Tuesday, December 21, 2010

..sebagai sorang isteri , anda.......

SEBAGAI isteri hati ini sering diajar :

1.jangan memikirkan keburukan suami dan kenangkanlah kebaikannya untuk dijadikan penawar jika hati terluka

2.sentiasa ingat syurga isteri di bawah tapak kaki suami selagi suami itu di dalam redha Allah SWT

3. sentiasa bersyukur dengan apa yang termampu suami sediakan walaupun isteri nafsunya menuntut segala macam mak nenek sampai semua benda pun nak beli
 contohnya seperti mahu beli peti ais paling besar punya
siapakah ??
^_^

4. dalam keadaan apa sekalipun sentiasa bersangka baik terhadap suami kerana bersangka baik itu adalah penawar jiwa paling mujarab , jangan menyeksa hati sendiri untuk bahagia

5.jangan diikutkan cemburu yang akhirnya memakan hati dan perasaan sendiri

6. carilah pahala dan redha Allah selagi status isteri masih disandang

7.jangan terlalu memikirkan kelemahan suami kerana diri sendiri pun tidak sehebat mana , ayat lain ialah :
"MACAM LA KAU TU PERFECT SANGAT !"

8.sentiasa ingat bahawa setiap yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kesilapan kita sebagai hambanya kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan , walau lari latam apakah itu latam ? iaitu lari tanpa pakai selipar atau kasut atau kaki ayam apa kau merepek ! Larilah hingga ke CAMBODIA sekalipun tetap akan melakukan kesilapan juga


TETAPI , adakah sebagai isteri , kita mampu menjadi sekuat dan sebaik itu ........
walaupun rasa syukur sentiasa diajar bertandang di hati tetapi persoalan seperti bolehkah , kenapakah , bagaimanakah yang sering kita persoalkan seperti MENGAPA JADI KEPADA AKU? MENGAPA INI PATUT TERJADI dan sebagainya

Hanya doa sahaja yang menjadi penguat semangat demi mendapatkan redha Allah SWT yang tidak pernah jemu membantu kita

Bukan mudah menjadi isteri solehah kalau tidak betul betul redha dengan apa yang ada dan dengan apa yang pernah dirasa

INGATLAH , Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita .  Ujian Allah adalah peluang kepada kita untuk mencari keredhaan dan rahmatnya di dunia dan di akhirat kelak dan sesungguhnya janji Allah itu benar



** kau boleh la cakap , kau sendiri bolehkah ? **
soalan yang tidak perlu saya jawab ~

semoga bermanfaat
SEKIAN

No comments:

Post a Comment