Wednesday, December 22, 2010

..perhaps,perhaps,perhaps..


.. dari siapa untuk siapakah lirik lagu ini?
dari suami untuk isteri , atau
dari isteri untuk suami
siapakah yang sukar menyatakan rasa cinta terhadap pasangan masing masing ?
~ renung renungkan ~




You won't admit you love me

And so how am I ever to know?
You always tell me
Perhaps, perhaps, perhaps


A million times I've asked you,
And then I ask you over again
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps


If you can't make your mind up
We'll never get started
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted


So if you really love me
Say yes, but if you don't dear, confess
And please don't tell me

Perhaps, perhaps, perhaps
Perhaps, perhaps, perhaps
Perhaps, perhaps, perhaps



setting untuk alarm setiap jam 6pagi , rasa macam wahh lena diulit intan betullah ! siapakah yang menyanyi lagu klasik di telinga pagi pagi begini  ~
sungguh asyikkk  !! ..

oke bukan , sila bangun dari tidur dan jangan berangan lagi !

 


Tuesday, December 21, 2010

..percayalah..

PERCAYALAH , bukan percayalah hati ku lama tersulam di ruang paling dalam
BUKAN !! tapi ini ..

ada orang mengatakan kepada saya bahawa PERCAYALAH , walau bagaimana payah kita menanggung kedukaan kerana sikap orang yang disayangi , walau telah penat lelah kita berusaha dan berubah demi mencapai ketenangan dan kebahagiaan , dan walau kita rasakan tiada upaya lagi menanggung kepedihan kerana dikhianati atau terasa diri tidak dihargai atau jua dihormati ,  namun ingatlah sebagai seorang Islam yang mempunyai iman dan pegangan , kita harus berpegang dan meminta padaNya , bersujud dan memohonlah ketenangan hati , mohon kepada DIA yang tidak pernah mengecewakan hambaNya .

TAPI , kita sebagai manusia punya habit yang sangat susah untuk menerima ketentuan tuhan , walau bibir mengatakan redha tapi hati tidak begitu , hati terseksa mengenangkan pengkhianatan yang telah terjadi

"KAU CAKAP BOLEH LA , KAU SENDIRI MAMPUKAH"
~ lagi soalan yang tidak perlu saya jawab ~

sekadar info sharing , semoga bermanfaat
SEKIAN

..sebagai sorang isteri , anda.......

SEBAGAI isteri hati ini sering diajar :

1.jangan memikirkan keburukan suami dan kenangkanlah kebaikannya untuk dijadikan penawar jika hati terluka

2.sentiasa ingat syurga isteri di bawah tapak kaki suami selagi suami itu di dalam redha Allah SWT

3. sentiasa bersyukur dengan apa yang termampu suami sediakan walaupun isteri nafsunya menuntut segala macam mak nenek sampai semua benda pun nak beli
 contohnya seperti mahu beli peti ais paling besar punya
siapakah ??
^_^

4. dalam keadaan apa sekalipun sentiasa bersangka baik terhadap suami kerana bersangka baik itu adalah penawar jiwa paling mujarab , jangan menyeksa hati sendiri untuk bahagia

5.jangan diikutkan cemburu yang akhirnya memakan hati dan perasaan sendiri

6. carilah pahala dan redha Allah selagi status isteri masih disandang

7.jangan terlalu memikirkan kelemahan suami kerana diri sendiri pun tidak sehebat mana , ayat lain ialah :
"MACAM LA KAU TU PERFECT SANGAT !"

8.sentiasa ingat bahawa setiap yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kesilapan kita sebagai hambanya kerana manusia tidak pernah lari dari kesilapan , walau lari latam apakah itu latam ? iaitu lari tanpa pakai selipar atau kasut atau kaki ayam apa kau merepek ! Larilah hingga ke CAMBODIA sekalipun tetap akan melakukan kesilapan juga


TETAPI , adakah sebagai isteri , kita mampu menjadi sekuat dan sebaik itu ........
walaupun rasa syukur sentiasa diajar bertandang di hati tetapi persoalan seperti bolehkah , kenapakah , bagaimanakah yang sering kita persoalkan seperti MENGAPA JADI KEPADA AKU? MENGAPA INI PATUT TERJADI dan sebagainya

Hanya doa sahaja yang menjadi penguat semangat demi mendapatkan redha Allah SWT yang tidak pernah jemu membantu kita

Bukan mudah menjadi isteri solehah kalau tidak betul betul redha dengan apa yang ada dan dengan apa yang pernah dirasa

INGATLAH , Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita .  Ujian Allah adalah peluang kepada kita untuk mencari keredhaan dan rahmatnya di dunia dan di akhirat kelak dan sesungguhnya janji Allah itu benar



** kau boleh la cakap , kau sendiri bolehkah ? **
soalan yang tidak perlu saya jawab ~

semoga bermanfaat
SEKIAN

Monday, December 20, 2010

..mengantuk..

hari yang mengantuk , bukan hari yang bersalah tetapi mata itu sendiri yang mengantuk , maka matalah yang bersalah di dalam hal ini , TIDAK , bila anda mengantuk , janganlah salahkan mata atau cuaca yang sejuk sangat dan sedap rasa macam nak tidur selubung dan peluk bantal ..



apakah yang sedang berlaku ?   ~~ ZZzzzZz


.. bila anda mengantuk , apa yang perlu anda buat ?

1. pergilah cuci muka dan jangan lupa bubuh lipstik semula nanti orang cakap eh apesal muka kau macam tak cukup zat !

2. bersiar siar atau duduk di koridor untuk ambil angin luar jika anda sedang bekerja , kalau dirumah tidak perlu cerita disini boleh terus tarik selimut dan tidur

3. minum air yang boleh buat anda rasa wahhh sudah tidak mengantuk lagi seperti air 100plus

orang yang mengantuk , bukanlah seorang yang malas , ada sebab mengapa mereka mengantuk .
Mungkin disebabkan anda berjaga malam atau tidur tidak cukup 8 jam sehari .. oke mulai malam ini boleh tidur seawal jam 9 malam dan boleh bangun jam 6 pagi esoknya !

~ apesal kau tidur awal baru pukul 9 ?
~~ jangan kacau ! saya memerlukan 8jam sehari untuk dapatkan tidur yang cukup supaya tidak perlu menahan mata macam apa teruk sangat sambil makan pun boleh tertidur ! apa la punya orang !



.. bila anda mengantuk semasa menghadiri mesyuarat , boleh juga menggedik semasa mesyuarat sedang berlangsung supaya nanti tidak tahu jawab bila presiden tanya dan cuma jawab OK , YES , CAN tanpa rasa bersalah ~


.. tidur yang cukup dapat memberikan anda tenaga untuk keesokan hari , dapat memelihara aura kesegaran anda supaya orang tengok pun rasa tak puas dan macam nak datang tengok anda lagi
apakah punya orang !!!
sangat perasan !

SEKIAN.diam.


Wednesday, December 15, 2010

.. kebahagiaan ..

.. sesuatu kenangan yang sangat pahit untuk ditelan memang sangat susah untuk dilupakan , bagaimana untuk melupakan sesuatu yang pahit itu ?? ubat yang pahit sekalipun boleh hilang rasa pahitnya jika kita minum air masak banyak banyak sampai perut pun kembung dan rasa eh masa bila perut jadi buncit tiba tiba ?~





apakah sesuatu yang pahit itu ? apakah cara terbaik untuk melupakan ?
 jalan yang terbaik sebenarnya bergantung pada anda , masing masing .

yang perlu ada dalam diri ialah  :

1.IMAN .
2.SEMANGAT .
3.KEKUATAN.
4.DISIPLIN.

Bagaimana jika ada keempat empat di atas tetapi masih tidak kuat untuk melupakan ?

BERUSAHA LAGI .

Jika gagal juga ?

BERDOA DAN BERTAWAKALLAH.
Insya Allah semuanya akan aman.

TAPI , lumrah kehidupan manusia , sangat susah untuk melupakan sesuatu yang pahit itu , mengapa ya ?

mungkin mereka :-

1. TIADA KEIMANAN
2. TIADA SEMANGAT
3. TIADA KEKUATAN
4. TIADA DISIPLIN

Entah , tepuk dada tanya lah diri .

SEKIAN




Tuesday, December 14, 2010

.. jalan jalan T.L.D.M !!

..  jalan jalan TLDM Lumut , sesat sampai entah ke mana , merepek meraban dua jam pusing pusing tak tahu mana , nasib baik sempat jumpa sebelum masing masing buat muka pening nak muntah !


.. sampai sampai terus jadi penjaga pintu masuk galeri ..
" sekali masuk 2posen bang !! "



 baju oren : "eh kawan , cepat ! saya ada satu pakatan" .
baju hitam : "woohoo seluar aku masuk kerengge lah ! ish kacau betul !!" .


.. ini heli mainan , yang kontrol punya , papa kami beli !
tak boleh pinjam !!!


.. pandangan yang sangat indah di belakang sana ! weee ~~
sama sangat macam pemandangan di belakang rumah kami ! BETUL ! memang TIPU sangat !


.. ohh sungguh asyikk !!
tiba tiba buat suara kasar umur 26 tahun punya !


sape entah sesat !

*
*

.. jalan jalan TLDM dan Teluk Batik Lumut , sampai lebam dan demam demam !!
walau apapun , layanan encik navy waktu itu bagus belaka , kami dapat info yang cukup , encik navy bawa kami makan dan jalan jalan dalam kawasan apa panggil markas ke marka ~

tour guide kami encik navy pada hari itu sangat baik ohh mungkin kerana dia masih muda dan ramai anak dara dalam bas waktu itu asyik tersenyum kepada dia sebab itu lah dia sangat baik ^_^ ~~
BUKAN oke diam .

Selamat Jalan Jumpa Lagi Lain Kali untuk demam lagi !

NAVY BLUE !! go navy go ~~
Terima Kasih . Sekian .

.. keluarga yang demam ..

.. ohh demam, kenapa nama kau demam ?
langsung tak sedap lah nama kau !
mari tukar nama nak tak ? dan ganti dengan nama makanan yang sedap sedap ..



.. budak demam muka pucat tak cukup zat ..


.. gembira betul beliau yang baju biru belum kena demam !


.. mangsa demam yang pertama ..


 .. mangsa mangsa demam berkelah atas kapal beramai ramai tanpa rasa malu ..
orang kapal tak boleh marah kerana kami semua demam ~~


.. saya tak demam !~
tapi akhirnya demam jugak !


.. encik supir , jangan gembira sangat !
 kan dah demam jugak ~~



.. tukang jaga orang demam bersama mangsa demam~~
.. beliau akan menjaga orang demam dengan sangat tekun dan seperti selalu , si tukang jaga orang demam akan :

1. memastikan orang demam CUKUP makan , minum banyak air sepanjang demam, kalau malas makan , si tukang jaga orang demam akan suap orang demam itu makan ohh terasa sangat beruntung dan terus buat buat tak larat macam teruk sangat !

2. membelikan air 100plus bergelen gelen macam dah jadi kedai penjual air eh siapa nak stok 100plus boleh datang beli di sini !! mari mari mari !!

3. akan masuk ke bilik dengan KERAP menjenguk keadaan orang demam dan tanya kau demam lagikah ?? memanglah bukan tanya seperti itu siapa suruh percaya ~

4. menyukat tahap suhu panas badan orang demam dengan penuh angan angan seperti ehem ehem saya doktor , cik sakit apa ? ~~
oke bukan .


.. demam pun nak nangis !
manja sangat ! boooo!! ~~


.. yang terakhir dijangkiti virus demam !
kesian kamu sayang ~~

demam ialah demam . semua orang pernah demam . bukan semua orang suka demam .
soalan : "adakah di muka bumi ini , orang yang suka akan demam ?"

biarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan ~~

orang yang sakit , termasuk orang orang yang demam , jika dirawat dengan penuh kasih sayang akan terasa lebih disayangi . Dan orang yang sakit , biasanya akan cepat terasa hati , maka , kata kata dan apa sahaja tindakan anda walau terkasar atau tersalah sedikit pun akan membuatkan si pesakit itu terguris hatinya . eh manja sangat !

orang kata , oh betul , saya pernah terbaca bahawa panas demam itu dijadikan untuk kita merasa sabar dan sedar akan panas semasa di padang masyhar nanti ..

panas demam pun kau nak nangis , di padang mashyar nanti lagi panas tiada siapa yang akan bantu !
~ banyakkan amalan , tambahkan kebaikan , mudah mudahan membantu .
wallahualam ~

sekian .