Friday, January 28, 2011

.. ujian hidup ..

sekarang marilah bercerita tentang ujian , bukan ujian di sekolah itu lain . saya sangat suka bercerita tentang ujian yang melanda diri manusia . ujian akan datang dalam pelbagai bentuk samada berupa kelaparan , kematian ,  dan kesulitan . dengan ujian yang berbagai itu , Allah SWT dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya , kerana Kami hendak menguji mereka , siapakah antara mereka yang lebih baik amalnya ~~


ujian sekolah memandu seperti ini ialah bukan . yang dimaksudkan ialah ujian yang datang dari Allah SWT , boleh ambil contoh seperti suami kau digoda orang dan lain lain lagi , itu antara ujian juga , maka bersabarlah kamu menghadapi ujian Allah , Insya Allah kamu akan tenang ~~



.. angan dan cita

saya ada terbaca bahawa :~
~~" JADILAH manusia yang mempunyai cita cita yang tinggi , melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki ke arah kejayaan , elakkan dari kecundang . Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja , jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah ... "



ohh apakah cita cita saya di masa depan ?~~
* kata budak lelaki di atas *

Wednesday, January 26, 2011

.. kelaparan ..

KELAPARAN tahap melampaui batas ~~
apesal lapar sangat tadi dah makan nasi lemak satu bungkus , sekarang lapar lagi
BADAN KURUS MAKAN BANYAK
sedang membela apakahh ? bukan membela lembu atau kambing oke bukan .



sementara menunggu waktu makan tengahari , marilah berjalan di atas tali .



diwaktu lapar begini , air di jeram besu pun nampak macam teh susu .
OKE GELI .

Tuesday, January 25, 2011

.. prestasi tahunan ..

petang ini sangat sibuk sampai lupa diri oke memang tipu .
 petang yang macam ini , mendambakan jemput pisang panas atau paling tidak pun cucur udang panas yang ada udang gebu beserta teh songket oke lupakan teh songket .
GULA DI PANTRI SUDAH HABIS .


aaa oke berusaha dengan keras siapkan appraisal untuk diri sendiri . urusan semuanya dihujung jari , tinggal lagi rajin atau malas nak buat . kalau jadi seperti saya , bagi masa sebulan untuk buat pun belum tentu saya rajin . oke sekarang serius . DATELINE TO SUBMIT INI MAKIN HAMPIR .


ahh sekian .

Sunday, January 23, 2011

.. diambang sore ..

oke , tengahari ini selepas makan , terus masuk bilik semula dan termenung , ohh apakah design tercantik dan ter-vass untuk dipakai semasa kenduri kahwin saudara mara tahun ini ~~
ramai sangat nak kahwin , lepas kau , aku , lepas aku , kau punya majlis pulak , ohh apakahh ? yang bukan pengantin pun sama pening sibuk mahu cari baju baru ~~

aishhhh ~~~


aaaa mungkinkah crumble cantik seperti ini ~

lepas makan dan pening memikirkan baju baru , bolehlah letakkan kepala macam orang malas seperti ini ~



BAI.

Tuesday, January 18, 2011

.. mari penuhkan masa terluang II ..

aaaa oke , yang ini panduan untuk mengisi lapang ketika dirumah ~~




susun batuan granit apakah granit oke abaikan . susun ia di atas lilin gemuk hiasan seperti di atas . susun dengan penuh rasa hormat dan penuh perhatian . sebelum mama nampak , eloklah lari dan buat buat tak tahu ~~



eh si tukang buat , jangan ingat mama tak tahu !





~ apa salah batuan granit dan lilin gemuk ini ? sehingga kamu kamu curahkan rasa bosan terhadapnya ?haisshhhh ~~



oke takpe . sekian .

.. mari penuhkan masa terluang ..

~ ohh petang yang tenang dengan cuaca yang cerah , jemur baju pun mesti cepat kering dan garing macam keropok oke bukan .

bila inchek inchek boss tiada , seperti biasa ofis seperti sudah jadi kelas grooming , bersidang di meja pantri pun entah sudah berapa kali , mengalahkan mesyuarat dekan dekan dan pengurusan atasan , ohh semestinya keadaan di sini sudah seperti ditempat hiburan . wahh sangat seronok kamu kamu yah ~



tatkala , anda bosan atau tiada apa mahu dibuat , boleh juga kalau mahu buat sepah disana sini . susun , sepah dan terus buat tak tau ~




selipar ke toilet juga terlibat ? apakah ? oke fine ~


tukang buat sepah dalam bilik sendiri ~~
kepada missbby , kalau bosan , marilah menyangap beramai ramai tanpa sebab ahahhh !~
oke diam.

ESOK SAYA AMBIL CUTI DUA HARI SEMPENA APA TAK TAU ~
bai.