Monday, September 5, 2011

.. ketupat lemang disana sini ..


cerita raya masih belum habis rupanya. ohh masing masing nak bercerita berapa ketul ketupat dia makan dan berapa kali keluar masuk toilet akibat perut tekojut dgn menu yang setahun sekali masuk dalam pewut..wuwu raya kitorang tahun ini sangat lah simple sesimple. apesal eh simple. takpe apapun, yang penting anak2 gumbire di pagi raye..




memula sekali pegi umah maktok a.k.a mak mertua a.k.a mak mus.:D tehehehe. salam salam mintak duit raya..sungguh menjegkelkan betul perangai Dhiya :D


kalau dah tetamu awal ialah budak ber3 nie hambik kau! bersepah la umah maktok dipagi raya, apapun, mahap dipinta nak wit raye!!..




pastu terus ke umah tonyang hakhak macam tocang. oke jangan gelak lagi, eja macam ni to'nyang ha baru betol. Ramai ramai ke rumah to'nyang dera anak kucen kat sana herkk jom tengok!

 dalam hati daniel berkata:
"wahh mangsa aku!"
sambil jeling kat anak kucen!



 "eee tomey la anak tushen nie"
sambil kau picit ekor dia kan??kan???




 



oke  habis disitu.



Pagi raya ke2 terus balik beraya di KL..berkebaya pink dalam perjalanan yang jauh adakah perlu untuk snap gambar disana sini, cuba cakap, masa bila nak ambik gambar? mase bayar tol? mase masuk simpang? ataupun mase gelabah cari kad tol?

sampai KL umah nekde, memasing macam ehh kau ehh kau apesal makin kurus, selim pulak lagi pastu yang sorang ehh kau apesal mata kau kembung ??? soalan ke ape tu!. almaklum masing2 jumpe kan bukan selalu, macam2 ceghite memasing. 


oke habis disitu. petang terus tak sabar mesej kawan2 lama nak serbu umah diorang, tah kan memasing tengah terbongkang pun bukan kau kira! ahh HARI RAYA kannnnn :)



hajat hati nak jelajah semua umah kawan lama yg mmg ada kat KL, nak gi Puchong umah LemangCute, Ila Angkasa, Bandar Tun Razak, Semenyih, Subang Jaya, Sepang lagi hohohhh gile tamak macam hari raya tu dia sorang nak conquer. ahh HARI RAYA kannnnn :)

Malam tu jugak terus buat tak menyempat. siap2 mandi gi Damansara umah Cik Az, gosip2 sket, sembang2 sket, perabih nasi impit..dah kenyang ngan masakan ibu CikAz yang memang sedap sebab tu aku suka datang umah kau. Boleh?


apa nak buat? habis beraya ghumah adik beradik, then spot mana mana umah yang sempat jerk. Gi Sepang dulu cari umah DylaRizadi. senang cari jalannya, tak susah dan tuan umah pun bagus kasi diection baik punye :) Salute kat tuan umah sbb berbesar hati terima kehadiran kami walaupun diorang sendiri pun baru balik dari kampung memasing!


Aqil si baju itam kemain suka datang sini, siap buleh cakap nak datang lagi, nak maen beskal gulp!:D


.. mai buat pekasam ..


tajuk entri mungkin tiada kaitan dengan cerita dibawah. 
HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN BILE ENTAH. 
mungkinkah tahun 2007 dan sebelum sebelumnya punye hariraya??

Apakah insiden yang sangat sadis menjelang lebaran? ngehngeh..eh sob sob barulah sedih. kamera rosak? oke tak sedih sangat sebab boleh gantikan henpon canggih memasing untuk ambik gambar kan. TAPI bila kamera henpon juge rosakkk??? huarggh meroyan merapu meraban la kau sensorang, senyum sorang sorang dan lambaikan tangan anda kepada orang yang datang. Hai! my name is Emelynn *sambil garu garu kepala dan kirai ghambut kusut* rasa teruk sangat dan macam hidup kau kosong tanpa warna warni . sobsobsob . 





Raya tawon bile entah. I mude remaja lagiiii. anak sedaghe pun baru sorang dak pinky tu ha. yang tudung cekelat belah ujung tue lom kawin, sape nak kenal buleh mintak no telepon, buleh juge kasi surat cinta wangi wangi kepada beliau (ayat untuk seploh tawon yang lampau) hakhakhak kini tidak lagi kerana tudung cekelat sudah berpunye dan ada anak 3 hihikk. maka itu, sampaikan salam selamat tinggal kepada kekasih kekasih kekasih dan kekekekekekekasih lama beliau. ghamai nau pakwe beliau :D



semakin tahun semakin bertambah anaks tudung cekelat tadi. kelihatan di situ beliau memakai tudung pepel pula untuk raya tahun seterusnya. ada lagi tak?? mari kita cari gambar lama beliau :p



*
*
*
*
*
*
*



nampak tak pertambahan ahli keluarga beliau? saban tahun semakin bertambah. semakin bertambah juga la ampau jangan buat buat tak perasan anak sedara kau makin ramai :D





ahha ini la beliau si tudung cekelat yang dulu..suda ada anak3 
(tawon lepas punye picta)

tawun nie punye gambar mana?????

*
*

JANGAN TANYA TANYA BULE TAK.kamera rosak buat perangai ciss bedebah betul nyahh kau dari sini beli kamera baru lagi la nampak gayanya untuk entah yang ke berapa kali!!


Thursday, August 18, 2011

.. ade aku kesah , ye aku kesah ..


 ORANG LAMA LAMA PERNAH CAKAP, "TEMAN YANG ADA DISISI KAU KENALAH KAU HARGAI SELAGI MAMPU, HARGAI SEPENUH DAN SEBAIKNYA SEMENTARA DIA MASIH ADA DAN MASIH BERSAMA KAU"..

shared from FB
(sekadar renung renungkan, tiada kaitan dengan cerita rumahtangga kami)
^.^

gambar hiasan
untuk keseronokan semata mata.hoh kemain gelak anak ngan bapak.





dulu dulu dan ada juga yang menjadi kebiasaan kepada lelaki atau suami barangkali, dan nyatanya bukan semua lelaki begini tetapi boleh dikatakan hampir semua begini..

suami seringkali merasakan seperti ini:-


1.Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....2.Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...3.Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

4.Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...5.Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...6.Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....7.Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak ke tempat kerja....

8.Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....9.Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....10.Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...11.Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

12.Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....13.Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....




 hoooo waaaaa sanggup kau retakkan hati aku!!!nak susuuuu!!!!sob.sob.sob.





ADE AKU KESAH . AKU KAN LELAKI . SOAL REMEH MACAMTU APE AKU NAK KESAH. HAIHH BANYAK LAGI BENDA NAK PIKIR DALAM KEPALA NI.

 Jangan begitu wahai lelaki terutama suami . Kerana nanti kau akan merasa rugi dan kehilangan .



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...




haihhh tenet selow betul. maen game dulu laaa sampai penat, sampai tecabot keypad mengganas betul kau!


Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...


 perempuan memang suke berhias, bukan masa hati retak je dia suka menghias laa haihhh!!


Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....




sekadar gambar hiasan.

layan anak lagi best
(kata wanita yang hatinya telah retak) huk alohh gitu pulop?





Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak keluar...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya.

Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki yeahh kuat..kuat..herkk buleh tebalikkan sofa dah ni herkk!!


"RENUNGKAN DAN INGATKAN"
jangan nanti nyesal dan geget jari adoiii putus.herkk sekian.

Thursday, August 11, 2011

.. cahaya aidilfitri ..

Sabar...jangan membobok ye,apa tu BOBOK? haha paham tak korang apa tu bobok ? bahase kuarge turun temurun ni..tehehehe...ini gambar tawon lepas punye tapi tahun ni baru terasa nak letak, tehehee...

  Tetengah hari ni dak siti nyanyi lak lagu raya tiba tiba, hiba tul rasa hati..sayu je ha..bercampur baur rasa perasaan haiiiiih berkobar kobar lak rasa, berkobar nak letak gambar je pun..tak kemana..takde makna nak pegi suping lagi..kang bebel lak inchek suami..ehh mama kau terawih kemana puasa kemana sibuk nak suping, kannnn..dari bengkak tinge kena bebel elok duk dendiam..tunggu sikit hari lagi, gi la bersesak sesak kat bandar nuuu, kemain orang berlaga b***tot memasing sibuk nak milih pakaian anak anak.

sabar..sabar..ye anak anak..


galak nak main si gegirl, kena percik bunga pi sket dah uwaaaa hek eleh tatau main duk jejauh bole tak, bagi bapaknya kontrol suasana alam sambil mama sabar menunggu giliran...peluang... kesempatan kannn! huh!!


tawon lepas korang duorang je mencicit cicit terjerit jerit berlari tengah malam main bunge pi, sat gi tahun ni ada la sorang lagi hero yang akan join jeng jeng jeng hahahaha. berebut la kau!!!!!



sonok rebut dengan kakak! buleh tarik toncet dia huarghhhhh!!!!!

apa nengok! ni saya masa umo tak sampai setawon..sekarang da lain, sekarang dah buleh tarik toncet kakak gegirl dah hahahahaha tarik tarik!!!
 


dapat ghambut segenggam, botak kakak hahaha huduh!!


Wednesday, August 10, 2011

.. mimpi kahwin ..



LELAKI yang sudah berkahwin, apabila bermimpi dia sedang berkahwin sungguh scary kepada isteri oke .. tetapi bila wanita yang sudah berkahwin , kemudian dia bermimpi bahawa dia sedang berkahwin errr apa tu maksudnya ?? cepat cepat google tafsir mimpi . mana tahu petanda yang bagus . GoooOOOgle...

Dah dua kali mimpi yang macamni . kalau petanda bagus alhamdulillah , kalau petanda yang melemahkan jiwa haduii jauhkanlah ! siapa rasa rasa nak mimipi yang bawak petanda yang tidak baik , yang merepek dan yang entahapehapentah . Siapa ? ada ? ada ? Tak hadoo ~
 




*sumber ihsan dari siapa entah*

Telengkan kepala masing masing untuk tengok ehh ehh suami siapa tu ?suami kau eh eh suami aku , ehehh mintak mahap , lelaki ini saya kenali sedari dulu lagi bukan sauk orang punya oke .. tadamasa!



pengantin mana tuh? kemain! hakhak


" Makna bermimpi diri sendiri berkahwin iaitu anda akan beroleh kesibukan ." wahh .. mudah mudahan kesibukan itu satu benda atau pekerjaan yang baik dan menguntungkan . haaaaa (petik jari kelip mata jap) mungkinkah pelancaran bisnes yang dirancangkan ? AMIN~~


Tuesday, August 9, 2011

.. sila hargai orang ..

sebagai manusia, kau perlu belajar oke!! belajar apa??bukan belajar bagaimana membuat kuih pau atau bagaimana mengukus kuih talam dua muka yang dah macam muka kau pun aku tengok..ohh tak! jangan emosi sangat di bulan puasa ini. apa yang perlu kau belajar ialah cara menghormati dan sekurang kurangnya menghargai orang, sangat mudah oke..sila lihat contoh dibawah:

1.sekiranya seseorang telah menghulurkan bantuan,sila cepat cepat cakap terima kasih.tu pun susah ke. apala kau!
2.sekiranya seseorang telah bermurah hati membantu kau, sila hargai beliau. tak perlu pun balasan mewah seperti sunglass Versace idaman beliau, tapi cukup sekadar menghormati beliau, paling tidak lemparkan la senyuman kepada beliau..liau..liau..apala kau!







apakah dengan jawapan manis kau:
"saya tak tahu nak balas budi kakak.saya nak balas tapi belum sampai masa dan tak tahu macamana" kalau itu jawapan kau memang sampai bila bila pun kau akan dianggap orang yang sombong dan tidak tahu berterima kasih.
hati hati tu...




Wednesday, July 13, 2011

.. jambu sedap di kala puasa ..

cuaca mendung begini, bagus untuk mengganti puasa ehh . haihhhh datang dr J yang baik hati kind hearted punya orang suke belanja staff sampai lemak staf dah naik dan staf juga sudah naik lemak oke. datang dan menghulurkan sebungkus jambu potong yang wahhh terliurrrrrrr . asamnya sungguh banyak, sejukkkk lagi hoh! menggugat betol! saya puase lah!!!~~

oke dah. jangan nanges, balik nanti buleh buka puasa dengan jambu sejuk. haiss!! teruk. macam tak pernah jumpa jambu. walhal malam tadi baru je makan jambu sebijik cicah asam..