Wednesday, July 15, 2009

..some tips for you..


today aku nak publish some tips, it's very useful...ader yg aku mmg buat, ader gak yg aku br tahu, so let us share..

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan. *so far, nama timangan aqil dan dhiya adalah makna yang baik*-AKU LULUS

2.Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.*yg nie aku tahu and memang dah jadi amalan aku*-AKU LULUS

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. *yg nie ikut time la kan, time aku geram mana nk dtng pandangan kasih syg kan*-AKU LULUS KE?

4.Berikan peneguran setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. *yg nie aku buat jugak*-AKU LULUS

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. *aku agak mendesak anak2 aku utk jadi yg terbaik. so??*-AKU GAGAL (sungguh x best)

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana masa terus berlalu dan tak akan kembali. *yg nie aku baru tahu, tp kalu ader masalah kerja + family aku jd kusut*-AKU GAGAL LAGI

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. *aku tak mengeluh, aku pendam je*-LULUS KE?

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. *aku bukanlah pendengar yg setia tp tiap kali aqil bercerita aku akan luangkan masa*-AKU LULUS

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya . *yg nie aku slalu sgt buat*-AKU LULUS

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. *yg ni aku baru tahu*-TIADA KEPUTUSAN

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain. *yg ni pun aku mmg buat*-AKU LULUS

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. *yg ni aku baru tahu..kena ajar bnyak2 kali ke??oo....*-TIADA KEPUTUSAN

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. *aku buat yg nie*-AKU LULUS

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. *yg nie aku tahu, tp wat ms nie aqil lum cerita mimpi ngeri dier lg*-TIADA KEPUTUSAN

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. *aku buang kalu mainan tu rosak or pecah, salah ke?bahaya la kalu disimpan kan?..*AKU GAGAL KE?

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam *yg nie aku tahu dan aku mesti buat, dan aku dah pesan kat mr.papa jgk*-AKU LULUS

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. *aku tahu aku bukan parents yg sempurna*-JAWAPAN SEDIH

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. *kerja pejabat tak membebankan aku pun*-AKU LULUS

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. *aku tahu anak2 aku mmg nangis kdng tu utk sound effect jer*-TIADA KEPUTUSAN

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. *aku tahu*

so, macamana ngan korang kawan2?..

No comments:

Post a Comment