Tuesday, February 21, 2012

.. main teka silang kata , siapa yang lebih rasa kehilangan . lelaki atau wanita ?

Pagi haritue , so patutnya pagi haritue la cerita kan ? bukan pagi tadi atau pagi nanti atau pagi esok . oke takpe , cerita jugak . Pagi tue terdengar kat radio , celoteh Dr Fadzillah Kamsah pasal perasaan ditinggal teman . Ini lain dengan perasaan ditinggal bas atau ditinggal kawan sebaya sehingusan . Totally lain . Ini tentang kehilangan orang yang tersayang . Maknanya ditinggalkan kekasih atau ditinggalkan suami atau isteri . Samada ditinggal hidup atau ditinggal mati . Macam tue la .


Mengikut kajian , lelaki akan lebih sengsara dan lebih derita bila berlakunya perceraian . Nisbah kajian lebih kurang 3 : 1 . Makna kalau ada 4 kes perceraian , 3 lelaki akan kecewa , mental , serabut , kusut , bunuh diri dan sebagainya manakala cuma 1 sahaja kes dimana pihak wanita yang akan kecewa . Erti kata lain wanita lebih kental dan cekal hatinya manakala lelaki hanya keras otot di luar , tapi berbunga hati di taman ecewahh . Gitu . Ada kupu kupu terbang ghupenye kat dalam hati lelaki nie . Itu kajian seorang motivator . Korang yang lain mesti ada pandangan tentang pasangan masing masing . Kan ? 


Secara purata , wanita meninggalkan lelaki sebab mereka merasakan kurangnya penghargaan . Setelah apa yang aku buat langsung kau tak hirau . Macam tak nampak . Macam takde apa . Walhal kau dah buat sehabis baik menjaga rumahtangga , anak anak dan macam2 lagi . Tapi serupa tak ada buat apa kan . Lebih kurang macam itu la .


Manakala lelaki tinggalkan wanita sebab mereka merasakan mereka telah gagal membahagiakan wanita tersebut . Lebih kurang macam ohh aku tak dapat memberikan apa yang kau mintak . Rumah banglo 8 tengkat punya mana aku nak cekau . aku gagal jalankan tanggungjawab sebagai suami bla bla bla . Pastu mula la rasa macam useless tak boleh pakai punya orang . So kau buat keputusan berserah diri . Surrender dengan perkahwinan kau .


Tapi jangan la ambik kesempatan . Tak pasal pasal I tak dapat bahagiakan U . I tak dapat itu tak dapat ini secara tibetibe kan? Yang si bini terkuling kuling tak paham cerita . So salah dah kat situ . Walhal yang si isteri / wanita tak mintak pun itu ini . Korang je pandai pandai buat andaian sendiri . Rasa macam eh pehal ?. 



Tapi memang ada jenis wanita yang meminta nak dibelikan itu dibelikan ini . Zaman sekarang kan . Tak boleh nak kata apa . eh bang nak beg LV , eh nak dress paras lutut , besok nak dress paras punggung . lusa nak dress takde paras . eh nak yang tue nak yang nie dan seterusnye .



Pandai pandai la pilih pasangan hidup . Bukan setakat aku cinta kau , kau cinta aku . aku takleh lupa kat kau . Kalau memang sebab itu je memang tak cukup . Memang langsung tak jamin . Kan .















2 comments: