Tuesday, November 30, 2010

..sedangkan lidah lagi tergigit..

.. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT ..
cerita tengahari ini ..

kenapa mahu cerita tentang lidah yang tergigit ?
 kerana tergigit lidah semasa makan hingga menjerit oii sakit lah !
atau lidah ! kenapa kau tergigit?

oke , sudah malas nak merepek ~

*
*
orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ..

itulah juga antara bait lagu PRAMLEE seniman agung negara kita ..
apakah maksud disitu ? apa kaitannya lidah yang tergigit dengan suami isteri ?



.. mangsa lidah tergigit bersama sahabat lidah tergigit ~~



.. dalam kehidupan berumahtangga , memang SANGAT BANYAK ujian dari Yang Maha Kuasa , bergantung pada kita bagaimana untuk menjalani ujian hidup yang ditentukan kepada setiap kita , ada yang mampu mengharungi ujian hidup itu dan ada yang tidak mampu .

~ UJIAN dalam rumahtangga LANGSUNG TIDAK SAMA dengan ujian matematik atau ujian bahasa melayu sekolah rendah lagi tidak sama dengan ujian untuk subjek Ekonomi Rumahtangga apa kau merepek !
eh kelakar bila teringat subjek ekonomi rumahtangga ERT zaman sekolah dulu , rasa macam sudah ada suami waktu itu . 
teruk sangat lah kau ! oke diam ~

BENAR , bukan semua dari kita mampu melepasi ujian hidup masing masing dengan macam macam perasaan yang bersembunyi di setiap sudut dalam diri .


.. ohh ! mimpi yang sangat asyikkk !



.. bersabarlah wahai anda !
bersabar sambil ambil gambar semasa jalan penuh sesak adalah terapi yang sangat bagus ~


.. orang kata , KESABARAN itu sebahagian daripada KEIMANAN,
wanita di atas berpendapat bahawa ,
apapun yang berlaku di dalam hidup ini semuanya datang dari Yang Maha Kuasa untuk menilai tahap KEIMANAN kita semata mata .

setinggi mana tahap kesabaran anda maka percayalah ,
pasti akan ada sesuatu yang jauh lebih baik menanti anda

wallahualam ~~







Monday, November 29, 2010

..anugerah..

~ TAATIHH .... TAATIHHHH...
pagi ini, mari kita belajar bagaimana bayi mula berjalan ..
BUKAN !

marilah kita menari beramai ramai tanpa pedulikan orang pandang ..


oke, sekarang mari kita mulakan dengan bacaan doa bismillahirahmanirahim sudah diam !

sekarang mulakan ~
.. ANAK adalah anugerah yang sangat tidak ternilai.  Walau dihulur berapa ratus ribu sekalipun, tidak sesekali anak itu akan diserahkan pada orang lain ..

TAPI , HARI INI , DI SINI dan di mana saja sangat banyak laporan yang didedahkan tentang kes pembuangan bayi dan pemerdagangan kanak kanak sekarang ini ..

dosa yang sangat besar !
sekarang memang tidak nampak apa, kerana pengaruh bisikan jahat sudah berkuasa , tunggulah nanti semasa hari perhitungan dan pembalasan Yang  Maha Kuasa ..


ohh dapat pun tangkap bola ! kenapa kau besar sangat !! hepp !~~



.. TEH TARIK satu !!
.. ini MCD kau jangan nak buat malu (baju biru kata) ^_^ ~

.. kalau dibuang bayi di depan rumah , akan saya ambil dan bela seperti anak saya sendiri ..

TIDAK DAPAT bayangkan nasib kanak kanak yang hilang dan dibuang .
apalah agaknya nasib mereka bila berada di tangan orang lain yang bukan ibu bapa mereka dan perasaan mereka ketika itu ? pasti  takut dan nangis selalu ..



wohohh abang ! saya rasa tempat yang sesuai untuk banner ini bukan disini !
mari kita ubah letak tempat lain !!

.. sangat seronok bila melihat kerenah anak anak, walaupun memang tak terkejar sana sini nak uruskan satu satu, apapun anak anak memang pengubat rindu ~


.. kejarlah saya ! kalau dapat tangkap pun buat buat macam tak dapat kejar tau !



.. abang ! macamana dengan plan kita malam ini ??
shhhtttt !!! cakap pelan pelan, nanti orang dengar ~

 .. anak anak memang nakal, bersabarlah ibu bapa !
hargai mereka sementara mereka masih ada bersama kita ..


.. jangan nanti dikesalkan bila mereka sudah tiada ..

~ SEKIAN ~




..itu minat saya!!..

.. kenapa kau tidak menjadi seorang arkitek atau doktor ?
janganlah tanya itu kerana MINAT SAYA BUKAN disitu ..

biarlah apa orang kata, selagi MINAT SAYA MASIH DISINI, saya akan teruskan sehingga tiada lagi minat itu di dalam diri, entah berapa tahun lagi sekiranya umur saya masih panjang dan andai saya berubah hati satu hari nanti saya akan tidak bersama minat itu lagi ..

sementara masih ada minat disitu, selagi itulah saya akan menggunakan ruang yang ada untuk menyimpan segala momen yang ada
untuk dikenang di hujung usia nanti 
ohh~~
kenapa macam sedih sudah fikir semasa usia tua nanti
oke memang semua orang akan tua.
sudah DIAM ini bukan entri tentang tua ..

.. apakah yang kau minat wahai
si tudung pepel dalam gambarajah dibawah ??



.. saya suka mekap ..

.. orang selalu cakap, setiausaha dan mekap tidak dapat dipisahkan !
kenapa mereka beranggapan seperti itu ?
.. saya tidak fikir begitu, minat saya kepada alat solek tiada kaitan dengan kerjaya itu ..

.. saya minat untuk jadi seorang seketari ..
entah! walau mampu untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari itu ..
(ada sedikit bunyi perasan di situ)

.. ikut suka saya apa nak buat yang penting tidak mengganggu kebahagiaan orang ..
dan yang penting tidak mengganggu RUMAHTANGGA orang lain pun ..
mak pesan berbuat baik pada orang, jangan selalu susahkan orang lain ..


anda yang bukan setiausaha pejabat, bagaimanakah tanggapan anda kepada golongan istimewa ini?
ayat lain adalah :
ohh istimewanya golongan ini adalah kerana apa ?





 ~ puan seketari dengan rona merah jambu
p/s : apakah perlu dan ada masa untuk memilih rona warna untuk ke tempat kerja?
aishhhh!!

.. jawab sendiri tak perlu tiru jawapan orang ~~

KEPADA anda juga, sekiranya anak anak lebih kepada minat sendiri yang ada kemungkinan tidak menjadi minat anda, fikirkanlah bahawa :

1.masing masing mempunyai hak dan minat sendiri
2.mereka tidak mengganggu kebahagiaan orang lain pun
3.sokongan dari anda adalah sangat perlu untuk mereka pergi ke depan

go baby go !!

oke. sekian. bai.

***

Monday, November 22, 2010

..airmata air..

.. mata, kenapa kau menangis?bilakah mata akan menangis? ..
~ bila ayam berkokok atau bila larut malam barulah mata akan menangis memang lah BUKAN siapa suruh percaya ..

marilah kita bercerita tentang airmata SARAJEVO jangan nak merepek.

seperti anda, saya juga pernah menangis ..
teman teman selalu membuat andaian bahawa saya seorang yang kuat
dan tabah hati ..
mana anda tahu saya begitu??
airmata dikurniakan untuk dikeluarkan bukan untuk disimpan dalam mata kau duduk diam diam airmata jangan kasi keluar.




.. pengacara TV sambilan ..
memang perasan ~~


saya AKAN menangis bila :

1.kehilangan orang yang saya sayang
2.dipersendakan 
3.diperalatkan


saya PERNAH menangis kerana :

1.dikhianati
2.dituduh melulu
3.bila tidak dihargai yang ini selalu
4.bila bersendiri tetapi kini tidak lagi kerana saya sudah semakin berani
5.bila terasa rindu



.. wajah kandid mangsa ..



kalau diikutkan, airmata sudah banyak kali  mengalir di pipi sampai pipi pun rasa bosan kenapa airmata selalu lalu dekat sini macam takada tempat lain ehh memanglah habis tu nak lalu kat mana lagi apakah punya kemarahan!

.. bagi saya, harta yang paling sukar dijaga adalah
"HATI DAN PERASAAN" ..

.. bila anda menangis, seluruh kesedihan akan gugur sepertimana airmata yang mengalir di pipi. 
Menangislah sepuasnya jika anda rasakan tangisan dapat mengurangkan bebanan ..

JANGAN MENANGIS SAMPAI LUPA DIRI
Allah marah

....

oke sekarang marilah menangis beramai ramai tanpa sebab ^_^

*
*
*

sekian untuk tangisan kali ini.
bai ~~



Sunday, November 21, 2010

.. S.T.Y.L.E ..

.. RUTIN saya tiap tiap malam Isnin hingga Jumaat iaitu duduk depan TV untuk nonton drama korea yang sangat best, sebab PARK KI JA sangat elegan oke ..



 

walaupun nama dia macam apa je PARK KI JA macam nama timangan saya masa kecik dulu IJA, bukan sebab dia cantik dan saya nak nama timangan itu, BUKAN.


.. ini ialah KIM HYE SOO atau PARK KI JA 
kenapa lain sangat muka kau masa ni
 dalam STYLE kau cantik sangat ..

OKE biarkan dia ..

PARK KI JA sangat cantik dan saya suka tengok dia yang sangat elegan

.. hingga mr papa akan perli seperti ini : mama kau dah setat tengok jam ..
.. tak sesuai perli semasa waktu makan
tercekik sotong goreng tepung waktu makan di Restoran Awana ..

.. Presiden Son si jahat yang cantik ..

.. saya suka tengok orang yang cantik dan elegan ..

sekian ~~








..tanya sama hati..

.. TANYA SAMA HATI, apa sebab goyang ..
.. nanti jawab hati tanyalah iman ..

.. pagi ini mari kita mengupas tentang hati dan perasan kita sesama kita,
dan dia sesama dia
HAL ORANG TAK PERLU SIBUK!
oke tentang hati dan perasaan dalam diri kita ..


.. bila nak beli peti ais baru tak perlu tanya hati,
tolong beli yang besar sekali pintu dua punya ^_^ ~~

HATI yang sudah rosak ataupun masih elok mana satu pilihan anda ?
mestilah hati yang elok apakah punya soalan ..
kenapa hati boleh rosak? bukan sebab ia mudah rosak atau fragile dan mudah retak,
tetapi hati adalah organ yang sangat sensitif dan mudah sangat terluka,
 ~ tak kena pisau tiba tiba hati boleh luka juga.

.. tak dapat pegi training di Hotel Grand Season pun dah nak nangis,
MANJA punya budak!! sape entah ~



.. budak nangis bersama piala kemenangan ..

.. apa itu HATI? -
.. hati ayam atau hati lembu sedap jika digoreng rangup rangup ..
BUKAN  ITU.


.. HATI I sudah dimiliki ohh ~~


.. dialah yang telah memiliki hati saya .. ehh budak demam seluar merah !



.. ohh kakak tengok! hati kita telah dicuri orang ! ~~


.. hatiku kini milikmu heshh shadap!!

.. hati yang kosong jika selamanya dibiarkan kosong mampu menimbulkan rasa kesunyian dan gangguan hati terhadap si pemilik hati yang kosong, sekalipun ia kosong tidak dipenuhi dengan cinta sesama manusia, penuhkanlah ia dengan rasa kasih dan sayang kepada Allah SWT ..
 ~ lebih baik lagi hati yang kosong ditemukan dengan hati yang kosong juga, BUKANLAH mencari hati yang sudah dimiliki oleh orang lain ..

manakala bagi hati yang sudah sarat terisi dengan macam macam kasih dan sayang, jagalah ia semampu dan sebaiknya jangan sampai ianya terguris sekalipun tercalar .. juga tak perlu bersusah susah membanting tulang mengembleng tenaga mencari hati lain sekiranya hati yang ada sudah cukup membuatkan anda bahagia ..

.. kata ORANG ORANG tua atau ORANG tua tua,
cucilah hati anda selalu, kerana semua yang baik adalah lahir dari hati yang bersih.
.. "JIWA YANG TENANG LAHIR DARI HATI YANG BERSIH",
demikian juga air yang tenang jangan disangka tiada buaya
sangat TIADA KAITAN ..

~ oke diam.BAI.

sekian.





Friday, November 12, 2010

..MISSING you RAYNE..

.. RAYNE, kami rindu dan kami sayang kamu ..

.. bukan RAIN Hutan Hujan Tropika ..

.. atau NOH dari kumpulan HUJAN yang kami rindukan ..

tapi dia ..



.. anak kucing yatim piatu yang kami kutip di tengah jalan.
adik beradik RAYNE yang lain diambil oleh pemandu lain waktu itu,
papa cuma ambil RAYNE seekor..
ohh RAYNE..
.. kami tinggalkan kamu dirumah maktok kami ..
.. niat kami untuk ambil kamu semula selepas papa kami pulang dari Pasir Gudang nanti..

kami tinggalkan kamu dengan harapan kamu sihat dan GEBU,
juga dengan harapan kamu cukup makan minum dan terjaga rapi

NAMUN, kamu tiba tiba hilang tidak pulang ke rumah..

kamu pandai lari dari rumah?? seperti bibik yang tidak suka kepada majikan? atau seperti gadis Malaysia yang lari ke LOMBOK? ehh jangan..

RAYNE..KAM TU MI..please!!

.. kami risau kamu ..

andai kata kamu telah diambil oleh tuan yang baik hati,
OKElah kami tak susah hati, tapi kalau kamu mati ??
.. RAYNE ~~~~~~~

- kami masih berharap kamu selamat walau dimana pun kamu berada -