Thursday, May 19, 2011

.. imbasan zaman kecil : main masak masak

malam yang sunyi sepi
" mama jomlah main play dough dgn aqil "

dushh . malam oke . tidur lagi bagus . mama tak jawab pun macam itu . sambil lipat kain baju , sebagai mama yang prihatin , layanlah aqil main . mama jadi pembeli , aqil jadi penjual kedai makan . tak mau kalah !

**

jual donat , karipap , mi , kuih bom , piza dan roti canai .
heeeee sedapnyeeeee kuih kat kedai ni . seperti malam itu mama pun buat buat cakap sedap . mati kau nak makan play dough ?? hukk ~~

tengok muka aqil seronok . beriya buat kuih lagi untuk dijual . budak budak macam tu la .
sama la zaman kita kecik kecik dulu , main doll siap ada buai yang emak buat dari plastik pastu gantung jadi sebijik macam buaian . tu belum cerita main kawin kawin . budak kecik tak cukup umur sudah gatal mahu kawin . anak sape entah . huhh ! dulu ada jugak main mak mak , main masak masak . angkut  periuk masak emak bawak main kat bawah pokok , daun , rumput jadi sayur , masak betul2 . ada api hidupkan dengan ranting kayu , ada air untuk masak sayur rumput . yang tak leh tahan nasi ketika itu ialah pasir oke . nak cilok beras emak tak sampai hati ~~~
OKE LA MAMA DAH PUKUL 11 MALAM , AQIL NAK TUTUP KEDAI 
ehh pandai  pulak kau mata dah ngantuk kau cakap kedai nak tutup cissss ~~


hohhh kawan kawan , jomlah kita main mak mak ,
main masak masak .wahaahhhhhh ~
. sekian .

No comments:

Post a Comment