Monday, December 20, 2010

..mengantuk..

hari yang mengantuk , bukan hari yang bersalah tetapi mata itu sendiri yang mengantuk , maka matalah yang bersalah di dalam hal ini , TIDAK , bila anda mengantuk , janganlah salahkan mata atau cuaca yang sejuk sangat dan sedap rasa macam nak tidur selubung dan peluk bantal ..



apakah yang sedang berlaku ?   ~~ ZZzzzZz


.. bila anda mengantuk , apa yang perlu anda buat ?

1. pergilah cuci muka dan jangan lupa bubuh lipstik semula nanti orang cakap eh apesal muka kau macam tak cukup zat !

2. bersiar siar atau duduk di koridor untuk ambil angin luar jika anda sedang bekerja , kalau dirumah tidak perlu cerita disini boleh terus tarik selimut dan tidur

3. minum air yang boleh buat anda rasa wahhh sudah tidak mengantuk lagi seperti air 100plus

orang yang mengantuk , bukanlah seorang yang malas , ada sebab mengapa mereka mengantuk .
Mungkin disebabkan anda berjaga malam atau tidur tidak cukup 8 jam sehari .. oke mulai malam ini boleh tidur seawal jam 9 malam dan boleh bangun jam 6 pagi esoknya !

~ apesal kau tidur awal baru pukul 9 ?
~~ jangan kacau ! saya memerlukan 8jam sehari untuk dapatkan tidur yang cukup supaya tidak perlu menahan mata macam apa teruk sangat sambil makan pun boleh tertidur ! apa la punya orang !



.. bila anda mengantuk semasa menghadiri mesyuarat , boleh juga menggedik semasa mesyuarat sedang berlangsung supaya nanti tidak tahu jawab bila presiden tanya dan cuma jawab OK , YES , CAN tanpa rasa bersalah ~


.. tidur yang cukup dapat memberikan anda tenaga untuk keesokan hari , dapat memelihara aura kesegaran anda supaya orang tengok pun rasa tak puas dan macam nak datang tengok anda lagi
apakah punya orang !!!
sangat perasan !

SEKIAN.diam.


No comments:

Post a Comment