Monday, November 29, 2010

..itu minat saya!!..

.. kenapa kau tidak menjadi seorang arkitek atau doktor ?
janganlah tanya itu kerana MINAT SAYA BUKAN disitu ..

biarlah apa orang kata, selagi MINAT SAYA MASIH DISINI, saya akan teruskan sehingga tiada lagi minat itu di dalam diri, entah berapa tahun lagi sekiranya umur saya masih panjang dan andai saya berubah hati satu hari nanti saya akan tidak bersama minat itu lagi ..

sementara masih ada minat disitu, selagi itulah saya akan menggunakan ruang yang ada untuk menyimpan segala momen yang ada
untuk dikenang di hujung usia nanti 
ohh~~
kenapa macam sedih sudah fikir semasa usia tua nanti
oke memang semua orang akan tua.
sudah DIAM ini bukan entri tentang tua ..

.. apakah yang kau minat wahai
si tudung pepel dalam gambarajah dibawah ??



.. saya suka mekap ..

.. orang selalu cakap, setiausaha dan mekap tidak dapat dipisahkan !
kenapa mereka beranggapan seperti itu ?
.. saya tidak fikir begitu, minat saya kepada alat solek tiada kaitan dengan kerjaya itu ..

.. saya minat untuk jadi seorang seketari ..
entah! walau mampu untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari itu ..
(ada sedikit bunyi perasan di situ)

.. ikut suka saya apa nak buat yang penting tidak mengganggu kebahagiaan orang ..
dan yang penting tidak mengganggu RUMAHTANGGA orang lain pun ..
mak pesan berbuat baik pada orang, jangan selalu susahkan orang lain ..


anda yang bukan setiausaha pejabat, bagaimanakah tanggapan anda kepada golongan istimewa ini?
ayat lain adalah :
ohh istimewanya golongan ini adalah kerana apa ?





 ~ puan seketari dengan rona merah jambu
p/s : apakah perlu dan ada masa untuk memilih rona warna untuk ke tempat kerja?
aishhhh!!

.. jawab sendiri tak perlu tiru jawapan orang ~~

KEPADA anda juga, sekiranya anak anak lebih kepada minat sendiri yang ada kemungkinan tidak menjadi minat anda, fikirkanlah bahawa :

1.masing masing mempunyai hak dan minat sendiri
2.mereka tidak mengganggu kebahagiaan orang lain pun
3.sokongan dari anda adalah sangat perlu untuk mereka pergi ke depan

go baby go !!

oke. sekian. bai.

***

Monday, November 22, 2010

..airmata air..

.. mata, kenapa kau menangis?bilakah mata akan menangis? ..
~ bila ayam berkokok atau bila larut malam barulah mata akan menangis memang lah BUKAN siapa suruh percaya ..

marilah kita bercerita tentang airmata SARAJEVO jangan nak merepek.

seperti anda, saya juga pernah menangis ..
teman teman selalu membuat andaian bahawa saya seorang yang kuat
dan tabah hati ..
mana anda tahu saya begitu??
airmata dikurniakan untuk dikeluarkan bukan untuk disimpan dalam mata kau duduk diam diam airmata jangan kasi keluar.




.. pengacara TV sambilan ..
memang perasan ~~


saya AKAN menangis bila :

1.kehilangan orang yang saya sayang
2.dipersendakan 
3.diperalatkan


saya PERNAH menangis kerana :

1.dikhianati
2.dituduh melulu
3.bila tidak dihargai yang ini selalu
4.bila bersendiri tetapi kini tidak lagi kerana saya sudah semakin berani
5.bila terasa rindu



.. wajah kandid mangsa ..



kalau diikutkan, airmata sudah banyak kali  mengalir di pipi sampai pipi pun rasa bosan kenapa airmata selalu lalu dekat sini macam takada tempat lain ehh memanglah habis tu nak lalu kat mana lagi apakah punya kemarahan!

.. bagi saya, harta yang paling sukar dijaga adalah
"HATI DAN PERASAAN" ..

.. bila anda menangis, seluruh kesedihan akan gugur sepertimana airmata yang mengalir di pipi. 
Menangislah sepuasnya jika anda rasakan tangisan dapat mengurangkan bebanan ..

JANGAN MENANGIS SAMPAI LUPA DIRI
Allah marah

....

oke sekarang marilah menangis beramai ramai tanpa sebab ^_^

*
*
*

sekian untuk tangisan kali ini.
bai ~~



Sunday, November 21, 2010

.. S.T.Y.L.E ..

.. RUTIN saya tiap tiap malam Isnin hingga Jumaat iaitu duduk depan TV untuk nonton drama korea yang sangat best, sebab PARK KI JA sangat elegan oke ..



 

walaupun nama dia macam apa je PARK KI JA macam nama timangan saya masa kecik dulu IJA, bukan sebab dia cantik dan saya nak nama timangan itu, BUKAN.


.. ini ialah KIM HYE SOO atau PARK KI JA 
kenapa lain sangat muka kau masa ni
 dalam STYLE kau cantik sangat ..

OKE biarkan dia ..

PARK KI JA sangat cantik dan saya suka tengok dia yang sangat elegan

.. hingga mr papa akan perli seperti ini : mama kau dah setat tengok jam ..
.. tak sesuai perli semasa waktu makan
tercekik sotong goreng tepung waktu makan di Restoran Awana ..

.. Presiden Son si jahat yang cantik ..

.. saya suka tengok orang yang cantik dan elegan ..

sekian ~~








..tanya sama hati..

.. TANYA SAMA HATI, apa sebab goyang ..
.. nanti jawab hati tanyalah iman ..

.. pagi ini mari kita mengupas tentang hati dan perasan kita sesama kita,
dan dia sesama dia
HAL ORANG TAK PERLU SIBUK!
oke tentang hati dan perasaan dalam diri kita ..


.. bila nak beli peti ais baru tak perlu tanya hati,
tolong beli yang besar sekali pintu dua punya ^_^ ~~

HATI yang sudah rosak ataupun masih elok mana satu pilihan anda ?
mestilah hati yang elok apakah punya soalan ..
kenapa hati boleh rosak? bukan sebab ia mudah rosak atau fragile dan mudah retak,
tetapi hati adalah organ yang sangat sensitif dan mudah sangat terluka,
 ~ tak kena pisau tiba tiba hati boleh luka juga.

.. tak dapat pegi training di Hotel Grand Season pun dah nak nangis,
MANJA punya budak!! sape entah ~



.. budak nangis bersama piala kemenangan ..

.. apa itu HATI? -
.. hati ayam atau hati lembu sedap jika digoreng rangup rangup ..
BUKAN  ITU.


.. HATI I sudah dimiliki ohh ~~


.. dialah yang telah memiliki hati saya .. ehh budak demam seluar merah !



.. ohh kakak tengok! hati kita telah dicuri orang ! ~~


.. hatiku kini milikmu heshh shadap!!

.. hati yang kosong jika selamanya dibiarkan kosong mampu menimbulkan rasa kesunyian dan gangguan hati terhadap si pemilik hati yang kosong, sekalipun ia kosong tidak dipenuhi dengan cinta sesama manusia, penuhkanlah ia dengan rasa kasih dan sayang kepada Allah SWT ..
 ~ lebih baik lagi hati yang kosong ditemukan dengan hati yang kosong juga, BUKANLAH mencari hati yang sudah dimiliki oleh orang lain ..

manakala bagi hati yang sudah sarat terisi dengan macam macam kasih dan sayang, jagalah ia semampu dan sebaiknya jangan sampai ianya terguris sekalipun tercalar .. juga tak perlu bersusah susah membanting tulang mengembleng tenaga mencari hati lain sekiranya hati yang ada sudah cukup membuatkan anda bahagia ..

.. kata ORANG ORANG tua atau ORANG tua tua,
cucilah hati anda selalu, kerana semua yang baik adalah lahir dari hati yang bersih.
.. "JIWA YANG TENANG LAHIR DARI HATI YANG BERSIH",
demikian juga air yang tenang jangan disangka tiada buaya
sangat TIADA KAITAN ..

~ oke diam.BAI.

sekian.





Friday, November 12, 2010

..MISSING you RAYNE..

.. RAYNE, kami rindu dan kami sayang kamu ..

.. bukan RAIN Hutan Hujan Tropika ..

.. atau NOH dari kumpulan HUJAN yang kami rindukan ..

tapi dia ..



.. anak kucing yatim piatu yang kami kutip di tengah jalan.
adik beradik RAYNE yang lain diambil oleh pemandu lain waktu itu,
papa cuma ambil RAYNE seekor..
ohh RAYNE..
.. kami tinggalkan kamu dirumah maktok kami ..
.. niat kami untuk ambil kamu semula selepas papa kami pulang dari Pasir Gudang nanti..

kami tinggalkan kamu dengan harapan kamu sihat dan GEBU,
juga dengan harapan kamu cukup makan minum dan terjaga rapi

NAMUN, kamu tiba tiba hilang tidak pulang ke rumah..

kamu pandai lari dari rumah?? seperti bibik yang tidak suka kepada majikan? atau seperti gadis Malaysia yang lari ke LOMBOK? ehh jangan..

RAYNE..KAM TU MI..please!!

.. kami risau kamu ..

andai kata kamu telah diambil oleh tuan yang baik hati,
OKElah kami tak susah hati, tapi kalau kamu mati ??
.. RAYNE ~~~~~~~

- kami masih berharap kamu selamat walau dimana pun kamu berada -

Thursday, November 11, 2010

..semasa beliau tiada..

.. semasa BELIAU tiada, semua akan melompat girang.. tetapi tidak saya. ANGEL oke.

..dan semasa BELIAU tiada, memang terasa sunyi sehingga bunyi cengkerik pun dah jangan TIPU mana ada cengkerik di bawah meja..

.. semasa BELIAU tiada, maka tiada tugasan diberi, hingga ada yang boleh berjalan jalan wahhhh ke sana ke mari, dan ada yang boleh lepak di pantri sambil borak dan sembang kosong. TETAPI semasa BELIAU tiada, wanita ini akan..


.. membuka kelas grooming untuk diri sendiri ..


.. photo shoot di sana sini..


.. membuka kilang roti ..

~~ BELIAU akan pulang dari Osaka Japan bersama saguhati yeayyy!!!

BOSS balik minggu depan jangan lupa sovenir saya TSHIRT yang saya pesan dari JEPUN!!
eh suka suka je kau nak pesan itu ini?

 oke diam. BAI. ^_^



Tuesday, November 9, 2010

..famili planning..

.. oohh teringat tentang pertanyaan seseorang dari
Bandar Tun Razak berkenaan amalan saya di dalam merancang keluarga
 (puan yang dimaksudkan tolong buat tak tahu dan jangan senyum sorang sorang) ^_^

Apakah itu merancang keluarga? Kita merancang Allah tentukan?

BUKAN itu. dan kenapa puan dari Bandar Tun Razak itu mahu tahu? ohh mungkin dia seorang kaki sibuk nak tahu eh apa kau makan, apa kau pakai, apa kau buat.JUGA BUKAN, pertanyaannya sangat saya suka untuk dijawab.

.. memang PERLU TAHU kerana perancangan keluarga yang betul mampu menjamin kebahagiaan keluarga, bagi yang mampu dan suka untuk mempunyai anak yang ramai itu oke..sila diam dan baca saja.


.. eh ITIK, mari sini!!~~


.. entri kali ini adalah bagi anda yang mahu BERHENTI atau BEREHAT SEMENTARA daripada memiliki cahaya mata lagi. seperti saya.


.. mandi cepat cepat untuk aktiviti seterusnya weee~~~~



Kepada puan yang bertanya, mari selami laut dalam sepertimana amalan saya..

Dewasa kini (ayat tidak perlu). KINI, memang banyak jenama dan kaedah merancang kehamilan. Dulu hampir saya memilih implan untuk tujuan itu.  Boleh juga kalau anda mahu cuba pil dari klinik dan farmasi seperti pil Yasmin bukan Cikgu Bahasa Inggeris saya masa darjah 5 nama Cikgu Yasmin cantik macam muka Arab apa kau merepek.oke diam. dan sebagainya. Terpulang kepada anda untuk memilih.  Cuma saya memilih Maajun Anggun Bistari (MAB).  Kalau nak tahu apa itu MAB sila pergi sini :-


.. saya bukan penjual maajun, jadi sila baca dan fahami sendiri.oke.

.. ohh dan lagi, kata wanita di dalam gambarajah dibawah, maajun atau herba dapat memelihara kulit anda, juga dapat menjaga kesihatan dalaman anda.



.. wanita dalam gambarajah tak tipu. sebab dia bukan gajah atau rajah muthu.

.. Kebaikan tentang herba sudah dibukti dari dulu lagi dan ianya memang benar belaka..
~oke diam. bai.