Tuesday, December 14, 2010

.. keluarga yang demam ..

.. ohh demam, kenapa nama kau demam ?
langsung tak sedap lah nama kau !
mari tukar nama nak tak ? dan ganti dengan nama makanan yang sedap sedap ..



.. budak demam muka pucat tak cukup zat ..


.. gembira betul beliau yang baju biru belum kena demam !


.. mangsa demam yang pertama ..


 .. mangsa mangsa demam berkelah atas kapal beramai ramai tanpa rasa malu ..
orang kapal tak boleh marah kerana kami semua demam ~~


.. saya tak demam !~
tapi akhirnya demam jugak !


.. encik supir , jangan gembira sangat !
 kan dah demam jugak ~~



.. tukang jaga orang demam bersama mangsa demam~~
.. beliau akan menjaga orang demam dengan sangat tekun dan seperti selalu , si tukang jaga orang demam akan :

1. memastikan orang demam CUKUP makan , minum banyak air sepanjang demam, kalau malas makan , si tukang jaga orang demam akan suap orang demam itu makan ohh terasa sangat beruntung dan terus buat buat tak larat macam teruk sangat !

2. membelikan air 100plus bergelen gelen macam dah jadi kedai penjual air eh siapa nak stok 100plus boleh datang beli di sini !! mari mari mari !!

3. akan masuk ke bilik dengan KERAP menjenguk keadaan orang demam dan tanya kau demam lagikah ?? memanglah bukan tanya seperti itu siapa suruh percaya ~

4. menyukat tahap suhu panas badan orang demam dengan penuh angan angan seperti ehem ehem saya doktor , cik sakit apa ? ~~
oke bukan .


.. demam pun nak nangis !
manja sangat ! boooo!! ~~


.. yang terakhir dijangkiti virus demam !
kesian kamu sayang ~~

demam ialah demam . semua orang pernah demam . bukan semua orang suka demam .
soalan : "adakah di muka bumi ini , orang yang suka akan demam ?"

biarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan ~~

orang yang sakit , termasuk orang orang yang demam , jika dirawat dengan penuh kasih sayang akan terasa lebih disayangi . Dan orang yang sakit , biasanya akan cepat terasa hati , maka , kata kata dan apa sahaja tindakan anda walau terkasar atau tersalah sedikit pun akan membuatkan si pesakit itu terguris hatinya . eh manja sangat !

orang kata , oh betul , saya pernah terbaca bahawa panas demam itu dijadikan untuk kita merasa sabar dan sedar akan panas semasa di padang masyhar nanti ..

panas demam pun kau nak nangis , di padang mashyar nanti lagi panas tiada siapa yang akan bantu !
~ banyakkan amalan , tambahkan kebaikan , mudah mudahan membantu .
wallahualam ~

sekian .




2 comments: