Tuesday, February 21, 2012

.. main teka silang kata . siapa lelaki terbaik buatmu ? ..






ORANG KATA KALAU NAK MENCARI TEMAN HIDUP SEPANJANG HAYAT , CARILAH YANG BAIK BUDINYA , YANG MASIH ADA SIFAT KELEMBUTANNYA . TAK SEMESTINYA ENGKAU LELAKI KAU MESTI KERAS . MESTI KENTAL . MESTI OTOT KETAK KETAK . TAK SEMESTINYA TAHU TAK . YANG PENTING CARILAH YANG:-


❤ Yang mampu menjadi IMAM untukmu . Yang ni memang senang  nak dapat sebab rata rata lelaki memang dah diasuh dari kecik lagi untuk mengimamkan solat . Macam Aqil, kat sekolah pun katanya memang ada . Gilir dengan kawan kawan untuk menjadi imam . Ada jugak kadang kadang teacher sendiri kena jadi imam . Biasa la tue . Apa orang melayu punya perIbahasa Alah Bisa Tegal Biasa . Dah ye la kalau masing masing bila disuruh jadi imam sume wat keras pandang siling macam tengah tengok kelakatu terbang kannnn .



Juga yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Yang ini ehh ada ke yang ketawa guling guling saat melihat isteri melahirkan zuriat . Something wrong somewhere orang macam itu . Paling tidak pun , kalau memang keras hati jenis tahan air mata punya suami sekurang2nya mesti ada naluri ke-suami-an tu kan bila nengok binik bersalin . Paling paling pun teringat waktu emak diorang lahirkan diorang kan .



Juga yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam . Yang nie wallahualam . Kalau masih ada di zaman sekarang nie bilangan suami yang macam ini alhamdulillah . Bukan yang membangunkanmu untuk bersosial-an dan berdisko-an bersama-sama di sepertiga malam . kan . kan .



Kalau pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya . Jadilah permaisuri hatinya , peneman dikala suka dan duka , pengubat rindu dan lara . 



Mencari lelaki sejati tidak semestinya suami orang atau tunang orang atau atuk orang atau atau atau apa saja yang berkaitan dengan kepunyaan orang . Risau nanti sejati yang dicari adalah sejati yang palsu . Kan rugi .


 TAKPE . NANTI KITA KUPAS LAGI SESI MENCARI LELAKI SEJATI . TAKLAH NANTI TERSALAH PILIH UPPSS .. EH .. BETUL LA KAN ?





Thursday, January 26, 2012

.. wajah dan keperibadian ..

TAHU TAK? TAHU TAK?
MEH SINI NAK BAGITAHU
* diam sambil tue kau buat la muka blur *

sebetulnya banyak benda nak cite kat sini . tapi tengok la berapa lama belog nie senyap tak update . sukati kau bila nak update . ok la takpe , dah nak buat camgane , PC biol tahap mak nenek . geram betul la! nak google pun berejam , sempat baca entri orang je , time nak tulis entri sendiri tetiba kau buat keras . kaku . diam seribu bahasa . tak ke panas hati ? sabo je la . tu takpe lagi . tahan la lagi . yang tetiba music player pun takleh pasang apesal ? mmg tahap berani mati betul la PC nie . elok dihumban je kat luar tingkap . eheh sori . check dulu kat tingkat bawah ada orang tak . kang tak pasal masuk paper , tukang kebun cedera dihempap PC yang dibaling oleh kakitangan kerajaan . haha .

BERITA HARI INI
KUANTAN: Seorang tukang kebun blablabla cedera teruk dihempap satu objek yang dipercayai telah dibaling oleh seorang kakitangan yang sedang mengamuk blablabla hahahaha . asal kau ketawa ? tibatiba terbayang muka pakcik tukang kebun kat bawah . tak baik . kesian dia .


OKE TUKAR . seratus ekor kucing telah cedera dihempap oleh blablabla . haa baru releven . walaupun tipu .

masa dapat merepek nie la kan kau nak merapu meraban pun . kalau tak , duk la depan PC sewel nie, kejap elok kejap kaku . sekali sekala keluar dari bilik sendiri . tinjau orang luar . jangan ghisau . tak kacau orang pun . jalan jalan ronda ronda je tengok ape ofismate tengah buat . HAAA kantoi . ada yg senyum sensorang depan PC , ada yang cam apa pun ada . haa yang muka berkerut depan PC tue mesti tengah tengok youtube ngeri haha . eii masing masing .






RIAK WAJAH SESEORANG MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN BELIAU . PEACE .


Sunday, January 8, 2012

.. peluang yang datang mesti dirembat, huh mampu ke?


Nak membesarkan anak anak memang banyak cerita. Itulah. Inilah. Oke harini cerita tentang anak anak, maka bahasa perlu sopan dan penuh dengan kesabaran sepertimana sabarnya kau menjaga dan mendidik anak yang kadang kadang tu eeee nakalnya...geramnyaaa (sebut nakal dan geram sambil senyum) . Kalau letih sekalipun rungut dalam hati, kalau didengar anak nanti, kecik hati pulak !

Kalau dikenangkan, banyak sangat kudrat ibu bapa yang dicurahkan, banyak juga kasih sayang yang ditumpahkan, ibu bapa zaman dulu atau masakini, peranannya tetap sama terhadap anak2. 

Orang kata kasih sayang kepada anak perlu dibahagi sama rata, tak boleh dibanding2kan sesama yang lain. Nanti merajuk panjang si anak , sama macam isteri merajuk dengan suami tak dapat dibelikan apa yang diminta. Baru dapat Honda dah pandang2 kereta Audi. Hoh guane?! Letih abe'! Oke la. Fine! 


  

Orang kata, perubahan anak akan berlaku seiring dengan perubahan usia mereka. Bunyinya seperti banyak cabaran disitu! Banyakkan aktiviti bersama anak2. Jangan dibiarkan mereka menonton TV atau duduk mengadap video game terlalu lama. Sekarang nie macam2 gadget, tak cukup PS3 kat rumah, dalam kete pun jadi. Duk ber-IPAD, BBPlaybook, Cube, PSP dan segala macam lagi.   




Beraneka jenis betul hiburan untuk anak2 zaman sekarang nie.  Dikhuatiri anak itu akan pasif, pendiam dan malas berkomunikasi. Dan akhirnya anak akan jadi pendiam tak pandai bergaul. Seeloknya bawak mereka tengok dunia luar!

1. Bawak makan

2. Bawak pegi water park atau mana saje

 3. Beri perhatian



4. Bahagikan kasih kepada anak sama rata



Untuk menggembirakan hati si anak, kami cuba ikutkan apa yang diminta. Dari segi material Insya Allah yang termampu, pendidikan juga Insya Allah yang terbaik akan kami usahakan.

Eh pernah terfikir, kalau dibuang bayi depan rumah kami, akan kami ambil dan jaga macam anak sendiri. Kat sini alamat tak boleh kasi, nanti wahh kemain hari hari orang buang bayi dan hantar kepada kami!! Ceh!! Ambik kesempatan. Busyuk punye orang !
OKE SEKARANG BARU PERASAN. TAJUK ENTRI LANGSUNG TAK KENA DGN CERITA PASAL ANAK DAN BAYI !

Tuesday, December 20, 2011

.. berarak mendung kelabu ..

HEHEHEHAHAHA
permulaan yang bagus dalam penulisan belog
ketawa lagi . ketawa . ketawa .

sebenarnya banyak cerita nak tulis dan kongsi di sini , oke stop . tak payah buat ayat sopan dalam hujan lebat dan awan mendung begini . tapi kenapa ehh jari ni macam sangatlah malas nak menaip , bukak belog pastu baca belog orang lain . pastu ketawa sorang sorang . senyum sorang sorang . boss lalu pandai kau buat muka konon tengah balas email ketua jabatan . bijak . bijak . oke la takpe , manusia kan mesti bijak dalam semua hal , jangan malas dalam semua hal sudah . parah . mungkin bila teknologi makin maju dan makin vass kebabom , maka syarikat telekomunikasi termaju akan cipta GADGET PENGIMBAS OTAK MANUSIA . apa yang manusia pikir dalam kepala , jam tu jugak ter-publish dengan sendirinya . sungguh mengerikan rekaan seperti itu oke !  taknak . taknak .




HOYEIII !!!
mari mikirin stail rambut terkini di abad ini .








p/s : ..."APE SALAH SAYE" (kata budak toncet dalam gambar di atas) dush . dush . herk . sadis.

Tuesday, November 15, 2011

.. Tonton & Menang MAHARAJA LAWAK ASTRO WARNA .. ..


HUJAN renyai renyai tahap romantis giler sekarang ini kat kuantan . duduk lepak lepak di rumah atau mana saja sambil verangan wahhh sungguh mabeles ! slurpppp *bunyi hirupan koko panas*
aroma  oh aroma !

*
*
*

Dah besar nanti apa cita cita aqil ? Tanya mak kepada anak . Kembang kempis perut mak tunggu jawapan anak, mengharapkan anak beri jawapan yang ter - vassss ! Anak diam sedang memikir . 



Dalam hati, mak terus dan terus meneka isi hati anak . Ohhh astronaut barangkali atau mungkin chief engineer mungkin . Anak kemudian tampil ke depan memberi jawapan .
DUP DAP DUP DAP hati mak .

*
*
*
*


Aqil nak masuk MAHARAJA LAWAK lah!
Damn ! Punah harapan aku ! 



Pengaruh ASTRO betol !!!
sobsobsob


.. siapa tahu kat mana ada servis wallpaper for home?? ..

HEHEHEHEHAHAHAHA
mula mula gelak sendiri sendiri sebelom orang lain gelakkan kau!

*sukati je ye bila nak update belog . cihh!!*

Hari ini emak masak maggi . oh tak ! emak zaman dulu punye tidak mungkin masak maggi untuk anak anak beliau, berbanding dengan emak masakini seperti ada seseorang itu, masakkan maggi dengan penuh rasa malas untuk anaknya . sungguh tidak patut ! 

Ahha di kesempatan nie, rasa rajin nak share sesuatu . Orang kata kalau melipat pakaian suami baca doa doa yang patut, ataupun baca masa sediakan makanan terutama masa basuh beras, doa yang senang dan mudah diingat macam al fatihah dan surah dhuha, ada jugak potongan ayat ayat pendek, ikut masing masing punya amalan . Bagi yang tak tahu surah dhuha, ohh kesiannn . bukak muqaddam cari dan hafal . Sambil membayangkan wajah suami masing masing yang asyik masyuk bekerja di pejabat atau yang sedang memanjat tiang letrik bagi suami yang bekerja dalam aliran itu . Kalau suami yang kerja dalam engine room, lagi hensem untuk dibayangkan muahahahaha wajah kilat penuh berminyak ! sungguh mabeles !

Jangan kau bayang muka suami orang lain sudah!!! Niat tak baik akan dibalas yang tidak baik juga . Nak ke?? Ingat tu ! So, apapun pasang niat yang suci murni untuk kebahagiaan keluarga masing masing la .





SEMUA ORANG PUN NAK KEBAHAGIAN BERSAMA PASANGAN . DOALAH DAN BERUSAHALAH UNTUK ITU .

sekian pesanan untuk hari ini haha .
oke sekarang buat serius!
senyum sikit sikit je .babai.