Sunday, January 8, 2012

.. peluang yang datang mesti dirembat, huh mampu ke?


Nak membesarkan anak anak memang banyak cerita. Itulah. Inilah. Oke harini cerita tentang anak anak, maka bahasa perlu sopan dan penuh dengan kesabaran sepertimana sabarnya kau menjaga dan mendidik anak yang kadang kadang tu eeee nakalnya...geramnyaaa (sebut nakal dan geram sambil senyum) . Kalau letih sekalipun rungut dalam hati, kalau didengar anak nanti, kecik hati pulak !

Kalau dikenangkan, banyak sangat kudrat ibu bapa yang dicurahkan, banyak juga kasih sayang yang ditumpahkan, ibu bapa zaman dulu atau masakini, peranannya tetap sama terhadap anak2. 

Orang kata kasih sayang kepada anak perlu dibahagi sama rata, tak boleh dibanding2kan sesama yang lain. Nanti merajuk panjang si anak , sama macam isteri merajuk dengan suami tak dapat dibelikan apa yang diminta. Baru dapat Honda dah pandang2 kereta Audi. Hoh guane?! Letih abe'! Oke la. Fine! 


  

Orang kata, perubahan anak akan berlaku seiring dengan perubahan usia mereka. Bunyinya seperti banyak cabaran disitu! Banyakkan aktiviti bersama anak2. Jangan dibiarkan mereka menonton TV atau duduk mengadap video game terlalu lama. Sekarang nie macam2 gadget, tak cukup PS3 kat rumah, dalam kete pun jadi. Duk ber-IPAD, BBPlaybook, Cube, PSP dan segala macam lagi.   




Beraneka jenis betul hiburan untuk anak2 zaman sekarang nie.  Dikhuatiri anak itu akan pasif, pendiam dan malas berkomunikasi. Dan akhirnya anak akan jadi pendiam tak pandai bergaul. Seeloknya bawak mereka tengok dunia luar!

1. Bawak makan

2. Bawak pegi water park atau mana saje

 3. Beri perhatian



4. Bahagikan kasih kepada anak sama rata



Untuk menggembirakan hati si anak, kami cuba ikutkan apa yang diminta. Dari segi material Insya Allah yang termampu, pendidikan juga Insya Allah yang terbaik akan kami usahakan.

Eh pernah terfikir, kalau dibuang bayi depan rumah kami, akan kami ambil dan jaga macam anak sendiri. Kat sini alamat tak boleh kasi, nanti wahh kemain hari hari orang buang bayi dan hantar kepada kami!! Ceh!! Ambik kesempatan. Busyuk punye orang !
OKE SEKARANG BARU PERASAN. TAJUK ENTRI LANGSUNG TAK KENA DGN CERITA PASAL ANAK DAN BAYI !

2 comments:

  1. haha..tapi betul la fiza, ada anak ni nak jaga kena jaga bebetulll... gadget yang aku x larats tuh! kalo dah mengadap tu bebual ngan kita pun x de masa kann...

    ReplyDelete
  2. ye la noey . budak zaman sekarang kan ? siap buleh mintak henpon lagi kat aku . umur baru je 6 tahun je pun . hai anak .. anak ..

    ReplyDelete