Sunday, July 14, 2013

AILIN : RAHSIA KECANTIKAN ANAK TEMPATAN



Tengahari ni nak share sikit tentang produk berkualiti AILIN SKINCARE. Nie bukan nak junjung kasih suruh paksa paksa beli tak !! Untuk sesapa yang berminat jer ohkes ! Bagi yang belum tahu meh sini baca kemudian kata ooooooo kesah nyerrr !!!! Kalau berminat nak cuba produk berkualiti nie hubungi 0199780767 ohkes !

Friday, July 12, 2013


AS SALAM
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK !

Seronok kan? Eh apa yang seronok ?? Yela bulan puasa nie macam2 ketenangan yang datang, hati yang kelam kabut resah gelisah sebelum nie otomatik jadi sejukkkkk..Walaupun macam tahun2 yang lepas kami tak dapat buka puasa dengan papa si anak2 tu, kami masih boleh rasa lagi happiness menyambut ramadhan nie, agaknya diorang yang dapat berbuka satu keluarga berganda-gandalah lagi kegembiraan tu kan ?! Memang beruntung ! Harus bersyukur tau !


 
Selain usha2 online shoppe rambang mata tak tau nak beli apa, tengok baju tu suka, tgk kasut ni suka, pape tah takde pendirian semua benda pun nak suka, suka suki tapi tak beli hahahhh, ada hobi baru kami anak beranak tau. Apa tu ye ?? Haa hobi chopp rumah !! Bila keluar nampak rumah cantik masing berebut bersembur ayaq liuq berebut nak choppp rumah "choppp!! tu rumah mama!" jalan lagi nampak rumah padang dia luas "choppp!! tu rumah dhiya!!" sama la daniel dengan aqil pun!! Kemain lagi masing2.. Inspirasi kata orang tu kan. Tak salah. Suka tengok rumah orang, kagum dan rasa nak puji berbaldi2 kat tuan punya rumah yang terjaga rapi ! Tuan ghumah kembang lettewww ! Hehehe. Macam kak nani rostam. Tangan dia mmg berseni. Jeles i. Hehehe



Saturday, April 13, 2013

cerita tentang ailin


AILIN SKINCARE?? Tak pernah dengar pun kan? Produk yang entah dari mana asal usul. Produk orang melayu je pun..entah berkesan entah tidak ! STOP !!! Stop judging us before u try ! bukan marah..nasihat. Hehe.. Tarikkk napassss . Hembusss . Buat permulaan ni intro sikit je dulu, esok-esok kita sambung cerita tentang pengalaman orang dan pengalaman saya sendiri pakai ailin skincare ni. Untung tau uols ada orang nak share kebaikan. Bukan semua perempuan nak share ilmu terutama berkaitan dengan kecantikan :)




Monday, November 26, 2012

.. simple gift for teachers ..


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ..


Lamanya tak update belog. Bila rasa bosan dan merajuk dengan fesbuk, rasa rindu pulak kat belog. Google balik link sendiri, nasib baik ingat haha. Tak la teruk macamtu sekali kan. Ingat. Sebenarnya antara fesbuk dan belog, pilihan tepat ialah belog sebenarnya. Dalam blog kita boleh tulis apa yang kita nak dan apa yang kita rasa. Kalau fesbuk, lain diluah, lain orang punya preskripsi. Mulalah mendatangkan perasaan kurang enak kat orang lain. Tak sama.. Fesbuk ni sosial nyer lain sikit nak dibanding dengan blog.  Sekarang baru terhegeh hegeh nak cakap blog bagus la, blog lebih memahami la, blog lebih praktikal la haha emang dasarrrr ..

Oh ye, apa agaknya hadiah yang sesuai untuk school teachers ye? almaklum dah penghujung sekolah ni teringat nak bagi suvenir sikit tanda terima kasih pada diorang yg dah mengajar aqil, tadika je pun tapi jasa diorang banyak tau. Harus cari hadiah terbaik dan mampu diorang kenang sampai bila2. Ohh ye dan yang penting hadiah tu mesti dapat digunakan, maknanya ader pekdah kepada teachers.  OK nanti bila dah update kita cerita apa hadiah aqil untuk teachers di educare... Heee jumpa lagi ..



Tuesday, March 27, 2012

.. mukasurat kosong ..

saya cuma orang biasa . saya tahu itu . cuma nak bagitahu pada kawan kawan yang rajin bukak belog nie dan yang silent reader juga , maaf belog saya sekarang memang tak update , tapi saya masih wujud lagi . masih bukak belog belog kawan yang lain cuma baca sekadar baca , gelak sekadar gelak dan senyum sekadar senyum . gelak sorang sorang itu pasti heeeeehaaaaa . oke sorry for presenting u all mukasurat kosong . jangan marah2 . peace yaw !



oh ye sebenarnya banyak benda nak cerita , nak update pasal MaryKay skincare , pasal growing up kids , pasal itu pasal ini , tapi kenapa eh simpan je untuk diri sendiri . nanti ye . bila rasa jari tak boleh berenti nak menaip masa tue la belog nie kembali beraksi .

p/s kepada sorang kawan di penang yg mintak saya update pasal MaryKay skincare di FB , sorry tak boleh la . kat belog mungkin boleh . FB saya bahaya , banyak sangat semut api bahahahahahahahaha ~~

Tuesday, February 21, 2012

.. main teka silang kata , siapa yang lebih rasa kehilangan . lelaki atau wanita ?

Pagi haritue , so patutnya pagi haritue la cerita kan ? bukan pagi tadi atau pagi nanti atau pagi esok . oke takpe , cerita jugak . Pagi tue terdengar kat radio , celoteh Dr Fadzillah Kamsah pasal perasaan ditinggal teman . Ini lain dengan perasaan ditinggal bas atau ditinggal kawan sebaya sehingusan . Totally lain . Ini tentang kehilangan orang yang tersayang . Maknanya ditinggalkan kekasih atau ditinggalkan suami atau isteri . Samada ditinggal hidup atau ditinggal mati . Macam tue la .


Mengikut kajian , lelaki akan lebih sengsara dan lebih derita bila berlakunya perceraian . Nisbah kajian lebih kurang 3 : 1 . Makna kalau ada 4 kes perceraian , 3 lelaki akan kecewa , mental , serabut , kusut , bunuh diri dan sebagainya manakala cuma 1 sahaja kes dimana pihak wanita yang akan kecewa . Erti kata lain wanita lebih kental dan cekal hatinya manakala lelaki hanya keras otot di luar , tapi berbunga hati di taman ecewahh . Gitu . Ada kupu kupu terbang ghupenye kat dalam hati lelaki nie . Itu kajian seorang motivator . Korang yang lain mesti ada pandangan tentang pasangan masing masing . Kan ? 


Secara purata , wanita meninggalkan lelaki sebab mereka merasakan kurangnya penghargaan . Setelah apa yang aku buat langsung kau tak hirau . Macam tak nampak . Macam takde apa . Walhal kau dah buat sehabis baik menjaga rumahtangga , anak anak dan macam2 lagi . Tapi serupa tak ada buat apa kan . Lebih kurang macam itu la .


Manakala lelaki tinggalkan wanita sebab mereka merasakan mereka telah gagal membahagiakan wanita tersebut . Lebih kurang macam ohh aku tak dapat memberikan apa yang kau mintak . Rumah banglo 8 tengkat punya mana aku nak cekau . aku gagal jalankan tanggungjawab sebagai suami bla bla bla . Pastu mula la rasa macam useless tak boleh pakai punya orang . So kau buat keputusan berserah diri . Surrender dengan perkahwinan kau .


Tapi jangan la ambik kesempatan . Tak pasal pasal I tak dapat bahagiakan U . I tak dapat itu tak dapat ini secara tibetibe kan? Yang si bini terkuling kuling tak paham cerita . So salah dah kat situ . Walhal yang si isteri / wanita tak mintak pun itu ini . Korang je pandai pandai buat andaian sendiri . Rasa macam eh pehal ?. 



Tapi memang ada jenis wanita yang meminta nak dibelikan itu dibelikan ini . Zaman sekarang kan . Tak boleh nak kata apa . eh bang nak beg LV , eh nak dress paras lutut , besok nak dress paras punggung . lusa nak dress takde paras . eh nak yang tue nak yang nie dan seterusnye .



Pandai pandai la pilih pasangan hidup . Bukan setakat aku cinta kau , kau cinta aku . aku takleh lupa kat kau . Kalau memang sebab itu je memang tak cukup . Memang langsung tak jamin . Kan .















.. main teka silang kata . siapa lelaki terbaik buatmu ? ..






ORANG KATA KALAU NAK MENCARI TEMAN HIDUP SEPANJANG HAYAT , CARILAH YANG BAIK BUDINYA , YANG MASIH ADA SIFAT KELEMBUTANNYA . TAK SEMESTINYA ENGKAU LELAKI KAU MESTI KERAS . MESTI KENTAL . MESTI OTOT KETAK KETAK . TAK SEMESTINYA TAHU TAK . YANG PENTING CARILAH YANG:-


❤ Yang mampu menjadi IMAM untukmu . Yang ni memang senang  nak dapat sebab rata rata lelaki memang dah diasuh dari kecik lagi untuk mengimamkan solat . Macam Aqil, kat sekolah pun katanya memang ada . Gilir dengan kawan kawan untuk menjadi imam . Ada jugak kadang kadang teacher sendiri kena jadi imam . Biasa la tue . Apa orang melayu punya perIbahasa Alah Bisa Tegal Biasa . Dah ye la kalau masing masing bila disuruh jadi imam sume wat keras pandang siling macam tengah tengok kelakatu terbang kannnn .



Juga yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. Yang ini ehh ada ke yang ketawa guling guling saat melihat isteri melahirkan zuriat . Something wrong somewhere orang macam itu . Paling tidak pun , kalau memang keras hati jenis tahan air mata punya suami sekurang2nya mesti ada naluri ke-suami-an tu kan bila nengok binik bersalin . Paling paling pun teringat waktu emak diorang lahirkan diorang kan .



Juga yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam . Yang nie wallahualam . Kalau masih ada di zaman sekarang nie bilangan suami yang macam ini alhamdulillah . Bukan yang membangunkanmu untuk bersosial-an dan berdisko-an bersama-sama di sepertiga malam . kan . kan .



Kalau pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya . Jadilah permaisuri hatinya , peneman dikala suka dan duka , pengubat rindu dan lara . 



Mencari lelaki sejati tidak semestinya suami orang atau tunang orang atau atuk orang atau atau atau apa saja yang berkaitan dengan kepunyaan orang . Risau nanti sejati yang dicari adalah sejati yang palsu . Kan rugi .


 TAKPE . NANTI KITA KUPAS LAGI SESI MENCARI LELAKI SEJATI . TAKLAH NANTI TERSALAH PILIH UPPSS .. EH .. BETUL LA KAN ?