Wednesday, November 3, 2010

..bila cinta tiada lagi..

..hari ini mari kita bercerita tentang BILA CINTA TIADA LAGI, bukan bila bulan mengambang atau bila rambut mengerbang.OKE fiza.serius dan sila mulakan~

~ BILA CINTA TIADA LAGI, samada ia hilang disebabkan oleh manusia sesama manusia, atau hilang sebab anda mahu hilangkan taknak tengok lagi dan pergi kau jauh jauh atau apa saja..maka inilah saatnya anda untuk mengubat hati yang luka, bukan tunggu tunggu eh esok baru nak rawat luka, ok harini sedih dulu esok baru ubati luka..atau nak makan aiskrim coklat pisang yang jual kat Kedai Amat dulu, baru rawat luka.JANGAN!!.kerana ia akan menambah luka yang lagi dalam dan JANGAN!! kerana saat anda melengah lengahkan untuk rawatan hati yang luka, syaitan akan berlumba lumba untuk menghasut anda untuk melakukan sesuatu yang semakin membuat anda kusut.

~ BILA CINTA TIADA LAGI, paling penting bersujudlah kepada Ilahi dan mohon petunjuk dan ketenangan hati

~ BILA CINTA TIADA LAGI, ingatlah kepada Allah yang sentiasa mencintai anda sebagai hambanya

~ BILA CINTA TIADA LAGI, ketahuilah bahawa cinta kepada manusia adalah cinta yang sementara dan cinta kepada Ilahi adalah cinta nan kekal abadi


~ Jangan sesekali anda menambah lagi kedukaan hati BILA CINTA TIADA LAGI..walau berat sekalipun untuk anda redah kehidupan di masa akan datang, redahlah ia dengan ketenangan dan pasti akan lebih menyenangkan..wallahualam~

No comments:

Post a Comment