Tuesday, November 9, 2010

..cerita tentang bengkung..

.. petang ini sementara tunggu suami datang jemput di ofis macam puan permaisuri lindungan bulan,
 kena ambik depan tangga tempat permaisuri tunggu, marilah kita bercerita tentang bulan.TAK.BUKAN.
tentang penjagaan kedai jahit..juga BUKAN..

~oke.jangan nak merepek..

sekarang mari kita bercerita tentang BENGKUNG.. 

kepada puan tettttttt ~~ (kalau baca mesti dia senyum), yang nak tahu sangat amalan saya yang mempunyai perut leper katanya, tak patut betul..sepatutnya dia perlu cakap perut saya yang rata selepas bersalin..oke terima kasih kerana puji (macam perasan) oke tukar kepada terima kasih kerana suka pada rupa perut saya.. disini mari saya kongsikan apa yang saya amalkan sehingga perut jadi leper macam pinggan..


.. watak penting yang membuatkan perut saya jadi leper macam pinggan..oh lelaki yang sebelah kiri itu ialah suami orang,
 TAK BOLEH KACAU.

Mari kita bercerita tentang lelaki kemeja hitam yang tengah pandang anda (jangan perasan) ^_^ ..
Semasa saya dalam pantang selepas bersalin, lelaki ini akan :-

1. MEMASTIKAN saya memakai bengkung setiap hari dari pagi sampai malam, kalau nak pegi toilet untuk buang air lelaki ini akan pastikan bengkung saya akan diikat ketat semula.

2. MEMASTIKAN bengkung yang saya pakai tidak diikat longgar macam ikat tali kasut.

3. MENGIKAT bengkung untuk saya setiap kali sebelum lelaki ini keluar ke tempat kerja, MENARIK dan MELILIT tali bengkung sekuat, seketat dan sesungguh hati beliau macam nak ikat gajah di pokok.

4. MEMBEBEL pok pek pok pek kalau dapat tahu saya tak pakai bengkung.

5. MENYEDIAKAN keperluan saya untuk berbengkung seperti ramuan herba yang ditumbuk sendiri.TIPU.yang siap dibeli dan yang banyak dijual di kedai kedai jamu.

~~ alasan lelaki di atas adalah :

1. untuk leperkan perut saya macam pinggan
2. untuk keselesaan saya di masa akan datang
3. untuk keyakinan diri saya bila berhadapan dengan orang yang perut mereka leper leper
4. untuk berjalan bersama beliau dengan perut yang leper macam tak pernah bersalin pun

TAK PERLU BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL

~~ balasan saya kepada lelaki di atas adalah :

TERIMA KASIH DAN SAYA SANGAT MENGHARGAI LELAKI DI ATAS.

~~ pesanan saya kepada anda adalah :

TAK PERLU, BUKAN DAN JANGAN cari lelaki di atas.  Apa yang anda perlu lakukan ialah rajin BERBENGKUNG semasa dalam pantang, jaga dan patuh pada apa yang tidak digalakkan semasa berpantang.  Dapatkan bantuan suami anda dan gunakan tenaganya untuk ikatkan bengkung untuk anda, kalau susah suami anda nak bantu pujilah dia seperti "alaaa abang kan kuat, tenaga lelaki kan lebih kuat dari perempuan, tolong la ikatkan" macamtu pun boleh.

Dan saya suka (bukan saya sebenarnya) lelaki di atas suka pakaikan saya bengkung dari Tropical Herbs sebab ada banyak tali supaya boleh ikat terik kuat kuat sampai saya cakap oppp oppp cukup cukup jangan kuat sangat.  Untuk tahu apa itu Tropical Herbs sila klik sini :-

http://www.amway2u.com/mall_prodlst.jsp?cat1=1000&cat2=7199

Masa saya dulu, nak makan buah anggur dalam peti sejuk pun kena bebel dengan lelaki di atas. Rupanya bebelan beliau ada maknanya. Sekian cerita saya untuk puan yang bertanya tentang BENGKUNG dan PERUT LEPER MACAM PINGGAN.



SAYA SAYANG LELAKI DI ATAS IAITU SUAMI SAYA DUNIA AKHIRAT.
INSYA ALLAH.

SEKIAN. BAI.~~



No comments:

Post a Comment