sekadar info sharing yang barangkali sangat bagus untuk dikongsikan .
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Siapakah aku kepada kamu ?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
kamu adalah tulang rusukku!
Allah melihat bahawa Adam kesepian . Saat Adam sedang lena tidur , Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa . Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya , lelaki tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin , pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara . Setelah itu , pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada . Hidup mereka menjadi membosankan .
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain . Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin pana s. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran , si WANITA lari keluar rumah .
Saat tiba di seberang jalan , dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!" . Si LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak " Saya menyesali perkahwinan ini ! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!! "
Tiba-tiba WANITA terdiam , dan berdiri kaku untuk beberapa saat . LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan , tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali . Dengan berlinang air mata , WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya , bertekad untuk berpisah .
" Kalau saya bukan tulang rusukmu , biarkan saya pergi . Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing " .
Lima tahun berlalu . LELAKI masih belum lagi berkahwin , tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA tadi . Si WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali . Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai . LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu sepertinya .
Dan di tengah malam yang sunyi , lelaki tadi meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya . Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITAnya .
Suatu hari , mereka akhirnya bertemu kembali . Di airport , tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan , mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas .
LELAKI : Apa khabar ?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang ?
LELAKI : Belum .
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut . Saya akan kembali 2 minggu lagi . Telefon saya kalau kamu berkesempatan . Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah .
WANITA tersenyum manis , berlalu di hujung lafaz
" Selamat tinggal... "
" Selamat tinggal... "
Satu minggu kemudian , LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC . Malam itu , sekali lagi , LELAKI bersendirian dan meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya . Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan .
~~ seringkali kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai . Dan akibatnya adalah penyesalan . Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya , akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita , semua sudah terlambat ....
Kerana itu , jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati ... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu , apakah kata kata yang akan kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai ? Andai ucapan anda bakal menyakitinya , sebaiknya jangan sesekali dilafazkan . Kerana ini menyebabkan semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai .
Jadi berfikirlah , apakah kata-kata yang akan dilafazkan berbaloi dengan akibat yang akan diterima ??
sekian.
No comments:
Post a Comment