~
kenapa macam sedih sudah fikir semasa usia tua nanti
oke memang semua orang akan tua.
sudah DIAM ini bukan entri tentang tua ..

.. apakah yang kau minat wahai
si tudung pepel dalam gambarajah dibawah ??



.. saya suka mekap ..

.. orang selalu cakap, setiausaha dan mekap tidak dapat dipisahkan !
kenapa mereka beranggapan seperti itu ?
.. saya tidak fikir begitu, minat saya kepada alat solek tiada kaitan dengan kerjaya itu ..

.. saya minat untuk jadi seorang seketari ..
entah! walau mampu untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari itu ..
(ada sedikit bunyi perasan di situ)

.. ikut suka saya apa nak buat yang penting tidak mengganggu kebahagiaan orang ..
dan yang penting tidak mengganggu RUMAHTANGGA orang lain pun ..
mak pesan berbuat baik pada orang, jangan selalu susahkan orang lain ..


anda yang bukan setiausaha pejabat, bagaimanakah tanggapan anda kepada golongan istimewa ini?
ayat lain adalah :
ohh istimewanya golongan ini adalah kerana apa ?





 ~ puan seketari dengan rona merah jambu
p/s : apakah perlu dan ada masa untuk memilih rona warna untuk ke tempat kerja?
aishhhh!!

.. jawab sendiri tak perlu tiru jawapan orang ~~

KEPADA anda juga, sekiranya anak anak lebih kepada minat sendiri yang ada kemungkinan tidak menjadi minat anda, fikirkanlah bahawa :

1.masing masing mempunyai hak dan minat sendiri
2.mereka tidak mengganggu kebahagiaan orang lain pun
3.sokongan dari anda adalah sangat perlu untuk mereka pergi ke depan

go baby go !!

oke. sekian. bai.

***

Monday, November 22, 2010

..airmata air..

.. mata, kenapa kau menangis?bilakah mata akan menangis? ..
~ bila ayam berkokok atau bila larut malam barulah mata akan menangis memang lah BUKAN siapa suruh percaya ..

marilah kita bercerita tentang airmata SARAJEVO jangan nak merepek.

seperti anda, saya juga pernah menangis ..
teman teman selalu membuat andaian bahawa saya seorang yang kuat
dan tabah hati ..
mana anda tahu saya begitu??
airmata dikurniakan untuk dikeluarkan bukan untuk disimpan dalam mata kau duduk diam diam airmata jangan kasi keluar.




.. pengacara TV sambilan ..
memang perasan ~~


saya AKAN menangis bila :

1.kehilangan orang yang saya sayang
2.dipersendakan 
3.diperalatkan


saya PERNAH menangis kerana :

1.dikhianati
2.dituduh melulu
3.bila tidak dihargai yang ini selalu
4.bila bersendiri tetapi kini tidak lagi kerana saya sudah semakin berani
5.bila terasa rindu



.. wajah kandid mangsa ..



kalau diikutkan, airmata sudah banyak kali  mengalir di pipi sampai pipi pun rasa bosan kenapa airmata selalu lalu dekat sini macam takada tempat lain ehh memanglah habis tu nak lalu kat mana lagi apakah punya kemarahan!

.. bagi saya, harta yang paling sukar dijaga adalah
"HATI DAN PERASAAN" ..

.. bila anda menangis, seluruh kesedihan akan gugur sepertimana airmata yang mengalir di pipi. 
Menangislah sepuasnya jika anda rasakan tangisan dapat mengurangkan bebanan ..

JANGAN MENANGIS SAMPAI LUPA DIRI
Allah marah

....

oke sekarang marilah menangis beramai ramai tanpa sebab ^_^

*
*
*

sekian untuk tangisan kali ini.
bai ~~



Sunday, November 21, 2010

.. S.T.Y.L.E ..

.. RUTIN saya tiap tiap malam Isnin hingga Jumaat iaitu duduk depan TV untuk nonton drama korea yang sangat best, sebab PARK KI JA sangat elegan oke ..



 

walaupun nama dia macam apa je PARK KI JA macam nama timangan saya masa kecik dulu IJA, bukan sebab dia cantik dan saya nak nama timangan itu, BUKAN.


.. ini ialah KIM HYE SOO atau PARK KI JA 
kenapa lain sangat muka kau masa ni
 dalam STYLE kau cantik sangat ..

OKE biarkan dia ..

PARK KI JA sangat cantik dan saya suka tengok dia yang sangat elegan

.. hingga mr papa akan perli seperti ini : mama kau dah setat tengok jam ..
.. tak sesuai perli semasa waktu makan
tercekik sotong goreng tepung waktu makan di Restoran Awana ..

.. Presiden Son si jahat yang cantik ..

.. saya suka tengok orang yang cantik dan elegan ..

sekian ~~








..tanya sama hati..

.. TANYA SAMA HATI, apa sebab goyang ..
.. nanti jawab hati tanyalah iman ..

.. pagi ini mari kita mengupas tentang hati dan perasan kita sesama kita,
dan dia sesama dia
HAL ORANG TAK PERLU SIBUK!
oke tentang hati dan perasaan dalam diri kita ..


.. bila nak beli peti ais baru tak perlu tanya hati,
tolong beli yang besar sekali pintu dua punya ^_^ ~~

HATI yang sudah rosak ataupun masih elok mana satu pilihan anda ?
mestilah hati yang elok apakah punya soalan ..
kenapa hati boleh rosak? bukan sebab ia mudah rosak atau fragile dan mudah retak,
tetapi hati adalah organ yang sangat sensitif dan mudah sangat terluka,
 ~ tak kena pisau tiba tiba hati boleh luka juga.

.. tak dapat pegi training di Hotel Grand Season pun dah nak nangis,
MANJA punya budak!! sape entah ~



.. budak nangis bersama piala kemenangan ..

.. apa itu HATI? -
.. hati ayam atau hati lembu sedap jika digoreng rangup rangup ..
BUKAN  ITU.


.. HATI I sudah dimiliki ohh ~~


.. dialah yang telah memiliki hati saya .. ehh budak demam seluar merah !



.. ohh kakak tengok! hati kita telah dicuri orang ! ~~


.. hatiku kini milikmu heshh shadap!!

.. hati yang kosong jika selamanya dibiarkan kosong mampu menimbulkan rasa kesunyian dan gangguan hati terhadap si pemilik hati yang kosong, sekalipun ia kosong tidak dipenuhi dengan cinta sesama manusia, penuhkanlah ia dengan rasa kasih dan sayang kepada Allah SWT ..
 ~ lebih baik lagi hati yang kosong ditemukan dengan hati yang kosong juga, BUKANLAH mencari hati yang sudah dimiliki oleh orang lain ..

manakala bagi hati yang sudah sarat terisi dengan macam macam kasih dan sayang, jagalah ia semampu dan sebaiknya jangan sampai ianya terguris sekalipun tercalar .. juga tak perlu bersusah susah membanting tulang mengembleng tenaga mencari hati lain sekiranya hati yang ada sudah cukup membuatkan anda bahagia ..

.. kata ORANG ORANG tua atau ORANG tua tua,
cucilah hati anda selalu, kerana semua yang baik adalah lahir dari hati yang bersih.
.. "JIWA YANG TENANG LAHIR DARI HATI YANG BERSIH",
demikian juga air yang tenang jangan disangka tiada buaya
sangat TIADA KAITAN ..

~ oke diam.BAI.

sekian.





Friday, November 12, 2010

..MISSING you RAYNE..

.. RAYNE, kami rindu dan kami sayang kamu ..

.. bukan RAIN Hutan Hujan Tropika ..

.. atau NOH dari kumpulan HUJAN yang kami rindukan ..

tapi dia ..



.. anak kucing yatim piatu yang kami kutip di tengah jalan.
adik beradik RAYNE yang lain diambil oleh pemandu lain waktu itu,
papa cuma ambil RAYNE seekor..
ohh RAYNE..
.. kami tinggalkan kamu dirumah maktok kami ..
.. niat kami untuk ambil kamu semula selepas papa kami pulang dari Pasir Gudang nanti..

kami tinggalkan kamu dengan harapan kamu sihat dan GEBU,
juga dengan harapan kamu cukup makan minum dan terjaga rapi

NAMUN, kamu tiba tiba hilang tidak pulang ke rumah..

kamu pandai lari dari rumah?? seperti bibik yang tidak suka kepada majikan? atau seperti gadis Malaysia yang lari ke LOMBOK? ehh jangan..

RAYNE..KAM TU MI..please!!

.. kami risau kamu ..

andai kata kamu telah diambil oleh tuan yang baik hati,
OKElah kami tak susah hati, tapi kalau kamu mati ??
.. RAYNE ~~~~~~~

- kami masih berharap kamu selamat walau dimana pun kamu berada -

Thursday, November 11, 2010

..semasa beliau tiada..

.. semasa BELIAU tiada, semua akan melompat girang.. tetapi tidak saya. ANGEL oke.

..dan semasa BELIAU tiada, memang terasa sunyi sehingga bunyi cengkerik pun dah jangan TIPU mana ada cengkerik di bawah meja..

.. semasa BELIAU tiada, maka tiada tugasan diberi, hingga ada yang boleh berjalan jalan wahhhh ke sana ke mari, dan ada yang boleh lepak di pantri sambil borak dan sembang kosong. TETAPI semasa BELIAU tiada, wanita ini akan..


.. membuka kelas grooming untuk diri sendiri ..


.. photo shoot di sana sini..


.. membuka kilang roti ..

~~ BELIAU akan pulang dari Osaka Japan bersama saguhati yeayyy!!!

BOSS balik minggu depan jangan lupa sovenir saya TSHIRT yang saya pesan dari JEPUN!!
eh suka suka je kau nak pesan itu ini?

 oke diam. BAI. ^_^



Tuesday, November 9, 2010

..famili planning..

.. oohh teringat tentang pertanyaan seseorang dari
Bandar Tun Razak berkenaan amalan saya di dalam merancang keluarga
 (puan yang dimaksudkan tolong buat tak tahu dan jangan senyum sorang sorang) ^_^

Apakah itu merancang keluarga? Kita merancang Allah tentukan?

BUKAN itu. dan kenapa puan dari Bandar Tun Razak itu mahu tahu? ohh mungkin dia seorang kaki sibuk nak tahu eh apa kau makan, apa kau pakai, apa kau buat.JUGA BUKAN, pertanyaannya sangat saya suka untuk dijawab.

.. memang PERLU TAHU kerana perancangan keluarga yang betul mampu menjamin kebahagiaan keluarga, bagi yang mampu dan suka untuk mempunyai anak yang ramai itu oke..sila diam dan baca saja.


.. eh ITIK, mari sini!!~~


.. entri kali ini adalah bagi anda yang mahu BERHENTI atau BEREHAT SEMENTARA daripada memiliki cahaya mata lagi. seperti saya.


.. mandi cepat cepat untuk aktiviti seterusnya weee~~~~



Kepada puan yang bertanya, mari selami laut dalam sepertimana amalan saya..

Dewasa kini (ayat tidak perlu). KINI, memang banyak jenama dan kaedah merancang kehamilan. Dulu hampir saya memilih implan untuk tujuan itu.  Boleh juga kalau anda mahu cuba pil dari klinik dan farmasi seperti pil Yasmin bukan Cikgu Bahasa Inggeris saya masa darjah 5 nama Cikgu Yasmin cantik macam muka Arab apa kau merepek.oke diam. dan sebagainya. Terpulang kepada anda untuk memilih.  Cuma saya memilih Maajun Anggun Bistari (MAB).  Kalau nak tahu apa itu MAB sila pergi sini :-


.. saya bukan penjual maajun, jadi sila baca dan fahami sendiri.oke.

.. ohh dan lagi, kata wanita di dalam gambarajah dibawah, maajun atau herba dapat memelihara kulit anda, juga dapat menjaga kesihatan dalaman anda.



.. wanita dalam gambarajah tak tipu. sebab dia bukan gajah atau rajah muthu.

.. Kebaikan tentang herba sudah dibukti dari dulu lagi dan ianya memang benar belaka..
~oke diam. bai.

..cerita tentang bengkung..

.. petang ini sementara tunggu suami datang jemput di ofis macam puan permaisuri lindungan bulan,
 kena ambik depan tangga tempat permaisuri tunggu, marilah kita bercerita tentang bulan.TAK.BUKAN.
tentang penjagaan kedai jahit..juga BUKAN..

~oke.jangan nak merepek..

sekarang mari kita bercerita tentang BENGKUNG.. 

kepada puan tettttttt ~~ (kalau baca mesti dia senyum), yang nak tahu sangat amalan saya yang mempunyai perut leper katanya, tak patut betul..sepatutnya dia perlu cakap perut saya yang rata selepas bersalin..oke terima kasih kerana puji (macam perasan) oke tukar kepada terima kasih kerana suka pada rupa perut saya.. disini mari saya kongsikan apa yang saya amalkan sehingga perut jadi leper macam pinggan..


.. watak penting yang membuatkan perut saya jadi leper macam pinggan..oh lelaki yang sebelah kiri itu ialah suami orang,
 TAK BOLEH KACAU.

Mari kita bercerita tentang lelaki kemeja hitam yang tengah pandang anda (jangan perasan) ^_^ ..
Semasa saya dalam pantang selepas bersalin, lelaki ini akan :-

1. MEMASTIKAN saya memakai bengkung setiap hari dari pagi sampai malam, kalau nak pegi toilet untuk buang air lelaki ini akan pastikan bengkung saya akan diikat ketat semula.

2. MEMASTIKAN bengkung yang saya pakai tidak diikat longgar macam ikat tali kasut.

3. MENGIKAT bengkung untuk saya setiap kali sebelum lelaki ini keluar ke tempat kerja, MENARIK dan MELILIT tali bengkung sekuat, seketat dan sesungguh hati beliau macam nak ikat gajah di pokok.

4. MEMBEBEL pok pek pok pek kalau dapat tahu saya tak pakai bengkung.

5. MENYEDIAKAN keperluan saya untuk berbengkung seperti ramuan herba yang ditumbuk sendiri.TIPU.yang siap dibeli dan yang banyak dijual di kedai kedai jamu.

~~ alasan lelaki di atas adalah :

1. untuk leperkan perut saya macam pinggan
2. untuk keselesaan saya di masa akan datang
3. untuk keyakinan diri saya bila berhadapan dengan orang yang perut mereka leper leper
4. untuk berjalan bersama beliau dengan perut yang leper macam tak pernah bersalin pun

TAK PERLU BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL

~~ balasan saya kepada lelaki di atas adalah :

TERIMA KASIH DAN SAYA SANGAT MENGHARGAI LELAKI DI ATAS.

~~ pesanan saya kepada anda adalah :

TAK PERLU, BUKAN DAN JANGAN cari lelaki di atas.  Apa yang anda perlu lakukan ialah rajin BERBENGKUNG semasa dalam pantang, jaga dan patuh pada apa yang tidak digalakkan semasa berpantang.  Dapatkan bantuan suami anda dan gunakan tenaganya untuk ikatkan bengkung untuk anda, kalau susah suami anda nak bantu pujilah dia seperti "alaaa abang kan kuat, tenaga lelaki kan lebih kuat dari perempuan, tolong la ikatkan" macamtu pun boleh.

Dan saya suka (bukan saya sebenarnya) lelaki di atas suka pakaikan saya bengkung dari Tropical Herbs sebab ada banyak tali supaya boleh ikat terik kuat kuat sampai saya cakap oppp oppp cukup cukup jangan kuat sangat.  Untuk tahu apa itu Tropical Herbs sila klik sini :-

http://www.amway2u.com/mall_prodlst.jsp?cat1=1000&cat2=7199

Masa saya dulu, nak makan buah anggur dalam peti sejuk pun kena bebel dengan lelaki di atas. Rupanya bebelan beliau ada maknanya. Sekian cerita saya untuk puan yang bertanya tentang BENGKUNG dan PERUT LEPER MACAM PINGGAN.



SAYA SAYANG LELAKI DI ATAS IAITU SUAMI SAYA DUNIA AKHIRAT.
INSYA ALLAH.

SEKIAN. BAI.~~



Monday, November 8, 2010

..sate sate..

..FAVERET saya dari dulu lagi weee~~~


.. bukan sebab saya anak orang Kajang maka sebab itulah saya suka makan sate kajang. BUKAN..kerana rasa kuah kacangnya yang nyum nyum dan daging satenya yang wallaweiii hingga tak malu nak mintak tambah kuah lagi..


..cicah dengan bawang saja pun sudah sedap hingga tak malu untuk minta tambah bawang lagi..



.. yang baju pink memerhatikan eh jangan kau ambik bawang banyak sangat tinggalkan orang belakang sikit..



.. bukan iklan deodoran REXONA atau GARNIER LIGHT BARU!..


.. saya bukan makan bawang, cuma makan nasi impit sesuai dengan saya yang belum ada gigi..


.. kau tak ada gigi sudah!diam.slurpp!!..


.. ini air belimbing, bukan kuah sate...
ohh macam air belimbing orang sebelah rumah saya buat..

kalau nak buat sate sendiri yang tak mungkin sama macam sate kajang Haji Samuri sila klik sini :


oke.bai ^_^ ~~

..F.R.I.E.N.D.S.H.I.P~~

..FRIENDSHIP wil never ends, walaupun dikelilingi sahabat yang suka bergosip eh apa kau buat malam tadi, mana kau pegi haritu aku nampak kau jalan jalan dengan siapa entah muka macam engkau sikit sikit ohhh pedulikan semua itu kerana kepada sahabatlah tempat anda mencurah segala perasaan, MARAH,GERAM rasa nak tumbuk, MENANGIS dan BERGURAU SENDA..


kadang kadang ada sahabat yang suka bercerita dibelakang pengetahuan anda, pun pedulikan kerana sampai bila mereka akan bercerita tentang anda, biarlah mereka bergosip tentang anda kerana itu membuktikan bahawa anda sentiasa mendapat perhatian dari dia..


.. biarkan sahabat anda menyakitkan leher masing masing untuk melihat apa yang ada di atas kepala dan ohh cantiknya cermin hotel..


.. biarkan saat sahabat anda seperti jakun tidak pernah tengok kamera..eh apa benda ni boleh tekan tekan punya gadget..


.. kerana mereka adalah sahabat yang mewarnai hidup anda, meninggalkan momen indah suka duka bersama anda dan walau seburuk mana pun mereka anda tetap perlu hargai mereka ^_^


Wednesday, November 3, 2010

..bila cinta tiada lagi..

..hari ini mari kita bercerita tentang BILA CINTA TIADA LAGI, bukan bila bulan mengambang atau bila rambut mengerbang.OKE fiza.serius dan sila mulakan~

~ BILA CINTA TIADA LAGI, samada ia hilang disebabkan oleh manusia sesama manusia, atau hilang sebab anda mahu hilangkan taknak tengok lagi dan pergi kau jauh jauh atau apa saja..maka inilah saatnya anda untuk mengubat hati yang luka, bukan tunggu tunggu eh esok baru nak rawat luka, ok harini sedih dulu esok baru ubati luka..atau nak makan aiskrim coklat pisang yang jual kat Kedai Amat dulu, baru rawat luka.JANGAN!!.kerana ia akan menambah luka yang lagi dalam dan JANGAN!! kerana saat anda melengah lengahkan untuk rawatan hati yang luka, syaitan akan berlumba lumba untuk menghasut anda untuk melakukan sesuatu yang semakin membuat anda kusut.

~ BILA CINTA TIADA LAGI, paling penting bersujudlah kepada Ilahi dan mohon petunjuk dan ketenangan hati

~ BILA CINTA TIADA LAGI, ingatlah kepada Allah yang sentiasa mencintai anda sebagai hambanya

~ BILA CINTA TIADA LAGI, ketahuilah bahawa cinta kepada manusia adalah cinta yang sementara dan cinta kepada Ilahi adalah cinta nan kekal abadi


~ Jangan sesekali anda menambah lagi kedukaan hati BILA CINTA TIADA LAGI..walau berat sekalipun untuk anda redah kehidupan di masa akan datang, redahlah ia dengan ketenangan dan pasti akan lebih menyenangkan..wallahualam~

..cinta jarak jauh..


entri yang sangt sebati..since kenal dengan mr papa dulu, kalau tak lupa adalah pada tahun 2002..sampai la sekarang..kami masih berjauhan..bagi yang berjauhan dengan suami atau sesiapa yang dikasihi, ingatlah bahawa itu adalah ujian Allah kepada anda.  Mungkin pada anda itu bukan kemahuan hati tapi percayalah, pasti ada hikmah disebalik semuanya dan ketahuilah, bahawa Allah itu tetap mengetahui apa sahaja tentang hambanya~~

Tuesday, November 2, 2010

..my desire~~~

..IDAMAN KALBU, tumit tinggi sudah menjadi teman saya sejak azali lagi adalah TIPU..baby tak pakai tumit tinggi pun. sejak di bangku sekolah oke..yang tu BETUL, sedari tingkatan 2 mayb..kerana ia sangat cantik dan sangat berkeyakinan bila memulakan langkah
..tapi seperti yang semua orang tahu, tumit tinggi ada keburukannya kalau kita pakai memeanjang tak ingat2 nak bukak macam tak nak kasi chance langsung kaki tu nak rehat kan..
~penderaan kaki la tu..kesian kaki.
..cantik bukan? namun disebalik kecantikan beliau terselit beberapa perkara yang menakutkan..(rujuk artikel yang saya pernah baca) iaitu:
1.menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, bukan timang anak sambil pakai kasut tinggi.BUKAN.maknanya risiko untuk mendapatkan cahaya mata adalah sangat sukar.
2.tumit tinggi sekitar 12.7cm (tak payah susah susah kira, saya akan kirakan untuk anda) bersamaan dengan 5.08 inci akan memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
3.mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai VISCEROPTOSIS.
4.paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
..ketinggian kasut yang seadanya sudah cukup, rasanya, boleh untuk menggayakan kasut tumit tinggi, dengan syarat bukan menjadikan ia pemakaian sehari hari..sekadar untuk menghadiri majlis yang beberapa ketika, kemudian dalam kereta sila bukak cepat2 dan tukar kepada selipar atau kata manis ialah sandal..
~apapun, walau banyak keburukan dan kesan yang bakal ditanggung, anda dan saya sendiri selalu mengabaikan amaran seperti itu, semua sebab cantik di mata~~~
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut tumit tinggi dengan apa cara sekalipun kerana ia langsung tidak berbaloi dengan risiko"
-kata pakar kecergasan Dax Moy (kenal tak?)
iaitu jiran rumah saya semasa berada di London ^_^


..kasut kopak~~

..kasut kopak, entry yang patut letak..

apa tu kopak?~bermaksud nasi impit makan dgn kuah kacang.BUKAN..ialah bahasa mudah bagi sesuatu yang ter-kopak la macam gambar yang menyakitkan hati di atas ini. Ia kopak kerana bukan sbb ia murah RM60 tapi sebab tuan punya kasut kopak jalan ganas macam ah long cari mangsa kopak nak pukul2..macam tu la jalan main redah, langgar pintu kaca ofis yang mahal buatan company mana entah..kalau pintu yang kopak kena ganti baru tau!
BARU SEHARI BELI DAH KOPAK GERAM DAN MARAH!!FULLSTOP!bai.