..IDAMAN KALBU, tumit tinggi sudah menjadi teman saya sejak azali lagi adalah TIPU..baby tak pakai tumit tinggi pun. sejak di bangku sekolah oke..yang tu BETUL, sedari tingkatan 2 mayb..kerana ia sangat cantik dan sangat berkeyakinan bila memulakan langkah
..tapi seperti yang semua orang tahu, tumit tinggi ada keburukannya kalau kita pakai memeanjang tak ingat2 nak bukak macam tak nak kasi chance langsung kaki tu nak rehat kan..
~penderaan kaki la tu..kesian kaki.
..cantik bukan? namun disebalik kecantikan beliau terselit beberapa perkara yang menakutkan..(rujuk artikel yang saya pernah baca) iaitu:
1.menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, bukan timang anak sambil pakai kasut tinggi.BUKAN.maknanya risiko untuk mendapatkan cahaya mata adalah sangat sukar.
2.tumit tinggi sekitar 12.7cm (tak payah susah susah kira, saya akan kirakan untuk anda) bersamaan dengan 5.08 inci akan memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
3.mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai VISCEROPTOSIS.
4.paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.
..ketinggian kasut yang seadanya sudah cukup, rasanya, boleh untuk menggayakan kasut tumit tinggi, dengan syarat bukan menjadikan ia pemakaian sehari hari..sekadar untuk menghadiri majlis yang beberapa ketika, kemudian dalam kereta sila bukak cepat2 dan tukar kepada selipar atau kata manis ialah sandal..
~apapun, walau banyak keburukan dan kesan yang bakal ditanggung, anda dan saya sendiri selalu mengabaikan amaran seperti itu, semua sebab cantik di mata~~~
"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut tumit tinggi dengan apa cara sekalipun kerana ia langsung tidak berbaloi dengan risiko"
-kata pakar kecergasan Dax Moy (kenal tak?)
iaitu jiran rumah saya semasa berada di London ^_^
No comments:
Post a Comment