.. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT ..
cerita tengahari ini ..
kenapa mahu cerita tentang lidah yang tergigit ?
kerana tergigit lidah semasa makan hingga menjerit oii sakit lah !
atau lidah ! kenapa kau tergigit?
oke , sudah malas nak merepek ~
*
*
orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ..
itulah juga antara bait lagu PRAMLEE seniman agung negara kita ..
apakah maksud disitu ? apa kaitannya lidah yang tergigit dengan suami isteri ?
.. mangsa lidah tergigit bersama sahabat lidah tergigit ~~
.. dalam kehidupan berumahtangga , memang SANGAT BANYAK ujian dari Yang Maha Kuasa , bergantung pada kita bagaimana untuk menjalani ujian hidup yang ditentukan kepada setiap kita , ada yang mampu mengharungi ujian hidup itu dan ada yang tidak mampu .
~ UJIAN dalam rumahtangga LANGSUNG TIDAK SAMA dengan ujian matematik atau ujian bahasa melayu sekolah rendah lagi tidak sama dengan ujian untuk subjek Ekonomi Rumahtangga apa kau merepek !
eh kelakar bila teringat subjek ekonomi rumahtangga ERT zaman sekolah dulu , rasa macam sudah ada suami waktu itu .
teruk sangat lah kau ! oke diam ~
BENAR , bukan semua dari kita mampu melepasi ujian hidup masing masing dengan macam macam perasaan yang bersembunyi di setiap sudut dalam diri .
.. ohh ! mimpi yang sangat asyikkk !
.. bersabarlah wahai anda !
bersabar sambil ambil gambar semasa jalan penuh sesak adalah terapi yang sangat bagus ~
.. orang kata , KESABARAN itu sebahagian daripada KEIMANAN,
wanita di atas berpendapat bahawa ,
apapun yang berlaku di dalam hidup ini semuanya datang dari Yang Maha Kuasa untuk menilai tahap KEIMANAN kita semata mata .
setinggi mana tahap kesabaran anda maka percayalah ,
pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik menanti anda
wallahualam ~~
No comments:
Post a Comment