Friday, January 28, 2011

.. ujian hidup ..

sekarang marilah bercerita tentang ujian , bukan ujian di sekolah itu lain . saya sangat suka bercerita tentang ujian yang melanda diri manusia . ujian akan datang dalam pelbagai bentuk samada berupa kelaparan , kematian ,  dan kesulitan . dengan ujian yang berbagai itu , Allah SWT dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya , kerana Kami hendak menguji mereka , siapakah antara mereka yang lebih baik amalnya ~~


ujian sekolah memandu seperti ini ialah bukan . yang dimaksudkan ialah ujian yang datang dari Allah SWT , boleh ambil contoh seperti suami kau digoda orang dan lain lain lagi , itu antara ujian juga , maka bersabarlah kamu menghadapi ujian Allah , Insya Allah kamu akan tenang ~~



.. angan dan cita

saya ada terbaca bahawa :~
~~" JADILAH manusia yang mempunyai cita cita yang tinggi , melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki ke arah kejayaan , elakkan dari kecundang . Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja , jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah ... "



ohh apakah cita cita saya di masa depan ?~~
* kata budak lelaki di atas *

Wednesday, January 26, 2011

.. kelaparan ..

KELAPARAN tahap melampaui batas ~~
apesal lapar sangat tadi dah makan nasi lemak satu bungkus , sekarang lapar lagi
BADAN KURUS MAKAN BANYAK
sedang membela apakahh ? bukan membela lembu atau kambing oke bukan .



sementara menunggu waktu makan tengahari , marilah berjalan di atas tali .



diwaktu lapar begini , air di jeram besu pun nampak macam teh susu .
OKE GELI .

Tuesday, January 25, 2011

.. prestasi tahunan ..

petang ini sangat sibuk sampai lupa diri oke memang tipu .
 petang yang macam ini , mendambakan jemput pisang panas atau paling tidak pun cucur udang panas yang ada udang gebu beserta teh songket oke lupakan teh songket .
GULA DI PANTRI SUDAH HABIS .


aaa oke berusaha dengan keras siapkan appraisal untuk diri sendiri . urusan semuanya dihujung jari , tinggal lagi rajin atau malas nak buat . kalau jadi seperti saya , bagi masa sebulan untuk buat pun belum tentu saya rajin . oke sekarang serius . DATELINE TO SUBMIT INI MAKIN HAMPIR .


ahh sekian .

Sunday, January 23, 2011

.. diambang sore ..

oke , tengahari ini selepas makan , terus masuk bilik semula dan termenung , ohh apakah design tercantik dan ter-vass untuk dipakai semasa kenduri kahwin saudara mara tahun ini ~~
ramai sangat nak kahwin , lepas kau , aku , lepas aku , kau punya majlis pulak , ohh apakahh ? yang bukan pengantin pun sama pening sibuk mahu cari baju baru ~~

aishhhh ~~~


aaaa mungkinkah crumble cantik seperti ini ~

lepas makan dan pening memikirkan baju baru , bolehlah letakkan kepala macam orang malas seperti ini ~



BAI.

Tuesday, January 18, 2011

.. mari penuhkan masa terluang II ..

aaaa oke , yang ini panduan untuk mengisi lapang ketika dirumah ~~




susun batuan granit apakah granit oke abaikan . susun ia di atas lilin gemuk hiasan seperti di atas . susun dengan penuh rasa hormat dan penuh perhatian . sebelum mama nampak , eloklah lari dan buat buat tak tahu ~~



eh si tukang buat , jangan ingat mama tak tahu !





~ apa salah batuan granit dan lilin gemuk ini ? sehingga kamu kamu curahkan rasa bosan terhadapnya ?haisshhhh ~~



oke takpe . sekian .

.. mari penuhkan masa terluang ..

~ ohh petang yang tenang dengan cuaca yang cerah , jemur baju pun mesti cepat kering dan garing macam keropok oke bukan .

bila inchek inchek boss tiada , seperti biasa ofis seperti sudah jadi kelas grooming , bersidang di meja pantri pun entah sudah berapa kali , mengalahkan mesyuarat dekan dekan dan pengurusan atasan , ohh semestinya keadaan di sini sudah seperti ditempat hiburan . wahh sangat seronok kamu kamu yah ~



tatkala , anda bosan atau tiada apa mahu dibuat , boleh juga kalau mahu buat sepah disana sini . susun , sepah dan terus buat tak tau ~




selipar ke toilet juga terlibat ? apakah ? oke fine ~


tukang buat sepah dalam bilik sendiri ~~
kepada missbby , kalau bosan , marilah menyangap beramai ramai tanpa sebab ahahhh !~
oke diam.

ESOK SAYA AMBIL CUTI DUA HARI SEMPENA APA TAK TAU ~
bai.

Tuesday, January 11, 2011

.. contest jelingan manja ..

CONTEST oke , diulang CONTEST !!
bukan nak menggoda tapi nak berniaga kopi janda oke bukan
dan bukan janda juga ! haishhh ~~

ini contest yang saya join ..






dan yang tudung pepel dibawah ini gambar sape entah ..
ahh tak kira la manja ke tak janji jeling kan , ada manja manja sket oke dah tu , ahh perasan oke ~


SYARATNYA APAKAH BEGITU MUDAH ?

 
1. Buat entri pasal contest nie. Semestinya kan?seperti biase. tajuk macam kat atas.
2. Follow belog bulan nie.Kalo tak, nak update macam mane kan?Kalo rajin follow blog nie sekali PrettyLensStore *sebab PrettyLensStore nie main sponsor*
3. Copy banner kat bawah tue sekali dengan backlink.
4. Gambar contest anda. ikut tajuk tema ok? Tak kan la tajuk jelingan manja korang letak gambo tgh mkn kan? Ikut tema k sayam-sayam.eheee
5.Gambar sendiri,i mean owner blog yg bertanding.Tak mo gambo orang lain. Tak kisah seorang or beramai-ramai.
6.Sila tag kawan2 anda tak kisah la berape orang pun. Atleast seorang.
7.Komen entri nie sekali dengan link korang.
8.Tak khususkan untuk girls aje.Boys pun boleh join.Jangan malu jangan segan.ehee

aaa begitu senang ~
saya mahu tag kamoo juga lah !

cintaailin juga missbby

*
*

oke . sekian .







Thursday, January 6, 2011

.. mual kaki ayam ..

MAKAN TENGAHARI dengan muka yang macam apa tah . kegelian dengan kaki ayam kedalaman kegulaian , nak tambah nasik pun tak jadi ! nak muntah tapi tahan sebab kawan kawan sangat suka dan mengejek "sedappp !!! , cuba bagi fiza try ! ~ oke tolong jangan nakal sangat buat perangai seperti itu nanti saya boleh pitam dan pengsan ~


~ tersandar selepas mual tak suka tengok kaki ayam dalam gulai buwekk !
itu belum tengok kepala ayam tersesat dalam kuah kari GILER GELI wei ! pun ada terjadi , apalaaa !!




.. mari menginsafi kekhilafan diri ..

SANGAT TAKUT TAK TERKATA MENGGELETAR MEMBACA INI ~
saya sudah minta izin dari belog ciklinn dan 4heronyer untuk saya kongsi bersama sama anda untuk renungan dan keinsafan . bertaubat , bertaubat dan ingatlah kepada Allah Maha Besar
dan ini akan saya baca tiap tiap hari berulang ulang untuk peringatan kepada saya juga

*
*
*

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ~sedih lagi ~~


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(masa baca yang ini macam nak nangis) ~~


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
(mesti saya bukan 70,000 orang yang pertama - entah ke berapa , entah disyafaatkan ke tidak)
nangis dan takut lagi ~~

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, January 5, 2011

.. bila anda dilanda badai ..

APAKAH BADAI ? ~
.. ialah penyidai atau bidai yang boleh dibeli di supermarket oke diam .


diwaktu anda dilanda badai atau kesusahan , sekalipun keresahan , bertenang dan senyumlah untuk diri anda sendiri , untuk ketenangan hati dan untuk memujuk hati ~



senyuman siapakah seperti pernah dilanda badai ? ~
oke diam . tak perlu sibuk hal orang .



.. mari mengisi perut ..

BUKAN mahu mengisi perut dengan bayi atau mengisi perut
dengan lemak lemak yang tidak perlu

hujan dan cuaca sejuk begini lima minit sekali pegi pantry cari makanan , ini pun perut masih lapar lagi baru pukul 11, OKE pagi tadi cuma sarapan sekeping roti canai sahaja plus rembat separuh keping lagi orang sebelah punya , ohh muka siapakah yang tidak tahu malu ~
 musim hujan saya cepat lapar jangan marah kalau rembat roti canai awak !

ORANG SEBELAH TAK MARAH TAPI APAKAH PUNYA PELAHAP
DAN BURUK PERANGAI !




~ antara saya dan dia , siapakah yang rembat roti canai orang ? ~~


oke jangan cakap ini adalah musim membiak ! TAK BAIKLAH WEI !
masing masing mulut mengunyah tanpa henti terutama si kurus tinggi lampai . ehh saya ada misi lah !

oke , muka kau semakin berisi . usaha tambah berat lagi !

.. rindu ..

.. TIBA TIBA oke , sangat rindu kepada anak anak !
terus call taska dan tanya khabar anak , rasa macam nak balik sekarang tapi baru pukul 4 , "saya nak balik awal sebab rindu kepada anak anak" bolehkah alasan itu ~ haishhh !


aqil dan dhiya , super duper notti ~
sekarang sudah mula tidur lambat pukul 11 , marah marah pun macam tak rasa apa aishh ~
"esok kan nak sekolah , tidurlah awal sikit aqil , dhiya"
seperti itu mungkin belum cukup garang lagikah ?


 


dhiya ~



aqil ~



daniel ~



 mama dan dhiya ~


  SANGAT RINDU KEPADA KETIGA TIGA KAMOO !

Tuesday, January 4, 2011

.. hujan ..

cuaca yang sejuk , dan sekarang di kuantan ini hujan turun dengan mencurah curah .
rahmat tuhan ~

dimusim sejuk begini pastikan :

1.pakai baju sejuk atau paling tidak baju berlengan panjang
2.makan makanan yang panas seperti sup , bukan makan cendol di waktu sejuk begini lah !
3.juga pakai stokin jika perlu


~ pergi pasaraya dan borong baju sejuk banyak banyak !



"ini aiskrim , bukan cendol !" ohh apakah ?




sekian.

.. mari tambah berat badan ..

.. mari .. mari .. bukan mari beli suratkabar atau marilah pergi HARI HARI BUKAN itu .

marilah menambah berat badan , upps tunggu jangan marah tiba tiba
~ panduan untuk yang mempunyai berat badan yang ala ala sahaja , bagi anda yang sudah selesa dengan tubuh badan anda sila lupakan .
ohh di kesempatan ini oke abaikan karangan cikgu yati .
bukan . diam

di kesekian kalinya oke boleh gunakan ayat di kesekian kalinya , bukan di kesempitan wang atau di ahhh kenapa merepek tanpa henti ~


oke begini , hari ini , di petang ini , marilah berkongsi kegembiraan bersama sama si kurus tinggi lampai ini , tidak sampai sebulan sudah catat pertambahan berat badan 2kg bagus oke . TAHNIAH ~

.. ramai antara kita mahu turunkan berat badan , jarang jarang kita dengar orang mahu tambah berat badan . memang ada tapi cuma segelintir sahaja yang mahu menambah berat badan mereka .
ayat segelintir memang sangat sopan ^_^ ~

 kurus bertanya kepada perempuan kurus yang sudah berjaya tambah berat badan , "ehh kau makan apakah ? minum apakah ? beli apakah ? kah kah kah ?" sangat banyak soalan tanpa henti .

aa jawapan saya senang ~

MAKAN dan MAKAN dan MAKAN yang berzat dan berkhasiat ~

tapi ingat ! bukan semua benda boleh makan sampai ehh selipar jepun tu nampak macam kebab ! oke diam !

andai ada antara anda ingin tambah berat badan , cuba amalkan ini  :
1.elakkan STRESS yang melampau ,
kalau ada masalah atau gangguan jiwa cuba buat easy , easy .
oke saya faham . memang susah

2.minum susu ENSURE bekalan untuk sebulan cuma RM50++  
apakah cuma . itupun mr.papa yang selalu kena pow !
oke buat seperti biasa , ambik susu ensure terus masukkan dalam troli dan buat buat tak tahu.

3.jangan lupa sedikit senaman , seperti poco poco lebih kurang 20minit , buat di dalam rumah sambil tergelek gelek sorang sorang pun boleh sambil disaksikan oleh anak ehh apehal mama jadi seperti penari dangdut !



" apakah yang sedang berlaku ?
seperti ada penari dangdut disini "



selamat mencuba .
sekian .







Monday, January 3, 2011

.. lanjutan usia II ..

OKE lega , tiada yang serius pun
jumpa doktor sudah ~

semakin petang , jalan pun semakin sudah tidak stabil , seperti apakah ..
macam itik pulang petang pun ada lah wei ~
JALAN TERGELEK GELEK MACAM NAK MENGGODA ORANG haishhh !

oke malam nanti mula makan ubat dan esok datang ofis janji tidak bergelek lagi

pharmacist pesan , "ubat ni mengantuk giler tak hengat , sila makan time waktu nak tidur nanti , kalau degil juga nak makan sekarang akan membuatkan anda memandu petang nanti sambil lena dibuai mimpi dalam kereta  ZzzzZzz ~~

oke tipu . pharmacist tak cakap macam itu .


tidur dalam air pun boleh juga kalau degil
oke bukan .

sekian.

Sunday, January 2, 2011

.. lanjutan usia ..

ahh belakang yang sakit kenapakah ?
mungkinkah semakin bertambah usia , maka semakin beraneka penyakit yang datang ?

aduuu kenapakah , bangun pagi tiba tiba ohh apakah ...

jalan pun macam perempuan mengandung 8 bulan dan eh fiza kau mengandung lagi ?
apakah punya soalan yang sangat lazim haishh ~

berjalan sambil memegang belakang seperti mahu menggoda oke bukan ~

sangat sakit tahu ! dapat rasakan kah ?
tidak dapat oke diam.



SAKIT YA AMAT ~
gagahkan diri mandi dan siap siap terus ke tempat kerja

terus mengadu kepada mr.papa
 
pesakit : "belakang sakittttt"
mr papa : "biasa la tu dah tambah umur kannn"
ehh apakah ??  sangat sopan dan selamba okeh
papaaaa ni kan!!!

terus oke bai dan letak talipon . tunggu mr papa pujuk semula
haishhh !!