Tuesday, February 10, 2009

peace to the war


"save palestine..peace..no war.."..amaran dikeluarkan oleh aqil sendiri..sebenar nyer maksud dier.."save adik dhiya..peace..no more bully adik dhiya.."amaran aqil kpd diri nyer sendiri yg suka membuli adik..buli tanda sayang..yer ker..

crispy..yummy..


ermm..suka jer adik dhiya dapat ubi goreng..ermm sebelum mama amik balik baik adik mamam dulu...

baby girl in mohawk


ni sumer keje papa..rambut adik dhiya telah di'mohawk' kan oleh papa..jelas disini bahawa perangai papa yg suka me-mohawk rambut adik..

our sparkling moments


ni last day percutian sepupu aqil kat kuantan, aktiviti kitorang haritu berakhir kat pandan waterfall ni la..sebenarnyer mlm ader gak aktiviti..kitorang mkn ikan bakar kat tg lumpur, ader jgk mkn mlm kt t.c beach sambil tgk2 pemandangan t.c in night moods, pastu ingat nak gi river cruise tp mlm tak de rupe nyer...tgk dr jauh je la, gmbar pun tak amik sbb masing2 tgah frust tak dpt ber-river cruise..apapun kitorang harap sumer yg datang kuantan haritu hepi n terhibur...

aqil yang muram


ni mlm kat EC mall, kuantan..aqil bosan..dah ngantuk kot..time ni mama rase aqil cam nak demam jer..ke rindu kat pistol buih??

t.c beach


aqil main pistol buih kat teluk cempedak, iaitu hari ke2 percutian sepupu aqil..abes org yg lalu ditembaknyer..tanpa rase bersalah dan tanpa rase segan...siap cakap "haaa kena.."perghh..nasib baik pastu hujan..aqil terpaksa balik..skang aqil dah pandai mintak nak gi pantai..asal balik kuantan jer dia nak gi pantai..aduss..caner tuh?

pandan waterfall..aqil nak dtg lagi..


hari ke 2 percutian sepupu aqil,kitorang bw mandi kat pandan waterfall..tapi org kuantan panggil panching je..best jgk,papa sampai lupa diri..yg tak best nyer papa sampai lupa mama..dah mandi baru cari mama..eh sayang,kat sini ke?syg dah makan??eh ayat dier...papa biase la bila dah wat salah ader la cubit manja dier tu kat mama..takpe..takpe..hari tue sumer cam hepi..bagus..nek de pun hepi,mak long, pak long, uncle ju, kak reha sumer seronok..siap masuk 2nd round lagi tanpa rase segan..ish ish..memasing melepaskan gian...tp kesian dhiya, dia demam..tidur je dlm stroller..3 hari balik kuantan, 3 hari dhiya demam..tu gambar kat ats tue aqil ditenteramkan oleh papa sbb aqil nak gi mandi lagi..mana leh..tu pun dah biru bibir dier..kesejukan..ish..ish..like father like son tul..

binoculars..


wat per tu aqil?teropong mama ngan papa ke haper tuh??

my future..my life..


aqil merenung masa depan ker??what is my ambition??astronaut?umm..mama mesti suka..ishh kena p.k dulu nih..

vroomm..vroomm..


gambr ni ms aqil bawa sepupu bercuti kat kuantan..aqil main motor ngan amza..sebenarnyer aqil cari motor ala2 ROSSI la mama,bkn yg cenggini..ishh mama nie..tak glamer tul motor ni ha..tp best gaks..ahaks...tq mama..sayang mama..

Tuesday, February 3, 2009

cutie dhiya..


Dhiya Batrisyia Zulaikha...anak perempuan kesayanganku...jadilah kamu seperti pohon semalu, sepertimana yang diceritakan oleh Rasulullah kepada puterinya...apa yang aku harapkan cuma 1, anakku nt dapat mengikut sedikit sebanyak amalan puteri Rasulullah juga...pengajaran di bawah dapat sama-sama kita kongsikan....jom baca..


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.